cikdin_ml
Kongsi Nasihat | Opera Kehidupan | Simpan Duit Anak-Anak Dalam SSPN |
Kalau sembahyang pun kita gagal, agak-agak masa mati nanti boleh ingat Tuhan tak?
Umur fasa sekarang ni, cukup sekadar tahu, bukan cari tahu, malas ambil tahu. Kalau dah tahu, pura-pura tak tahu.
Benda lain boleh jimat, tapi satu jangan kurang sedikitpun, jangan jimat HORMAT kerana ianya bernilai sampai bila-bila.
Kita tak de butang DELETE nak padam perkara lampau, tapi kita ada butang EDIT untuk ubah kehidupan kita jadi lebih baik.
Masa susah cari Tuhan, masa senang jadi Tuhan.
17/03/2026
Allah hadirkan jumpa dan sembang dengan orang baik harini.
Tuan Haji ni dari Sungkai, datang ke Teluk Intan ada urusan keluarga. Laju dia tegur CD dulu, padahal baru je CD duduk.
"Ada urusan anak, tu singgah sini kejap." ramah, paling CD s**a bersih mukanya, jernih.
"Haji dulu bertugas dimana?"
"Baru pencen 4 tahun, cikgu sekolah, saya mengajar BM dulu." senyum lagi dia balas soalan CD, tak lekang.
"Kita ni kalau betul-betul ingat Allah, semua dia bagi mudah. Tak sedikit pun dia tinggalkan kita. Baiknya Allah kat kita. Kita? Bila senang sikit, lupa. Susah, baru ingat DIA."
Tak berhenti dia nasihat, kongsi ilmunya. Kejap cerita kisah zaman mudanya, tanggungjawab seorang ketua keluarga dan bagaimana kita nak buang sangka buruk pada Allah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain.” — Riwayat Sunan Abu Dawud
Jadi jangan berhenti menerima dan mendengar nasihat. Terima kasih Tuan Haji, terima kasih Alllah hantar insan hebat ini di rumah MU.
Cik Din ML
15/03/2026
Alhamdulillah.
Terima kasih Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan atas sumbangan Infaq Pendidikan SSPN Plus berjumlah RM30k, syukur kerana sejak 2023 pihak masjid konsisten meneruskan penabungan.
"Terima kasih Nordin, PTPTN Teluk Intan banyak sangat bantu pihak masjid dan anak-anak kariah di Teluk Intan menyimpan dalam SSPN." bisik Dato' OBJ.
CD balas dengan senyuman, rasa hilang segala penat bila diberi penghargaan macam tu, bukan minta dipuji melambung melangit, cuma nak dihargai usaha kecil ni walau ucap terima kasih. Ingat mudah nak minta pihak masjid kekal menyimpan dalam SSPN?
Terima kasih juga tadi CD sampaikan kepada CADO Hilir Perak, Encik Amin juga merangkap Pengerusi Masjid Daerah kerana terus menyokong SSPN dan PTPTN Teluk Intan.
Tahun ni pecah rekod sepanjang 6 tahun CD disini, bulan puasa je ada 3 masjid bagi sumbangan Infaq Pendidikan SSPN. Gitulah, CD kalau bekerja s**a cipta rekod dan cabar pecahkan rekod sendiri, rasa puas!
😬
Cik Din ML
07/03/2026
Sebagai pelanggan KPJ Rawang setiap bulan, memang layak kome dapat imbuhan ni.
Gaji satu bab, disebabkan dah berkorban dan berusaha dah capai KPI, apa salah menikmati penat lelah tu.
Pengalaman CD sendiri dan hampir 15 tahun di KPJ Rawang, memang terbaik servisnya dari mula sampai terima ubat. Dan walau sekarang CD dah pindah ke Teluk Intan, setiap bulan tetap ke sini.
Baca komen, ada dapat 3 bulan, ada 4 bulan. Wow, kalau gaji 3-4k dah berapa tu? Eh, terkira bonus orang pulak🫣.
Majikan kome ada bagi manis-manis jugak ke🍫
Cik Din ML
Kita kejar dunia sampai hilang arah,Kita kejar dunia sampai hilang arah, sedang Allah tunggu kita sujud walau ucap;
"Ya Allah, aku penat" sedang Allah tunggu kita sujud walau ucap;
"Ya Allah, aku penat"
01/03/2026
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Puasa itu adalah perisai. Maka janganlah dia berkata keji dan jangan bertindak bodoh. Jika seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
— (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
36000