Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Daerah Temerloh
Program Insiatif Pendapatan Rakyat Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Daerah Temerloh Pahang
25/11/2024
23 November 2024 - Sabtu
Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah mengadakan Kursus Pemasaran Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di tapak projek Penanaman Cendawan Tiram Desa Murni Sanggang. Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan pemasaran kepada peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam mengendalikan projek penanaman cendawan tiram.
Kursus ini kendalikan oleh JPKK Kampung Desa Murni Sanggang sebagai tuan rumah dan merangkap tenaga pengajar kepada peserta. Kursus ini turut dihadiri oleh JPKK Kampung Bolok Hilir dan JPKK Kampung Mempatih. Diharapkan dengan pelaksanaan kursus ini, peserta dapat memanfaatkan dalam mengembangkan projek penanaman cendawan tiram masing-masing dan seterusnya mewujudkan kerjasama komuniti usahawan cendawan Temerloh.
25 November 2024
Muhammad Syahmi Afiq Bin Abu Hassan
Pegawai Lapangan IPR
13/11/2024
30 September 2024
Pegawai Lapangan telah dijemput untuk Mengikuti sesi Simposium Kebangsaan 2024: Menokhtahkan Kemiskinan anjuran Kementerian Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 30 September 2024. Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim.
YB Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyertai diskusi dan membincangkan kepentingan Menokhtahkan Kemiskinan kepada pembangunan ekonomi Negara. Panel diskusi lain juga saling memberikan pendapat yang bernas dalam usaha menokhtah kemiskinan.
13/11/2024
9 - 11 September 2024 Cherating l Pahang
Pegawai Lapangan Daerah Temerloh telah dijemput untuk menyertai Bengkel Penyelarasan Pemetaan Data & Pemantauan Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Cherating, Kuantan Pahang selama 3 hari bermula 9 sehingga 11 September 2024.
Bengkel ini bertujuan untuk memfokuskan kepada pemetaan, pemantauan, intervensi, serta pembentangan hasil kerja setiap kumpulan dari daerah yang terlibat.Bengkel ini juga turut mengukuhkan kerjasama strategik antara UMPSA dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Dalam bengkel ini peserta ditekankan pentingnya usaha bersama dalam memastikan projek ini dapat memberi impak positif terhadap peningkatan taraf hidup masyarakat di Pahang melalui pendekatan berasaskan data.
Setiap daerah membentangkan cadangan intervensi masing-masing, berdasarkan data yang telah dipetakan dan dipantau sepanjang tempoh bengkel. Sesi interaksi dan pembentangan ini membantu mengenal pasti cabaran serta peluang untuk memperkukuhkan lagi inisiatif pendapatan rakyat di setiap daerah.
Terima kasih diatas kerjasama pihak UMPSA yang sentiasa berkerja keras memastikan kejayaan Projek Insiatif Pendapatan Rakyat di negeri Pahang.
Credit to Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA Page
13/11/2024
Lawatan wakil Universiti Malaysia Pahang Sultan Al- Sultan Abdullah (UMPSA) ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Daerah Temerloh pada 10 Oktober 2024
Terima kasih diucapkan kepada Encik Yusmin dan pasukan yang telah melaksanakan pemantauan kepada 8 peserta IPR BMT di Kampung Bolok. Diharapkan sesi pemantauan ini dapat memberikan impak positif kepada semua, terutama dari segi mempertingkatkan kemahiran dalam pertanian cendawan tiram kepada peserta dan seterusnya memperkuatkan ikatan kerjasama antara Pegawai Lapangan IPR bersama pihak UMPSA.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Temerloh
28000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 08:30 |