YATT
Menuntut ilmu adalah TAQWA
Menyampaikan ilmu adalah IBADAH
Mengulang ilmu adalah ZIKIR
Mencari ilmu adalah JIHAD yang besar.
-Kata Imam Al-Ghazali
25/10/2024
Salam Jumaat.
FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KHAFI PADA HARI JUMAAT
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat Allah S.W.T. akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat
(Hadis RIwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
24/10/2024
APA ITU YATT ??
YATT, singkatan bagi Yuwafiq Assamawi Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan rintisan.
YATT beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
17/10/2024
12 Oktober 2024
Buat julung kalinya, YATT telah menganjurkan Kursus Umrah sulung buat bakal jemaah Umrah yang bakal diterbangkan pada Januari 2025.
Bakal jemaah diberi pengisian manasik umrah. Ustazah Fatimah memulakan program dengan berkongsi kewajiban dan kelebihan menunaikan umrah,
Program turut disertakan sesi joal jawab oleh bakal jemaah. Banyak soalan-soalan yang ditanya oleh bakal jemaah sepanjang program. Demi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham. Terutama dalam bahagian fiqh umrah.
Sesi kursus asas ini diakhiri dengan jamuan ringkas.
17/10/2024
Alhamdulillah. Mengambil keberkatan hari Jumaat, 11 hb Oktober 2024. Pejabat urusan Yuwafiq Assamawi Travel & Tours Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Doa Selamat sempena pembukaan pejabat kami yang bertapak di Senawang, Negeri Sembilan.
Sesi pagi terdapat pengisian Oleh Ustazah Khauthar Jamaludin yang dihadiri muslimat dari Taman Nusa Intan.
Seusai Solat Jumaat, para tetamu muslimin bersama membaca doa selamat. Turut hadir pada pelajar sekolah Tahfiz yang berdekatan.
Semoga Yuwafiq Assamawi Travel & Tours tumbuh subur seperti pokok berdaun rimbun, berbuah lebat, dan menjadi tempat berteduh bagi banyak orang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Seremban
70450