Bina Integrated Technology Perak
Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kalis air (waterproofing), pembaikan struktur (structure repair) dan sistem gelanggang sukan (sports court system).
No Pendaftaran SSM: 421680-V
23/04/2026
Team BINA Perak telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan kerja waterproofing di sebahagian kawasan slab roof Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas.
Fokus utama adalah untuk hentikan kebocoran, lindungi struktur konkrit, dan bagi ketenangan kepada jemaah supaya boleh beribadah tanpa gangguan “titisan rahmat dari siling”.
Kalau ada slab yang dah mula ‘menangis’ setiap kali hujan, mungkin dah sampai masa kita bagi dia rawatan yang sepatutnya.
13/04/2026
20/03/2026
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kami dari Bina Integrated Technology Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan, rakan niaga, pelanggan setia dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.
Semoga hari kemenangan ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.
Raya tetap raya. Tapi kalau rumah tiba-tiba bocor lepas hujan, jangan risau. Kami standby juga lepas raya 😎
17/03/2026
MASIH BOCOR LAGI? JANGAN BIAR LAMA²!!
Baru ni team BINA Perak turun buat kerja PU Injection Grouting di Pejabat Zakat Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Masalah dia biasa ja — air dah mula meresap dari slab konkrit, kalau biar lama memang makin teruk. So, kami masuk guna method PU Grouting, inject terus pada kawasan kebocoran.
Alhamdulillah, lepas siap:
✅ Kebocoran berjaya dihentikan
✅ Struktur lebih solid
✅ Tak perlu hack besar-besar
Kerja pun cepat, tak ganggu sangat operasi pejabat. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada team BINA Perak.
Ramai ingat torch-on ni cuma bakar dan tampal. Sebenarnya 70% skill, 30% sabar dan 100% tak boleh buat main-main 🔥
05/02/2026
Expansion Joint Works | Clay Crusher L2, Hume Cement Gopeng Plant
Joint lama dah letih, kami bagi "nafas baru"
✅ Buang sealant & backer rod lama
✅ Bersihkan permukaan construction joint
✅ Pasang closed cell backer pad
✅ Lepa sealant kemas & proper
Result:
👉 Joint boleh gerak tanpa "drama"
👉 Kurang retak, kurang masalah
Kerja nampak kecil, tapi kalau salah besar impak nya 😭😭😭
27/01/2026
WATERPROOFING TANGKI AIR | PANTAI HOSPITAL IPOH
Alhamdulillah team BINA Perak diberi kepercayaan untuk melaksanakan kerja-kerja waterproofing tangki air bagi memastikan tiada kebocoran, dan selamat digunakan.
Skop Kerja Yang Dilaksanakan:
✅ Kerja grouting bagi hentikan kebocoran aktif
✅ Pengeringan tangki & melepa Bina Plug di kawasan paip serta overflow
✅ Aplikasi Sikalastic 1KMY pada keseluruhan permukaan dalaman tangki
✅ Kawasan luar tangki: Primer + Sikalastic 632-R untuk perlindungan tambahan
Terima kasih Pantai Hospital Ipoh atas kepercayaan. Perlukan khidmat waterproofing profesional? Hubungi team BINA Perak.
21/01/2026
Alhamdulillah, telah berjalan Jamuan Makan BINA Perak sempena awal tahun 2026. Bukan hanya makan bersama, tetapi ruang untuk kita menyatukan hala tuju dan mengukuhkan kefahaman.
Melalui perkongsian ringkas tentang mindset gerak kerja 2026, kita melangkah dengan fokus yang lebih jelas, peranan yang lebih matang dan asas yang lebih kukuh.
“Memperkukuhkan Asas, Mematangkan Gerak Kerja.”
Inilah langkah kita membina team BINA Perak yang lebih tersusun, berdaya tahan dan bersedia untuk fasa seterusnya.
14/01/2026
Team BINA Perak sedang dalam misi di Kolej Melati 2, UiTM Seri Iskandar - Pastikan kawasan tandas bebas bocor & bebas drama.
Proses kerja yang dilaksanakan:
✅ Epoxy Injection pada kawasan sambungan bagi menghentikan punca kebocoran
✅ Melepa bahan Bina Flexseal ke seluruh permukaan lantai sebagai lapisan kalis air
✅ Ponding Test bagi memastikan sistem waterproofing benar-benar berfungsi dan bebas kebocoran
Sebab bagi kami, waterproofing bukan sekadar siap tapi mesti tahan.
13/12/2025
ON-GOING PROJECT
Alhamdulillah team BINA Perak “bermain api” sikit 🔥🔥
Kerja torch-on membrane di Kompleks Menembak Aman Jaya, Chepor sedang berjalan lancar.
Bukan sekadar kerja waterproofing beshe², tapi seal betul-betul sampai bocor surrender 💪
Waterproofing bukan main hentam — kami buat sampai jadi.
14/11/2025
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan pada team
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the place of worship
Telephone
Website
Address
Ipoh
31350
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |