Sentap BC
KELAB BADMINTON SENTAP
(C-SBH-14673)
J&T BALUNG LOT 58 BLOCK 8
TAMAN SAWIT LORONG 2/3
SUNGAI BALUNG TAWAU
SABAH. NO HP: 0108177223
EMAIL: [email protected]
mungkin terkadang kami berbeza pendapat, mungkin juga ada pertikaman lidah dan mungkin jg pernah terasa hati. Kami berbeza rupa & warna kulit tapi yang pasti kami cuba sebaik mungkin untuk menjadi "SEBUAH KEBERSAMAAN" serta menjadi "SATU KELUARGA" sehingga akhir hayat. Love u all.. SentapBC..
With Coach Nizam
31/07/2026
Kelab Badminton Sentap dengan sukacitanya menjemput semua pemain yang layak menyertai Kejohanan Badminton Tawau 2026 sempena Hari Sukan Negara.
Jangan lepaskan peluang merebut gelaran juara!
๐ Said: 010-817 7223
๐ Nizam: 019-823 0556
12/07/2026
Meraikan dan menyampaikan sedikit sumbangan pendidikan drp Kelab kepada adik bongsu kami dalam kelab, Sharizan yang akan melanjutkan pelajaran.Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan kesihatan yang baik, memberikan kejayaan dalam setiap langkah, serta mengabulkan segala cita-cita yang diimpikan.
13/06/2026
Mesyuarat Bil. 1/2026 Persatuan Badminton Daerah Tawau telah diadakan pada 13 Jun 2026 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Tawau bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Badminton Daerah Tawau , En. Nasib bin Kadir, serta dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa dan wakil kelab-kelab gabungan di bawah Persatuan Badminton Daerah Tawau.
07/06/2026
Rambut sama hitam, hati lain-lain. Namun apabila berada dalam satu pasukan, perbezaan itulah yang mengajar kita erti hormat, kerjasama dan persaudaraan.
Salam satu hobi
Menang atau Kalah bukan menentukan siapa kita, tetapi semangat juang yang tak pernah menyerah
18/05/2026
Tahniah buat saudara Manz atas ikatan pernikahan yang telah dibina. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kebahagiaan, kasih sayang, rezeki yang berpanjangan serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Selamat menempuh alam baru, semoga kekal bahagia hingga ke syurga. ๐ค๐
18/05/2026
Tahniah Al Muksin & Wulandarie Ketiga Bersama Kejohanan Badminton Tertutup Lahad Datu Zon Pantai Timur
17/05/2026
Menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Lahad Datu Zon Pantai Timur 2026 16 - 17 Mei 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Tawau
91010