DekwanBundle_

DekwanBundle_

Share

bundle(baju terpakai)

11/07/2022

Orang kata kalau nak berjaya dalam bisnes kena kuatkan semangat dan jangan putus asa😊

Sebab perjalanan untuk berjaya dalam bisnes banyak rintangan dan cabaran.

Kuatkan semangat untuk capai impian. Lambat atau cepat tu Rezeki masing2. Asal kita tak give up sudah.

Pandang hadapan dan terus berlari kejar Impian, anggaplah suara2 sumbang yang kritik tu sebagai kata2 semangat untuk berjaya, tak payah nak buktikan apa2 pada mereka.

Kerana bila kita dah berjaya ,bukti tu akan datang dengan sendiri.

01/07/2022

Asalammualikum😊

26/06/2022

MOTIVASI !!
Antara kata-kata hikmah orang BERJAYA!!

✓Nak hebat kena terlibat !

✓Berani untuk gagal adalah tiket untuk kejayaan !

✓Tiada istilah gagal dalam kamus orang-orang berjaya cuma belum jadi lagi !

✓Buang benih yang negatif dan simpan benih yang positif dalam otak !

✓Lagi lambat anda join maka lagi lambat kejayaan untuk anda !

✓Fokus sesuatu untuk masa depan, yang harian pasti bertambah baik !

✓Kerja paling senang, adalah meniru..Oleh itu, ikut dan tirulah org yang berjaya !

Assalamualaikum selamat pagi 🥰😍😘

24/06/2022

Anda ada impian??Dengar ini😊
Mulakan perubahan👊🏻anda pasti berjaya

14/06/2022

‘ NUKILAN BISIKAN ISI HATI ‘

Kepada rakan2 diluar sana yang ingin ceburkan diri dalam bidang bisnes, ini perkara yang anda akan lalui dalam tempoh 1 hingga 3 tahun. Selepas anda harungi masa tersebut tetapi masih mampu bertahan, anda akan temui rentak permainan yang sebenar sehingga terjumpa titik kejayaan.. tidak mudah nak puaskan hati semua org.

1. Tidak cukup masa bersama keluarga.

2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan bisnes, tetapi duit dalam poket cukup-cukup makan.

3. Isteri, suami, mak, ayah, mertua mula pertikai. Sibuk bukan main, berjayanya tak juga.

4. Setiap kali tiba hujung bulan, anda akan risau, takut duit syarikat tak cukup untuk bayar gaji staf.

5. Anda masih buat bisnes seorang diri atau hanya dengan pasukan yang kecil. Staf susah nak kekal lama.

6. Banyak drama menjaga hati. Nak jaga hati keluarga, jaga hati staf dan orang sekeliling. Hinggakan hati sendiri pun tak terjaga.

7. Kerap menangis di tikar sejadah, bilik mandi dan di dalam kereta. Tekanan yang ada tak mampu diluahkan.

8. Jualan tak seberapa, penatnya rasa macam nak hilang nyawa.

9. Selalu bercakap seorang diri. Kadang2 senyum kadang2 sedih..

10. Bila lihat orang lain berjaya dalam tempoh lagi awal dari kita, rasa down, rasa bisnes ni tak betul, rasa nak berhenti, rasa kenapa aku tak berjaya lagi?

Ini adalah beberapa perkara yang anda akan lalui. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi kami kongsikan ini dahulu.

Jadi, anda semua boleh tentukan mahu mulakan atau tidak. Jika tak sanggup, lebih baik usah mulakan. Dunianya keras dan kejam. Ianya tidak seindah yang dijangkakan.

Ia bukan seperti dalam drama pakai blazer secretary bawakan air kopi. Ia tidak datang cepat seperti yang diharapkan atau dilihat dalam Instagram. Orang pakai kereta mewah makan tempat mewah, bercuti di sana sini.

Ianya perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan...

Jatuh, bangun buat lagi. Jatuh, bangkit terus berlari. Ulang, ulang dan ulang. Lebih banyak kita cuba, lebih besar peluang untuk berjaya ‼️

TERIMA KASIH SELALU SUPPORT 🔥

10/06/2022

untuk berjaya tiada jalan singkat😊terima kasih yaAllah🤲🏻terima kasih jugak mana yang selalu support❤️insyaAllah kita akan live malam,jumpe anda nanti tepat jam 8.30 malam

30/05/2022

Bertindak Dengan Bijak✨

18/03/2022

Asalammualikum dan selamat datang🤝😊

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Rompin?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

No. SS-24 GERAI MDR SRI SELANCAR, BANDAR SELANCAR
Rompin