Cuci Bah Laundry
A dream of a husband and wife that turned into reality. Cuci Bah Laundry aim to serve clean and affordable laundry service. Cuci Bersih, Cuci Jimat!
Salam PKP 2.0! Nampaknya laundry boleh buka suda..yang penting semua mesti mau jaga SOP aa!
16/10/2020
Bah, datang sini Cuci Bah Laundry Boss. Jangan kasi tumpuk lagi itu kain tinggi2.
Cuci Bah.
Cuci Bersih, Cuci Jimat!
Assalammualaikum dan Salam PKPB..
Berita gembira untuk semua pelanggan tetap mahupun pelanggan baharu.
Cuci Bah Laundry akan dibuka semula bermula ESOK (15/10/2020-Khamis) mengikut SOP dari MKN iaitu bermula jam 6.00pagi sehingga 5.00petang.
Musim hujan ni, banyak kain tekumpul. Sila atur masa anda dan jangan telimpas masa p**a 👌🏻
Cuci Bersih, Cuci Jimat!
21/05/2020
Salam Hujung Ramadhan Semua! Cuci Bah Laundry mau bagitau waktu operasi sudah dipanjangkan sehingga jam 10 MALAM gais! Lepas terawih bole la datang yaa!! Jangan risau kedai kami memang kerap kena dissinfect 👍🏻👍🏻👍🏻
12/05/2020
Assalammualaikum dan Salam PKPB kepada semua pelanggan Cuci Bah Laundry (CBL) yang dihormati.
Berikut adalah panduan tatacara menggunakan perkhidmatan dobi di Cuci Bah Laundry.
1. Sila pastikan suhu badan adalah tidak melebihi 37 darjah celcius.
2. Pemakaian mask adalah WAJIB.
3. Sebelum masuk, sila pastikan jumlah orang yang berada di dalam kedai tidak melebihi 3 orang. HANYA 3 ORANG YANG DIBENARKAN BERADA DIDALAM KEDAI DALAM SATU MASA.
4. Sebaiksahaja masuk ke dalam kedai, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah CUCI TANGAN DENGAN SABUN YANG TELAH DISEDIAKAN.
5. Sila berbaris mengikut garisan merah yang telah disediakan
6. Bagi mengawal jarak selamat, sekiranya ada orang sedang menggunakan mesin yang bertanda di X, sila gunakan mesin di X juga. Sekiranya orang yang didalam sedang menggunakan mesin 🟥, sila gunakan mesin yang bertanda 🟥 juga.
7. TIDAK DIBENARKAN MENUNGGU GILIRAN DAN MENUNGGU KAIN SIAP DI DALAM KEDAI. Sila tunggu diluar.
8. Sila pastikan tangan dibasuh sekali lagi setiap kali selesai menggunakan mesin iaitu sebelum keluar dari kedai. LANGKAH MENCUCI TANGAN PERLU DIULANG SETIAP KALI MASUK (sebelum operasi mesin) dan SETIAP KALI SEBELUM KELUAR (masa menunggu/selesai menggunakan mesin) kedai.
Sila patuhi panduan ini bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Salam PKPB semua pelanggan Cuci Bah Laundry yang dirindui sekalian!
Cuci Bah Laundry kini mula beroperasi mulai jam 8 pagi sehingga jam 5 petang setiap hari.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kerusi menunggu dan meja untuk lipat pakaian tidak disediakan sepanjang tempoh ini bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Mohon kerjasama untuk jaga jarak selamat (1 meter), pastikan mask dipakai dan sila cuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan mesin.
Untuk makluman, semua mesin dinyahkuman setiap hari sebelum beroperasi.
Semoga kita semua dilindungi dari wabak COVID-19!
18/03/2020
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pelanggan Cuci Bah Laundry yang dihormati,
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA OPERASI DAN PERKHIDMATAN CUCI BAH LAUNDRY AKAN DITUTUP SEMENTARA BERMULA PADA 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020 SELARAS DENGAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DALAM USAHA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19.
OPERASI AKAN DIBUKA SEMULA SEPERTI BIASA MULAI 1 APRIL 2020.
SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH S.W.T. AMIN.
CUCI BAH LAUNDRY
13/06/2018
Shop Lot Space For Rent / Ruang Belakang Cuci Bah Laundry Untuk Disewakan
Saiz kedai 400sq ft. (20' x 20').
Terdapat 4 roller shutter yang boleh dibuka (2 di belakang & 2 di depan).
Ada kipas, lampu, tandas & wifi.
Sesuai untuk;
Kedai jahit / tailor, kedai v**e, kedai reload dsb.
Dijadikan stor / gudang untuk penyimpanan stok / bahan bekalan.
Kilang memproses minuman & makanan ringan / bun / roti / sos dsb.
Ruang pejabat.
Lain2 perniagaan yang bersesuaian.
SEWA RM1,000.00/BULAN.
SEWA TERMASUK ELEKTRIK DAN AIR.
BAYARAN SEWA BULANAN SEBELUM 7hb SETIAP BULAN.
DEPOSIT 1 BULAN SEWA (RM1,000.00).
JUMLAH BAYARAN SEMASA MASUK KEDAI RM2,000.00. (DEPOSIT & SEWA BULAN PERTAMA)
Sila hubungi Cuci Bah Laundry untuk keterangan lanjut.
Read more at
Shop Lot Space For Rent / Ruang Berniaga Untuk Disewakan - Corner Lot - Commercial Properties for rent in Putatan, Sabah Find almost anything in on Mudah.my, Malaysia's largest marketplace. Happy Buying and Selling!
03/06/2018
Alhamdulillah 🤲🏻 malam ini agak meriah d Cuci Bah Laundry..
Sekiranya ada yang berminat untuk menjalankan perniagaan seperti kami, boleh la menghubungi kami di talian 011-236 77474 kerana kami juga menawarkan perkhidmatan konsultasi perniagaan dobi.
Kami telah mengenalpasti lokasi2 hebat untuk perniagaan ini, jangan tunggu lagi! Ayuh sama2 kita berjaya dalam bidang perniagaan ini!
02/06/2018
Subhanallah Alhamdulillah di atas rezeki hari ini ya Allah 🤲🏻
Di bulan Mulia ini, Mudah2an dimakbulkan doa bertemu dengan Malam Lailatulqadar dan juga untuk menambah lagi mesin bagi memenuhi keperluan pelanggan Cuci Bah Laundry.. Aaaaminnn Ya Rabbal Al Aminnnn.. 🤲🏻
01/06/2018
Alhamdulillah rezeki bulan Mulia bulan Ramadan 🤲🏻
Kelihatan kelibat pelanggan tetap En. Awangku Redzuan yang datang dr jauh dari Membakut menunggu turn untuk menyuci sebakul baju.
Kan best waktu hujan cuci kain terus boleh keringkan kain tidak perlu risau lagi bila kain mau kering masa hujan begini kan sebab tiada matahari kan?
Datang la ke Cuci Bah, selepas cuci baju d mesin bawah kemudian masukkan ke mesin atas dan tekan pilihan HIGH temperature untuk pastikan semua kain yg sebakul tu kering dengan sempurna. Lepastu semua kain sedia untuk digunakan 😍😍😍
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan! Mudah2an murah rezeki kami dapat tambah mesin lagi untuk memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan 💕
Cuci Bersih, Cuci Jimat!
29/05/2018
Terima Kasih Dr. Shazwani Shabudin kerana telah memilih Cuci Bah Laundry sebagai destinasi mencuci pakaian dikala hujan 👏🏻👏🏻👏🏻
Anda bila lagi??
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Putatan
88200