Small Kitchen
small kitchen in tawau
07/07/2014
RESIPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)
Bahan A:
1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat.
Bahan B:
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
(dipukul kembang)
Bahan C:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder.
Cara:
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.
3. Masukkan p**a bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yg sederhana *jgn terlalu kecil dan terlalu besar!!!
7. Kukus selama 30 - 45 minit.
Topping:
1 cwn milo
1/2 cwn susu pekat
2 sdb minyak masak
3 sdb air.
Gunakan taktik double boiler shingga coklat sebati. Jgn terlalu cair, dan jgn terlalu pekat.
05/06/2014
APAM BERAS
x yah perap lama2.. 1 jam dh cukup. Hasil yg sgt2 puashati. Gebu sgt2... meh cuba...
2 cawan nasi blender dgn 3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 paket mauripan
Gaul semua bahan dan perap 1 jam..
Bila adunan dh naik boleh letak dlm acuan lompang dh kukus 10 minit..
Kalau nk pakai loyang pun boleh.. kukus dalam 1/2 jam atau 45 minit...
Selamat mencuba...
20/02/2014
Talam Tepung Beras
Resepi Di Olah : Che CT
Bahan lapisan bawah:
150 gram tepung beras
250 ml santan pekat kotak KARA
400 ml air
1/2 sudu teh garam
Bahan lapisan atas:
250 ml air *
75 gram gula melaka, potong kecil *
10 gram gula pasir*
2 helai daun pandan - disimpul * - bahan diatas dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis
250 ml santan
30 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh coklat emulco
Secubit garam
Cara-cara:
1. Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih, balut tutup kukus dengan tuala bersih. Alas loyang bulat 8 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satukan bahan untuk lapisan bawah kecuali garam, kacau rata dengan senduk kayu atau whisk, tambah garam secukup rasa dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler dan kacau sentiasa hingga bancuhan pekat sedikit. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Sementara itu, sediakan untuk lapisan atas p**a. Satukan semua bahan lapisan atas kecuali telur dan garam dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan dengan garfu, jangan kacau laju-laju nanti akan menyebabkan atas kuih berlobang-lobang. Kemudian masukkan secubit garam, kacau perlahan-lahan lagi dan tapis.
4. Angkat kukus yang berisi loyang tadi, kemudian sendukkan lapisan atas perlahan-lahan, pastikan anda kacau dulu sebelum dituang. Kemudian kukus lagi selama 45 minit dengan api sederhana. Biar kuih betul-betul sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling. Hidangkan.
20/02/2014
Ice Cream Goreng
By:El-farini Binti Zainudin
▶Sediakan Roti...Ice Cream apa2 perisa...dan juga apa2 bekas yg boleh ditekup dan juga garpu
▶Letak 1 sudu/2 sudu ice cream keatas 1 keping roti
▶Kemudian Letak 1 keping roti diatas ice cream tadi
▶Dan tekup,dgn bekas bulat,kalau boleh nk yg besar.
▶Picit keseluruhan tepi dgn garpu sehingga habis untuk mencantikkan lagi hidangan anda.
▶Simpan didlm freezer 2-3 jam.
▶Bila ice cream didlmnya dah beku,barulah boleh digoreng dgn api yg panas.
▶Balik2kan,bila dah agak2 garing dan keperangan,barulah diangkat
▶Sedia untuk dihidang ketika masih panas.Selamat Mencuba!
20/02/2014
Kuih Talam Lapis
Bahannya: ( boleh gandakan jika bilangan rakyar dlm rumah tu ramai)
1 cwn tepung beras
2 sdu bsr tepung jagung
2 sdu bsr tepung gandum
1/2 cwn gula ( bole kurangkan sikit jika x s**a manis)
2 cwn santan sedarhana pekat
sedikit pewarna merah
sedikit esen ros
1/4 sudu teh garam
Cara:
1 .Panaskan kukusan.Sapu loyang dgn sedikit myk.Bila air dah mendidh addkan loyang dlm kukusan.
2. Satukan semua bahan kacar rata.Kemudian tapis.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (4:3).Warnakan satu bahagian dgn pewarna merah dan esen
ros dan satu bahagian biarkan putih
4. Bila air dah benar-benar mendidih mula kan melapis dgn warna putih dahulu.
5. Biarkan kuih selama 5~ 6 minit kemudian barulah dimasukkan lapisan yang kedua.Buatlah seterusnya
sehingga habis.
6. Untuk lapisan yang terakhir biarkan 7~ 8 minit kuih masak didalam kukusan.
06/02/2014
Sweet Strawberry Bread
Bahan A:
Tepung High Protein-800 gram
Tepung Gandum- 200 gram
Garam-15 gram
Gula Castor- 220 gram
Bread Improver- 10 gram
Bread Softner- 1 sudu kecil
Yis- 11 gram
Marjerin- 110 gram
Bahan B:
Kuning Telur- 2 biji (Gred B)
Susu Pekat Manis- 50 gram
Stawberry Paste- 1 sudu kecil
Pewarna Pink- 1 sudu kecil
Ais kiub- 200 gram
Air- 350
Sapuan:
10 gram susu tepung + Air 25 gram
Cara-caranya:
1) Masukkan bahan A: Garam, Tepung, Gula Castor, Bread Improver, Bread Softner, Marjerin dan Yis ke dalam bowl.
2) Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas besar. Kacau sebati. Kemudian, barulah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3) Mix sebati menggunakan speed rendah (slow) hingga sehati. Kemudian barulah tukar kepada speed kedua (medium). Mix sehingga doh elastik.
4) Keluarkan, timbang 28 gram dan bulatkan doh. Kemudian masukkan ke dalam loyang 6 inci yang telah di sapu shortening terlebih dahulu.
5) Perapkan sehingga naik dua kali ganda.
6) Sapu sapuan atas roti (susu tepung 10 gram di campur dengan air 25 gram) di atas roti yang hendak di bakar.
7) Bakar menggunakan suhu 160'c api atas. 164'c api bawah. Selama setengah jam atau sehingga masak (suhu ikut oven masing-masing).
8) Apabila sudah masak, terus keluarkan roti dari loyang untuk menggelakkan dari roti mengecut.
Selamat Mencuba!!
Resepi Asal:
Norjannah Bt. Abdul Rahim
Chepir
# Biasalah,setiap kali post resepi pasti ada soalan. Mai nak tolong jawab sebelum ada yang bertanya. Hihihi...
1) Nak guna tepung high protein semua boleh tak?
Ikut s**a hampalah nak pakai tepung apa. Nak campur seperti dalam resepi di atas pun boleh. Nak pakai tepung high protein semua pun boleh. Nak pakai tepung gandum semua pun boleh.
2) Nak guna gula biasa boleh tak?
Bolehhhh..ikut s**a hampa.
3) Nak pakai yis apa?
Pakailah yis apa pun tak pa. Yis yang terbaik Saf Instant. Jangan p**ak lepas ni mengamuk dekat suami suruh beli Yis Saf Instant. Tak semua bakery ada. Jadi, pakailah yis apapun tak pa.
4) Marjerin tu kalau nak campur dengan shortening boleh tak?
Bolehhhh..110 gram marjerin di bahagi dua. Setengah marjerin. Setengah shortening. "Tak tau nak bahagilah kak Jannah !!!". "Kalau tak tau, hampa suruh anak hampa yang darjah 6 kira". Hihihi
5) Kenapa kena pakai kuning telur saja?
Untuk mendapatkan struktur roti yang lebih lembut dan gebu.
6) Ala...rugilah kalau buang putih telur...
Kalau rugi hampa boleh buat mayonis atau base pavlova. "Nak resepi, kak Jannah". "Boleh..boleh pengsan!!! Pi la tanya, En. Google yang hensem tu..." Hihii
7) Susu pekat nak tukar ke susu tepung boleh tak?
Bolehhh..ikut s**a hampalah. Susu fungsinya untuk menyedapkan roti.
8) Oven Europa ada satu suhu sahaja. Macam mana?
Boleh guna suhu 164'c. Kena pandai adjust sendiri. Jangan ikut suhu oven saya. Saya ada 8 oven. Setiap oven berlainan suhunya.
9) Kenapa kena guna ais kuib?
Untuk menggebukan roti.
10) Tak nak pakai strawbery, boleh tak?
Bolehhh...pakai pandan, cuppucino dsb nya. Tapi kena tukar tajuk resepi.
11) Minta izin untuk share...
Silakan..@-@
20/12/2013
CHEWY CHEESE
BAHAN2..
350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye
CARA...
1..potong dadu keju,tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE
11/12/2013
PAI APPLE
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung serbaguna
½ cawan Margarine
1 sudu teh Garam
½ cawan Air sejuk
2 biji Epal besar
1/3 cawan Gula
½ sudu teh Serbuk kayu manis
Minyak masak untuk menggoreng
Serbuk gula
Cara penyediaan:
Buang kulit dan teras epal. Potong dadu. Gaul epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana sehingga epal lembut dan menjadi sos epal yang sangat pekat. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
Ayak tepung dan garam. Potong margarine/shortening dan masukkan ke dalam campuran tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul hingga membentuk doh.
Gelek adunan di atas permukaan yang telah ditabur tepung. Terap bulat-bulat anggaran sebesar bulatan berdiameter 4 inci.
Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air. Lipat kepingan doh tersebut dan picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga coklat keemasan. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang sekata dan mengelakkan pai dari hangus.
Tos pai yang telah digoreng atas kertas tisu. Taburkan serbuk gula dan hidangkan panas-panas.
*Sedap juga dimakan bersama aiskrim vanilla.
11/12/2013
Resepi Biskut Chocolate Pretzel
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko
Cara membuatnya:
- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Tawau
91000