Castella Leisure Riders
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Castella Leisure Riders, LOT 6133 TAMAN KOTA HARMONI, Tanah Merah.
31/08/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada tahun ini kita sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-68. Kemerdekaan adalah anugerah paling besar buat rakyat Malaysia, hasil pengorbanan para pejuang yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi membebaskan tanah air tercinta. Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan sebenar dengan memperkukuh perpaduan, mengekalkan keamanan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Semoga semangat perjuangan dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam jiwa kita semua. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Malaysia Madani, Rakyat Disantuni. 31.08.25.
Ikhlas dari: Presiden, Barisan Exco, Badan Penasihat, Panel Pengurusan, Kelab Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi kelantan. *CASTELLA*
13/07/2025
Castella Ride ke Koh Samui.
10-13 Julai 2025.
12 bikes
12 bikers
9 pillions
Sg Golok-Nakhon Sittamarat-Khanom-Surat Tani-Koh Samui-Songkhla-Hatyai-Takbai
30/05/2025
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
16/05/2025
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua guru² kami dan seluruh warga pendidik di Malaysia amnya serta Guru2 dari kalangan CASTELLA khususnya.
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian, JIKA BUKAN KERANA GURU,AKU TIDAK KENAL TUHANKU .
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberi kekuatan kepada semua guru. Jasamu sangat besar dalam membina masa depan ummah.
"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan".
20/04/2025
Kita gegarkan Janda Baik Bentong bulan September nanti....pendaftaran last pada 30 June 2025...
15/04/2025
AGM Castella penggal ke 5 semalam masih mengekal barisan tertinggi jawatan EXCO sedia ada untuk 2025/26...
Tuan Hj Nik Aziz bin Ismail mengekalkan kerusi Presiden Kelab yang disandangnya sejak 2020 dan Tuan Hj Alway p**a mengekalkan jawatan Ketua Badan Penasihat Castella manakala Tuan Mohd Fadzil kekal sebagai Ketua Panel Pengurusan Castella untuk terus memacu kelab ini lebih progresif dan inovatif dalam permotoran Kelantan...
In syaa Allah Castella akan tampil dengan pelbagai program ride mega menarik yang telah disusun semalam di dalam kalendar ride Castella sepanjang tahun 2025...
Tahniah kepada semua EXCO...
03/08/2024
Terima kasih Edaran Tanamera Motors (ETM) terutamanya Bro Mohd Hakimi kerana sudi menjemput team Castella untuk test ride pelbagai jenis motorsikal berkuasa tinggi. Kami dibawa untuk cuba merasai tunggangan kesemua jenis motorsikal sehingga ke Highway Tiong. Min lepas gian try Ducati Multistrada V4S Sport p**as sampai 260kmj. Ketua Badan Penasihat Castella Tn Hj Alway J Barawas nampak jatuh hati dgn Africa Twin DCT sampai tinggal marshall. Dengar2 cip Mohd Halim Hafizul dh letak depo😋😋.
Kepada sesiapa yg berhasrat utk memiliki m/sikal import recond blh hadir ke showroom ETM di Lundang.
07/06/2024
TERIMA KASIH kepada semua ahli Castella dan tetamu² jemputan kerna sudi bersua dalam program khas Jamuan Makan Silaturrahim Castella 2024 di perkarangan kedai Penaung Castella Dato Sri Nid Golok di Rantau Panjang...
Jutaan terima kasih juga kepada Dato Sri kerna menjadikan perkarangan kedainya di RP ni sebagai tempat ahli castella bersua kenal yang lama dan yang baru setelah 3 tahun penubuhan Castella....
NEVER STOP RIDING
07/06/2024
Castellalians....jom hari ni kita bersilaturrahim merapatkan ukhwah yg sudah 3 tahun Castella ditubuhkan...
16/03/2024
MARHABAN YA RAMADHAN....
Selamat menunaikan ibadah puasa...
16/02/2024
Semalam TokKu janji nak bawak dia ride healing2 makan pagi.. TokKu dh tetapkan waktu RV & OTB, kalau lambat TokKu tinggal.
Terkejut ultraman TokKu pagi ni.. tengok2 dia dh ada bertenggek kat sini..rupanya dia tidur atas moto sejak semalam.Takut kena tinggal.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Tanah Merah
17500