NK Age-Reverse UTM

NK Age-Reverse UTM

Share

NK AGE-REVERSE adalah jenama skincare tempatan berasaskan R&D yang dibangunkan oleh Prof Madya Dr Siti & Team di UTM.

NK adalah jenama Malaysia yang pertama menggunakan Teknologi Nano-Tech Hijau & mendapat kelulusan LABTESTED dr Bioecomony Malaysia

Photos from NK Age-Reverse UTM's post 16/10/2022

Menghasilkan buku memberi kepuasan yang berbeza berbanding menulis jurnal. Alhamdulillah buku kedua tahun ini akan diterbitkan dalam masa terdekat. Congrats and thank you Zarith Aziz for make it happened. Kami hantar dua draft buku kepada UTM Press tapi hanya satu dapat disiapkan tahun ini. Sebaik sahaja dapat tahu berita gembira ini, saya telah berjumpa Puan Zalina, Pegawai Penerbitan bagi menghargai bantuan beliau.

14/10/2022

Hari ini saya berfikir, betullah kata seorang sahabat bahawa setiap kesusahan kita pada hari ini adalah sebagai jalan kejayaan di masa akan datang.
Ingat lagi 20 tahun lepas, saya struggling untuk menyiapkan Master degree dalam bidang micellar nanotechnology (chemical engineering). Saya malahan pernah berfikir untuk tidak menamatkan pengajian. Tapi saya teruskan juga.
Selepas itu setiap langkah perjalanan; menjalani PhD dalam bidang yang sama, melakukan penyelidikan, membina bisnes, memformulasi produk.. bukan calang-calang cabaran yang dihadapi.. Apatah lagi dunia bisnes yang merupakan sesuatu yang amat jauh dari comfort zone saya.
Ada perkara yang hanya Allah yang tahu betapa beratnya dugaan yang dihadapi.. Kerana orang yang tidak mengalaminya tidak akan dapat memahami sepenuhnya.
Apabila kembali ke masa kini, melihat apa yang ada di depan mata, saya berfikir bahawa inilah hasil kerja keras ketabahan selama ini. Pastilah dengan bantuan banyak pihak dan beberapa orang yang rapat yang sudi bersusahan bersama-sama.
Tiada apa yang dikesalkan. Saya amat bersyukur dengan segala-galanya. Kepahitan dan kemanisan semuanya adalah s**a duka perjalanan hidup. Lihat semuanya dengan positif, dan semoga Allah terus beri kekuatan untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.

Photos from NK Age-Reverse UTM's post 14/10/2022

Selangor R&D and Innovation Exhibition (SRIE) menjemput UTM MJIIT untuk menjadi pempamer. Selain NK Age-Reverse, MJIIT menghantar inovasi dari Malaysia-Japan Advanced Research Center (MJARC), pakar dalam agrikultur dan juga dari Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) yang merupakan pakar dalam pengurusan bencana.
Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

16/09/2022

1000 unit tester produk formulasi baru yang akan diedarkan kepada responden terpilih. Jika Age-Reverse adalah khas untuk Antiaging, formulasi baru ini dicipta khas untuk “Active Lifestyle”.
Terima kasih kepada team penyelidikan NK yang sentiasa dedikasi dan memberi komitmen yang amat tinggi dalam membina formulasi terbaik.
Dijangka memasuki pasaran pertengahan tahun hadapan apabila semua proses formulasi dan testing telah siap.. InshaAllah

15/09/2022

Apa yang paling s**a mengenai NK kerana produk-produknya tidak overclaim dan saya dapat maintain kulit muka yg awet muda walaupun usia dah 40an. Formulation NK yang dihasilkan sendiri memberi lebih keyakinan pada saya tentang keselamatan menggunakan produk ini. - Puan Kimi
Terima kasih Puan Kimi kerana telah menggunakan skin care NK sejak ia mula-mula dikeluarkan.
Link :

info.nkagereverseasia.com

14/09/2022
13/09/2022

2 in 1 cleanser

Photos from NK Age-Reverse UTM's post 12/09/2022

Face Mist Dr. Barbara Sturm berharga USD 95 (bersamaan RM 430).
Face Mist yang sama, mengandungi ingredients yang sama, malah lebih baik, oleh NK berharga RM 97.90.
Rakyat Malaysia tolonglah hargai usaha kami ini 🙏🏻🤗😘. Sila ambil peluang untuk menggunakan skin care setanding kualiti antarabangsa ini.
Nota: NK Energy Mist mengandungi Hyaluranic acid (powerful antiaging), bee venom (aka natural botox) dan essential oils. Sangat berkesan sebagai moisturiser. Mempunyai sifat “Mood Enhance”.

info.nkagereverseasia.com

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Subang Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

2F, Lot 752, Jalan Subang 3 , Jalan Subang 3, Subang Light Industrial Park
Subang Jaya