Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir

Share

GOLD : TAKAFUL : PROPERTY : TRAINING: BOOK
CALL/WASAP 010 500 1 500 Help People Grow Money Asset Quickly

02/05/2026

Bismillah.

Anak ajak main monopoly, sesi asah otak dan strategi.

Merangsang anak untuk memiliki harta di awal usia dan tidak membebani kos Sara hidup mereka.

Memilih untuk beraya sakan dan majlis kahwin ikut adat ramai yang terlepas peluang memiliki rumah dengan diskaun 50%.

Permainan ini ambil masa 2 - 4 jam biasanya

11/04/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW



“Nak keluar dari B40, buat 3 benda ini dulu InsyaAllah:”

1. Kawal perbelanjaan tanpa emosi

2. Tukar simpanan kepada aset (emas atau hartanah kecil)

3. Tambah income walaupun kecil

➡️ Jangan tunggu sempurna

➡️ Mula kecil, konsisten

Usahakan bulan pertama dapat income yang mampu tanggung kos sarapan untuk 1 hari dalam sebulan pun dah Alhamdulillah.

Bulan kedua untung tanggung kos sarapan untuk 15 hari / 1 bulan.

Begitulah seterusnya.

Jangan tamak mencari income yang terlalu besar sehingga apabyang dapat? Tertipu dengan 'scammer'

Jika tak jumpa juga caranya, baru cari SK.

Shamsuddin Kadir

Majukan Rakyat Demi Agama dan Negara InsyaAllah

27/03/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW

Dalam keadaan harga minyak dunia yang tidak menentu,
satu perkara yang wajar dihargai adalah usaha kerajaan (pentadbir - pemimpin + penjawat awam)
masih mengekalkan subsidi petrol bagi melindungi rakyat daripada lonjakan mendadak kos pengangkutan rakyat.

Ini bukan keputusan mudah.

Ia melibatkan beban kewangan yang besar kepada negara.

Namun dalam masa yang sama,
kita juga perlu mula beralih kepada pendekatan yang lebih mampan.

Cadangan saya:
1. Subsidi Bersasar Secara Dinamik (Bukan Statik)

Subsidi diberikan berdasarkan:

* Tahap pendapatan

*Corak penggunaan sebenar (dari 300 liter turun ke 200 liter, itu langkah pertama yang dah dibuat)

Golongan yang benar-benar memerlukan terus dilindungi,
manakala *ketirisan* dapat dikurangkan.

Kita sedar, masih ada rakyat tertentu menggadai subsidi untuk rakyat Malaysia kepada rakyat di negara sempadan ( semenanjung dengan Thailand dan Singapura) Sabah dan Sarawak kepada Indonesia , + Filipina (melalui laut)

2. Had Subsidi Mengikut Penggunaan Asas

Setiap isi rumah diberi kuota subsidi asas (contoh: penggunaan minimum bulanan). Sekarang secara individu

Jika penggunaan melebihi tahap tersebut,
harga pasaran dikenakan secara berperingkat. Ataupun kadar subsidi berkurangan.

👉 Ini adil, kita lindungi keperluan rakyat, bukan pembaziran yang dibuat oleh sebahagian rakyat tertentu.

3. Insentif Kurangkan Penggunaan, Bukan Sekadar Kawal Harga
Rakyat yang berjaya mengurangkan penggunaan minyak:

Diberi ganjaran (rebat / simpanan digital)

👉 Dari “guna banyak, dapat subsidi”

👉 kepada “guna bijak, dapat manfaat”

4. Salurkan Sebahagian Penjimatan Kepada Pengangkutan Awam

Kurangkan kebergantungan kepada minyak dalam jangka panjang:

Tambah kecekapan pengangkutan awam

Jadikan ia pilihan utama, bukan pilihan terakhir

Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat yang sudah guna kenderaan EV Kerana saudara/i adalah wira negara ketika setiap negara berdepan dengan kenaikan kos minyak. Saya sendiri belum.

Subsidi (bantuan ketidakmampuan) adalah perlindungan jangka pendek.

Tetapi disiplin dan struktur adalah penyelesaian jangka panjang.

Kita bantu rakyat hari ini,
dan dalam masa yang sama,
kita bina sistem supaya negara tidak terus terbeban esok, InsyaAllah.

Shamsuddin Kadir
Wali Kota Kewangan Rakyat
28 Mac 2026

19/03/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW

👉 Untuk trainer & motivator supaya bangkit, bukan takut

👉 Untuk masyarakat supaya faham peranan kami

👉 Untuk Kerajaan supaya tidak terlepas pandang industri ini
Ini bukan suara kecil.

Ini suara pembina manusia.

Baca kenyataan penuh di bawah.

Tenang. Bersedia. Bertindak InsyaAllah

KENYATAAN MEDIA RASMI
PERTUBUHAN PERUNDING LATIHAN DAN MOTIVASI MUSLIM MALAYSIA (TAMRIN)

ISU KETIDAKTENTUAN GLOBAL & KELANGSUNGAN SUMBER PENDAPATAN JURULATIH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam inspirasi, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) mengambil maklum kebimbangan dalam kalangan jurulatih dan motivator berhubung perkembangan konflik di Asia Barat serta potensi kesannya terhadap ekonomi global dan tempatan, Insyaa Allah. TAMRIN memahami bahawa pengalaman pandemik COVID-19 masih memberi kesan mendalam kepada ramai dalam industri ini, khususnya dari sudut ketidakstabilan sumber pendapatan, kesinambungan program latihan, dan kelansungan operasi. Sehubungan itu, TAMRIN ingin menegaskan bahawa situasi semasa tidak perlu dihadapi dengan panik, sebaliknya memerlukan ketenangan, disiplin kewangan dan tindakan strategik Insyaa Allah.

SERUAN TAMRIN KEPADA TRAINER & MOTIVATOR

1. Disiplin Kewangan
Elakkan pembaziran dan utamakan aliran tunai bagi memastikan kelangsungan operasi.

2. Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Jangan bergantung kepada satu punca. Aktifkan latihan online, modul rakaman, coaching serta kerjasama strategik.

3. Kuasai Platform Digital dan Ai
Penguasaan digital dan AI adalah keperluan, bukan lagi pilihan.

4. Kuatkan Jaringan Komuniti
Jangan bersendirian. Kekuatan sebenar ada pada jaringan dan kolaborasi. Sertai komuniti Sahabat TAMRIN (Scan Qr Code untuk menyertai Whatapps Group Sahabat TAMRIN)

5. Bertindak Berdasarkan Fakta
Elakkan panik akibat spekulasi. Rujuk sumber maklumat yang sahih.

PENDIRIAN TAMRIN

Kami ini trainer dan motivator. Peranan kami bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina kekuatan manusia ketika dunia tidak stabil. Dalam situasi mencabar, trainer dan penceramah perlu tampil sebagai:
• Pembina daya tahan masyarakat
• Penyelesai masalah
• Agen perubahan yang tenang dan strategik
• Krisis bukan alasan untuk berhenti, tetapi isyarat untuk berubah dan bangkit lebih kuat.

SERUAN KEPADA PIHAK KERAJAAN

TAMRIN turut menyeru agar pihak kerajaan tidak terlepas pandang peranan serta kelansungan komuniti trainer dan speaker dalam merangka langkah menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa. Industri latihan dan pembangunan insan adalah komponen penting dalam membina daya tahan rakyat. Justeru, sokongan berstruktur, peluang kolaborasi, serta akses kepada inisiatif pemerkasaan perlu turut merangkumi golongan ini agar mereka terus berfungsi sebagai pemangkin kekuatan masyarakat.

PENUTUP

TAMRIN komited untuk terus menyokong ahli, membuka ruang kolaborasi dan memperkasa trainer dan penceramah dengan kemahiran masa depan. Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku di dunia, tetapi kita boleh mengawal tindakan kita. Tenang. Bersedia. Bertindak. Mudah-mudahan kenyataan ini memberi sedikit kelegaan dan ketenangan kepada seluruh sahabat TAMRIN. Ya Allah, kurniakan kami ketenangan dalam menghadapi ujian, kebijaksanaan dalam membuat keputusan, dan rezeki yang luas serta berkat. Satukan hati kami, kuatkan langkah kami, dan jadikan kami asbab kebaikan kepada masyarakat.
Amin, ya Rabbal ‘alamin.

Sekian, terima kasih sungguh-sungguh

Yang Ikhlas,
Shamsuddin Kadir
Presiden
Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
2026-2028
19 Mac 2026/ 29 Ramadhan 1447 Hijrah

10/03/2026

Bismillah.

Raya, raya.... Duit aku pokai lagi?

23/01/2026

Ramai orang sangka masalah kewangan boleh selesai bila gaji naik.

Hakikatnya,
ramai yang gaji naik…
tapi hidup tetap sempit.
Kenapa?

Sebab hidup dengan SATU sumber income dalam dunia hari ini sebenarnya satu perjudian yang senyap.

Tak nampak bahaya, tapi bila ekonomi goyang, kerja tergugat, kos hidup naik, baru terasa lemas.

Itu sebabnya saya perkenalkan 4 IOP (Income Opportunities Preview)

bukan untuk ajar cepat kaya,
tapi untuk buka mata.

Pada 7 Januari 2026 InsyaAllah nanti, saya dan 3 speaker berlainan bentangkan 4 sumber income
yang realistik,

boleh dibina ikut kemampuan masing-masing :

tak perlu berhenti kerja,
tak perlu hutang baru,
tak perlu jadi “fake success”.

4 sumber ini bukan teori YouTube.
Ia datang daripada pengalaman sebenar bina income sebagai:

dan income yang masih masuk walaupun tak berjumpa dan berdiri ataupun duduk di depan orang.

Ramai yang datang IOP sebelum ini mula dengan ayat yang sama:

“Saya nak faham dulu, bukan terus join.”
Dan itu betul.

IOP ini bukan tempat jual mimpi.
IOP tempat buat keputusan lebih matang tentang masa depan duit dan hidup.

Kalau sekarang: gaji cukup-cukup makan
– simpanan nipis
– kerja kuat tapi susah nak naik
– ada rasa takut kalau kerja hilang

👉 IOP ini memang untuk golongan ini.

Bukan semua orang sesuai. Tapi kalau rasa hidup tak boleh statik,
kalau sedar satu income tak selamat,

kalau nak bina hidup yang lebih tenang untuk keluarga.

7 Januari 2026 ini, datang dan dengar sendiri.

Datang seorang boleh.
Datang bawa kawan pun lebih baik.

Sebab keputusan kewangan yang betul, selalunya lahir bila ilmu, pendedahan dan keberanian bertemu pada masa yang sama.

Jumpa Sabtu 2 petang, 7 Januari.
Ini bukan tentang duit semata-mata. Ini tentang hala tuju hidup.

17/01/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW



Politik Malaysia Perlu Upgrade, Bukan Asyik Bergaduh

Ini bukan tulisan untuk puja mana-mana parti.

Ini teguran terbuka, supaya politik kita naik kelas

BN
Kuat dari segi pengalaman dan jentera.
Tapi rakyat mahu reform sebenar, bukan sekadar wajah baharu dengan cara lama.

BN perlu berhenti bergantung pada nostalgia dan mula buktikan reform yang boleh dirasa di poket rakyat.

Fokus bebaskan sistem buat rasuah di kalangan pemimpin bawah dan atasan.

PN
Kuat sentimen rakyat dan isu kos sara hidup.
Tapi perlu lebih solusi teknikal, bukan hanya kemarahan dan slogan.

Perlu lebih cadangan berangka, pelan ekonomi jelas, dan disiplin komunikasi supaya dilihat bersedia mentadbir, bukan sekadar membangkang dalam segala hal.

PH
Kuat dari segi dasar dan idea tapi belum mencukupi terutama aspek sistem.

pemimpin no 1nya selaku ketua kerajaan perpaduan, dana persaraan negara masih tak efektif dan outdated, dasar perumahan lapuk, peluang rakyat buat hutang jahat yang dipermudahkan seperti BNPL, ...kawalan ke atas barang membazir untuk rakyat beli secara online yang tak terkawal.

Teknik komunikasi dengan rakyat bawah masih lemah, terlalu elit dan berlapik akademik.

Namun PH perlu perbaiki 3 perkara besar:

Terjemah dasar kepada bahasa dapur, bukan bahasa seminar.

Kurangkan politik simbolik, tambah lagi penyelesaian praktikal.

Berani akui kelemahan dan betulkan, bukan 'defensif' bila ditegur rakyat.

GPS / GRS
Sarawak semakin mantap, idea Premier Sarawak ada class sebahagiannya.
Sabah perlu Fokus kepada kestabilan negeri dan pembangunan tempatan.

Cabaran seterusnya ialah membawa suara Sabah & Sarawak sebagai rakan setara dalam dasar nasional, bukan sekadar penyokong.

Parti kecil & bebas
Banyak muncul ketika pilihan raya.
Namun tanpa disiplin, pelan jangka panjang dan kefahaman tadbir urus, mereka mudah jadi spoiler, bukan pembina sistem.

Rakyat hari ini tidak cari parti suci.

Rakyat cari kepimpinan yang jujur, tidak rompak khazanah negara, faham ekonomi sebenar, dan berani buat keputusan susah demi masa depan.

Politik bukan pertandingan siapa paling betul bercakap.

Politik ialah siapa paling mampu menyelesaikan masalah.

Rakyat hari ini bukan mahu parti sempurna.

Rakyat mahu pemimpin yang jujur, faham angka, faham dapur, faham hidup sebenar.

Politik bukan tentang siapa paling kuat jerit.

Politik tentang siapa paling berani betulkan sistem yang selama ini sudah terlebih korup.

Jika tak tahu nak menghormati bangsa dan suku kaum lain, cukuplah sekadar bangunkan bangsa sendiri tanpa mewujudkan kambing hitam untuk menutup kelemahan sendiri.

Ini pendapat saya.
Berbeza itu biasa.

.

Berfikir itu wajib.

Shamsuddin Kadir
16 Jan 26

11/01/2026

As salam

Sy dalam keadaan agak tenat ( keewangan)

Gaji dlm 6500

Tp 2600 monthly byr loan
- 1200 cashlite loan
- 800 personal loan sbb trading forex
- 600 personal loan byr kereta ( Nafkah wife)

1100 byr rumah
300 Mak ayah
500 Takaful sy & anak
1600 kete, yuran anak, brg dapur
300 myk kereta
200 bil

Org nmpk mcm M40
Tapi hakikat kering lebih dri B40

Punca Hutang adalah Forex

Faktor lifestyle yang berharap dpt tambah income , tapi makin parah.

Jauhilah Trade forex or Saham or skim yg konon fix dpt tiap2 bulan..

Sy dah Insaf..

Doakan sy, boleh servive untuk tggung wife & Anak 3 org.

Sumber info di atas dari group bankrap.

-----

Komen Shamsuddin Kadir 👇👇👇

Ramai yang nampak M40, tapi realitinya kering lebih teruk daripada B40.

Gaji RM6,500 bukan kecil.

Masalahnya bukan pada jumlah gaji, tapi komitmen yang lahir daripada keputusan silap di masa lalu.

Dalam kes ini, punca utamanya jelas:

Forex & trading yang dijual atas nama “income tambahan”

Lifestyle expectation, harap cepat kaya, akhirnya hutang bertambah

Hutang yang berlapis, duit gaji jadi hamba bank

Ini realiti yang jarang orang berani cerita.

Bila:
RM2,600 habis untuk loan
RM1,100 rumah
RM500 takaful
RM1,600 keperluan hidup
Belum masuk minyak, bil, nafkah ibu bapa

Bukan muflis di kertas, tapi muflis aliran tunai.

Pengajaran besar yang orang perlu faham:

❌ Trading bukan solusi kewangan untuk orang biasa

❌ “Income pasif cepat” selalunya datang dengan risiko aktif yang menyakitkan

❌ Hutang untuk cari untung selalunya berakhir dengan rugi berganda

Bukan semua orang perlu ‘pandai melabur’.

Ramai sebenarnya hanya perlu pandai mengurus.

Langkah praktikal InsyaAllah:

Hentikan punca berdarah dulu
Apa-apa yang masih berbentuk trading / spekulasi, STOP.

Susun semula hutang ikut keutamaan hidup

Rumah, makan, nafkah keluarga, itu nombor satu

Hutang lain, runding, reschedule, atau kecilkan.

Jangan tambah hutang dengan harapan hutang lama selesai
Itu perangkap yang ramai tak sedar.

Terima hakikat: hidup sederhana bukan satu kegagalan

Ia selalunya jalan pulih.

Doakan saudara ini kuat.

Insaf itu mahal nilainya.

Yang penting, keluarga masih ada, nyawa masih ada, dan kesedaran sudah datang.

Mudahan kisah ini jadi pengajaran —
bukan untuk mengaibkan,
tetapi untuk menyelamatkan yang masih di tepi jurang.

Shamsuddin Kadir
11 Jan 2026

10/01/2026

As salam

Sy dalam keadaan agak tenat ( keewangan)

Gaji dlm 6500

Tp 2600 monthly byr loan
- 1200 cashlite loan
- 800 personal loan sbb trading forex
- 600 personal loan byr kereta ( Nafkah wife)

1100 byr rumah
300 Mak ayah
500 Takaful sy & anak
1600 kete, yuran anak, brg dapur
300 myk kereta
200 bil

Org nmpk mcm M40
Tapi hakikat kering lebih dri B40

Punca Hutang adalah Forex

Faktor lifestyle yang berharap dpt tambah income , tapi makin parah.

Jauhilah Trade forex or Saham or skim yg konon fix dpt tiap2 bulan..

Sy dah Insaf..

Doakan sy, boleh servive untuk tggung wife & Anak 3 org.

Sumber info di atas dari group bankrap.

-----

Komen Shamsuddin Kadir 👇👇👇

Ramai yang nampak M40, tapi realitinya kering lebih teruk daripada B40.

Gaji RM6,500 bukan kecil.

Masalahnya bukan pada jumlah gaji, tapi komitmen yang lahir daripada keputusan silap di masa lalu.

Dalam kes ini, punca utamanya jelas:

Forex & trading yang dijual atas nama “income tambahan”

Lifestyle expectation, harap cepat kaya, akhirnya hutang bertambah

Hutang yang berlapis, duit gaji jadi hamba bank

Ini realiti yang jarang orang berani cerita.

Bila:
RM2,600 habis untuk loan
RM1,100 rumah
RM500 takaful
RM1,600 keperluan hidup
Belum masuk minyak, bil, nafkah ibu bapa

Bukan muflis di kertas, tapi muflis aliran tunai.

Pengajaran besar yang orang perlu faham:

❌ Trading bukan solusi kewangan untuk orang biasa

❌ “Income pasif cepat” selalunya datang dengan risiko aktif yang menyakitkan

❌ Hutang untuk cari untung selalunya berakhir dengan rugi berganda

Bukan semua orang perlu ‘pandai melabur’.

Ramai sebenarnya hanya perlu pandai mengurus.

Langkah praktikal InsyaAllah:

Hentikan punca berdarah dulu
Apa-apa yang masih berbentuk trading / spekulasi, STOP.

Susun semula hutang ikut keutamaan hidup

Rumah, makan, nafkah keluarga, itu nombor satu

Hutang lain, runding, reschedule, atau kecilkan.

Jangan tambah hutang dengan harapan hutang lama selesai
Itu perangkap yang ramai tak sedar.

Terima hakikat: hidup sederhana bukan satu kegagalan

Ia selalunya jalan pulih.

Doakan saudara ini kuat.

Insaf itu mahal nilainya.

Yang penting, keluarga masih ada, nyawa masih ada, dan kesedaran sudah datang.

Mudahan kisah ini jadi pengajaran —
bukan untuk mengaibkan,
tetapi untuk menyelamatkan yang masih di tepi jurang.

Shamsuddin Kadir
11 Jan 2025

26/12/2025

InsyaAllah menanti slot pagi ini di Tv3 MHI Jam 10.16 pagi 26 Dec 2025

Belanja rumah share 50:50 antara isteri dan suami setuju ke ?

Photos from Shamsuddin Kadir's post 06/12/2025

Bismillah. Nabi Muhammad SAW.

Tadi ada urusan di Seksyen 19 Shah Alam. Mula-mula ingat nak singgah rumah kawan yang hidup di Padang Jawa. Tengok masa tak berkesempatan, singgah di rumah kawan-kawan yang hidup di Taman Barzakh.

Seorang pelajar junior di UiTM Dungun, nombor 824. Mati kemalangan. Disember 1998 meninggal.

Yang seorang lagi nombor 3133 adalah rakan sekerja ketika saya makan gaji di Shah Alam.

Dunia tempat meninggal,
Bukan tempat tinggal

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in setapak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Setapak
53300