APM Putatan
โ๐งก ๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ง๐๐ก
๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ | ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ | ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ง๐
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก๐
๐ ๐ฌ๐ด๐ด๐ณ๐ฒ๐ฎ๐ฎ๐ฎ๐ฌ | ๐ฃ๐๐ข๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ง๐๐ก
12/06/2026
10/06/2026
YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan bahawa Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bukan sekadar pasukan khas, tetapi merupakan aset strategik APM yang memerlukan anggota berjiwa kental, berdisiplin tinggi, berani serta mampu membuat keputusan secara pantas dan tepat dalam situasi yang mencabar dan berisiko tinggi.
Sumber : Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
*
09/06/2026
๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก (๐ฆ๐๐ง) ๐จ๐
๐ฃ๐จ๐ง๐๐ง๐๐ก, ๐ญ๐ฌ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ฅ๐ฎ๐ฏ๐) - โPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Putatan telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melalui talian Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) SABAH berkaitan Kes Orang Sakit (SKT). Pengadu memaklumkan bahawa mangsa telah mengalami masalah kesihatan di sebuah kediaman di Taman Desa Ketiau, Putatan pada jam 1.19 petang semalam.
Susulan laporan tersebut, seramai empat orang dari skuad Alpha bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan awal dan pemeriksaan awal. Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki dewasa berada dalam keadaan sesak nafas. Atas faktor keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan, anggota yang memakai set lengkap Peralatan Perlindungan Diri (Full PPE) telah melakukan pemeriksaan awal ke atas mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
APM Putatan menasihati orang awam bahawa kes sesak nafas merupakan satu kecemasan perubatan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan yang pantas. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga atau jiran mengalami sesak nafas, segera hubungi talian kecemasan ๐ต๐ต๐ต atau menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Putatan di talian ๐ฌ๐ด๐ด๐ณ๐ฒ๐ฎ๐ฎ๐ฎ๐ฌ.
Syabas dan Tahniah kepada Skuad Alpha Apm Putatan atas bantuan pantas dan profesional.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Like ๐ Follow โ
and Share ๐ untuk info seterusnya.
SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
09/06/2026
2 HARI LAGI! JOM MERIAHKAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Ayuh seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada:
๐
11 hingga 14 Jun 2026
๐ 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam
๐ Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Dengan tema โBersama Membina Negara Bangsaโ, program ini menjadi platform terbaik untuk meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jangan lupa singgah ke Reruai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik, pameran aset, perkongsian ilmu keselamatan serta demonstrasi yang pasti memberi pengalaman bermanfaat kepada pengunjung.
Bawa bersama keluarga, rakan-rakan dan anak-anak untuk menikmati suasana penuh warna-warni perpaduan serta pelbagai pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
2 hari sahaja lagi!!
Ayuh datang beramai-ramai dan jadilah sebahagian daripada semangat perpaduan yang menyatukan kita sebagai satu keluarga Malaysia!
09/06/2026
AKTIVITI MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
Ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini!
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah menjemput adik-adik berumur 4 hingga 12 tahun untuk menyertai Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak yang akan diadakan bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.
๐
11 Jun 2026 โ 14 Jun 2026
๐ 10.00 Pagi โ 4.00 Petang
๐ Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di reruai APM Sabah! Selain memupuk kreativiti dan bakat seni kanak-kanak, program ini turut menjadi platform untuk menyemai semangat perpaduan, kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan generasi muda.
Ayuh bawa anak-anak anda memeriahkan sambutan yang menghimpunkan kepelbagaian budaya, masyarakat dan agensi dari seluruh negara.Penyertaan adalah terbuka dan percuma!
Daftar sekarang melalui kod QR yang disediakan pada poster.
๐ฅ Jom beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026!
๐จ Warnai kanvas dengan kreativiti,
๐ค Semarakkan perpaduan
08/06/2026
AMARAN AWAL TSUNAMI DI SABAH
Kenyataan media MET Malaysia bertarikh 8 Jun 2026 memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Semporna, Sabah.
Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari hari ini.
Penduduk di kawasan pantai terlibat dinasihatkan supaya kekal tenang, jangan panik, jauhi kawasan pantai buat sementara waktu dan patuhi segera arahan keselamatan atau evakuasi daripada pihak berkuasa.
Jangan sebarkan maklumat yang belum disahkan. Dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca atau talian Hotline 1300-22-1638.
Keselamatan diri dan keluarga lebih utama.
Dengar arahan. Jauhi pantai. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi cemas.
08/06/2026
BENCANA
๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ ๐ฃ๐ ๐๐จ๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข ๐ง๐ฆ๐จ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ง๐๐ ๐จ๐ฅ ๐ฆ๐๐๐๐
Orang ramai khususnya penduduk di kawasan pantai Timur Sabah seperti Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi, 8 Jun 2026.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai terlibat antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk:
โ
Sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
โ
Menjauhi kawasan pesisir pantai dan muara sungai sehingga keadaan disahkan selamat.
โ
Tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
โ
Mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MET Malaysia dan agensi berkaitan.
Keselamatan diri dan keluarga adalah keutamaan. Sentiasa peka, tenang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Sumber dari:
Malaysian Meteorological Department
08/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Lautan bukan sekadar hamparan biru yang memisahkan benua, tetapi nadi kehidupan yang membekalkan oksigen, sumber makanan, mengawal iklim serta menyokong biodiversiti yang tidak ternilai.
Sempena Hari Lautan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuh usaha pemuliharaan dan pengurusan sumber marin secara mampan demi memastikan khazanah laut negara terus terpelihara untuk generasi akan datang. Kawasan Perlindungan Marin yang kukuh memainkan peranan penting dalam memulihkan ekosistem, melindungi habitat hidupan marin dan meningkatkan daya tahan alam sekitar terhadap perubahan iklim.
Kelestarian lautan adalah tanggungjawab bersama. Setiap tindakan, sekecil mana sekalipun, mampu memberi impak besar dalam memelihara keseimbangan alam dan memastikan masa depan yang lebih lestari untuk planet biru kita.
"๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ธ๐๐ต ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฃ๐น๐ฎ๐ป๐ฒ๐ ๐๐ถ๐ฟ๐ ๐๐ถ๐๐ฎ."
๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐ก๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ โ๏ธ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Putatan
88200