PBB Ranting Banyok
Page rasmi PBB Ranting Banyok
Seluruh warga PBB Ranting Banyok mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat ukhwah
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama insan tersayang.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال، وكل عام وأنتم إلى الله أقرب
Ikhlas daripada,
PBB Ranting Banyok
17/03/2026
15/03/2026
Sinar Ramadhan 2026 PBB Ranting Banyok & SDIB🔅
Program Sinar Ramadan kembali buat kali ke 3. Pada tahun ini program akan dilakukan dengan kerjasama strategik bersama Pelita Mas Laut Sibu, HIKMAH Cawangan Sibu, Kelab Pemuda Proaktif Dudong, Ittiba Source, KRH Sibu, dan KRH Banyok. Sinar Ramadan 2026 akan berlangsung pada :
⭕Tarikh : 15 Mac 2026 (25 Ramadan 1447H)
⭕Hari : Ahad
⭕Tempat : Surau Darul Ibadah Kpg Banyok
⭕Bermula : 4.30 petang sehingga selesai
Aktiviti yang akan diadakan :
1. Agihan Bubur Pedas
2. Sumbangan Food Basket Fakir Miskin & Muallaf
3. Khatamul Quran
4. Ifthar Jam'ee
5. Tazkirah 🇸🇦
6. Rakaman Takbir Raya ✨
Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan ukhwah, menyemai semangat kepedulian terhadap golongan yang memerlukan serta mendekatkan masyarakat khususnya belia kepada Al-Quran dan masjid.
23/02/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini, PBB Cawangan Dudong menerusi Ranting Banyok akan melaksanakan program Sedekah/Infaq Bakul Makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan N.52 Dudong. Sasaran agihan adalah sebanyak 50 bakul makanan.
Sehubungan itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Setiausaha Cawangan, En. Mohamad Nazim Bin Masni seperti berikut:
Nama Akaun: Mohamad Nazim Bin Masni
No. Akaun: 511056051041
Bank: Maybank
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
En. Zulizam Bin Jenal
(Ketua Ranting Banyok)
Tel: +6013-5688966
En. Mohamad Nazim Bin Masni
(Setiausaha Ranting Banyok / Setiausaha Cawangan N.52 Dudong)
Tel: +6019-8627964
Semoga setiap sedekah dan sumbangan Tuan/Puan dikurniakan ganjaran pahala serta rezeki yang berlipat ganda.
Daripada Al-Tirmidzi:
“Sedekah yang paling afdal adalah sedekah yang diberikan pada bulan Ramadan.”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
96000