PSM Kampar
Page Rasmi Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Kampar,
02/06/2026
๐ SEMBANG SOSIALIS โ SIRI KE-12
MENUJU PRU16
Apa yang menanti rakyat Malaysia menjelang PRU16? Perubahan nyata atau sekadar pengulangan acuan yang sama?
Ayuh sertai sembang santai politik bersama PSM Perak ๐ช
๐ Khamis, 4 Jun 2026
โฐ 10.00 malam
๐ LIVE di TikTok PSM Perak: https://www.tiktok.com/
๐ฒ Ikuti TikTok PSM Perak untuk lebih banyak kupasan isu semasa
29/05/2026
๐๐๐ก๐๐๐จ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐จ๐๐: ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก, ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก
Kenyataan media | 29 Mei 2026
Parti Sosialis Malaysia (PSM) memandang serius pelbagai kes gangguan seksual dan amang seksual yang mendapat perhatian umum kebelakangan ini, termasuk di institusi pendidikan, tempat kerja, institusi keagamaan, dan ruang digital. [1]
Kes-kes ini menunjukkan gangguan seksual bukan isu terpencil, tetapi masalah struktur yang berkait dengan ketidakseimbangan kuasa serta kelemahan sistem perlindungan sedia ada.
PSM mengeluarkan kenyataan ini susulan beberapa kes yang dilaporkan, termasuk kes seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki, [2] kes tiga individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah seksual terhadap remaja perempuan 14 tahun, [3] serta kes di Kelantan melibatkan seorang individu bergelar ustaz yang didakwa atas serangan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki dan kesalahan pornografi kanak-kanak. [4]
Gangguan seksual kekal sebagai kes yang banyak tidak dilaporkan (underreported).
Kajian UN Women dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan atau keganasan seksual, namun kebanyakannya tidak dilaporkan akibat ketakutan, stigma, tekanan sosial dan kurang keyakinan terhadap sistem keadilan.
Walaupun Akta Antigangguan Seksual 2022 telah diperkenalkan, pelaksanaannya masih berdepan cabaran seperti proses aduan yang lambat, kurang mesra pemandiri, perlindungan tidak konsisten kepada pengadu dan saksi, risiko tindakan balas di tempat kerja atau institusi, serta kekaburan antara aduan dalaman dan saluran undang-undang.
Dalam beberapa kes, pengurusan aduan di institusi tertentu boleh dipengaruhi pertimbangan reputasi organisasi, sekali gus menjejaskan keyakinan pemandiri untuk melapor.
Justeru, mekanisme pemantauan bebas yang lebih telus dan berkesan diperlukan.
๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด
Gangguan seksual memberi kesan jangka panjang seperti trauma psikologi, keresahan, kemurungan, gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), dan hilang rasa selamat.
Ia sering diburukkan oleh budaya menyalahkan pemandiri serta tekanan sosial untuk berdiam diri demi menjaga reputasi keluarga atau institusi.
Isu ini juga berkait dengan ketidakseimbangan kuasa di pelbagai ruang seperti hubungan majikanโpekerja, guruโpelajar, penyalahgunaan kuasa di ruang digital (sextortion dan cyberstalking), serta gangguan di ruang awam dan pengangkutan.
Golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak, pekerja migran dan berpendapatan rendah lebih terdedah.
๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ฎ๐น
Budaya berdiam diri dan sikap tidak campur tangan saksi turut menyumbang kepada kitaran gangguan seksual yang berterusan.
Pendekatan semasa yang terlalu bergantung kepada laporan polis, tribunal dan mekanisme dalaman institusi adalah tidak mencukupi tanpa reformasi struktur menyeluruh.
Penyelesaian perlu merangkumi pencegahan, pendidikan, perlindungan dan pembaharuan institusi secara serentak.
๐ง๐๐ป๐๐๐๐ฎ๐ป
๐ ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป๐ถ๐๐บ๐ฒ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐, ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐๐ฒ๐
Mewujudkan sistem aduan bebas daripada pengaruh institusi, selamat untuk pemandiri, dan mudah diakses di semua tempat kerja serta institusi pendidikan.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ป๐ฑ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ๐ฎ๐
Menjamin perlindungan daripada tindakan balas, ugutan, diskriminasi atau tekanan terhadap pengadu dan saksi.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฏ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐๐๐ท๐๐ฎ๐ป (๐ฐ๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ป๐) ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ
Melaksanakan pendidikan berkaitan persetujuan, batasan tubuh, hormat dan keselamatan diri di semua peringkat pendidikan.
๐ฆ๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐๐ถ๐ธ๐ผ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐ฎ๐ป ๐ด๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐น๐๐ฎ๐
Memastikan akses kepada kaunseling trauma, sokongan psikologi dan bantuan guaman yang mudah dicapai dan mampu diakses.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐๐ฎ ๐๐ป๐๐ถ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐๐ฎ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ
Memperkukuh pelaksanaan akta supaya lebih cepat, telus, berkesan dan berpusatkan pemandiri, termasuk memperjelas koordinasi antara agensi berkaitan.
Gangguan seksual bukan isu individu semata-mata, tetapi isu struktur kuasa yang memerlukan perubahan menyeluruh dalam sistem, budaya dan dasar negara.
Pendekatan yang hanya menumpukan hukuman tanpa reformasi pencegahan dan perlindungan tidak mencukupi untuk menanganinya secara berkesan.
๐๐ถ๐ฟ๐ถ๐๐ป๐ฎ ๐ฉ๐ฒ๐ป๐ถ ๐ฆ๐ถ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐บ
AJK Pemuda Sosialis
๐ก๐ผ๐๐ฎ
1. โPolis tahan guru disyaki terbabit kes gangguan seksual pelajar.โ Berita RTM. April 22, 2025. https://berita.rtm.gov.my/kes/senarai-berita-kes/senarai-artikel/polis-tahan-guru-disyaki-terbabit-kes-gangguan-seksual-pelajar/; Zuliaty Zulkiffli. โGuru ditahan bantu siasatan 2 laporan gangguan seksual terhadap pelajar.โ Berita Harian. April 22, 2025. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1387463/guru-ditahan-bantu-siasatan-2-laporan-gangguan-seksual-terhadap-pelajar; Nur Aimi Hazirah. โKes gangguan seksual: UM jalankan siasatan aktif.โ Utusan Malaysia. Disember 21, 2024. https://www.utusan.com.my/terkini/2024/12/kes-gangguan-seksual-um-jalankan-siasatan-aktif/; โUM sahkan terima laporan gangguan seksual libat profesor.โ Kosmo. Disember 18, 2024. https://www.kosmo.com.my/2024/12/18/um-sahkan-terima-laporan-gangguan-seksual-libat-profesor/; โUM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual โ KPT.โ Sinar Harian. Disember 21, 2024. https://www.sinarharian.com.my/article/703348/berita/semasa/um-pihak-berkuasa-siasat-dakwaan-pensyarah-lakukan-gangguan-seksual---kpt
2. Ahmad Hasbi. โGuru wanita dituduh lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki 14 tahun.โ Harian Metro. Mei 20, 2026. https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1360111/guru-wanita-dituduh-lakukan-amang-seksual-terhadap-pelajar-lelaki-14-tahun
3. Abdul Rahemang Taiming. โ3 ditahan terbabit jenayah seksual terhadap remaja perempuan 14 tahun.โ Berita Harian. April 28, 2026. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/04/1539368/3-ditahan-terbabit-jenayah-seksual-terhadap-remaja-perempuan-14-tahun
4. โUstaz madrasah Jeli didakwa amang seksual 2 budak lelakiโฆ Siap hasilkan gambar pornografi mangsa.โ MStar. Mei 25, 2026. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2026/05/25/ustaz-madrasah-jeli-didakwa-amang-seksual-2-budak-lelaki-siap-hasilkan-gambar-pornografi-mangsa
Baca kenyataan penuh di Sosialis: https://sosialis.net/2026/05/29/gangguan-seksual-di-malaysia-masalah-struktur-kuasa-yang-perlukan-reformasi-menyeluruh/
29/05/2026
๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ! ๐๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐
Kenyataan media | 29 Mei 2026
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Perak memandang serius kejadian bumbung bocor di Hospital Kampar sehingga jururawat terpaksa menggunakan payung untuk melindungi pesakit di dalam wad.
Kejadian yang berlaku pada 24 Mei 2026 ini amat merunsingkan dan menunjukkan kelemahan serius dalam pengurusan sistem kesihatan awam negara.
Hospital adalah tempat rakyat mendapatkan rawatan dan perlindungan kesihatan, bukannya tempat yang membahayakan keselamatan pesakit serta petugas kesihatan.
Lebih membimbangkan, menurut laporan media kebocoran serius turut berlaku di Unit Kecemasan dan Trauma sehingga menjejaskan operasi rawatan di beberapa lokasi hospital dan ini bukan isu kecil atau terpencil. [1]
Insiden tersebut mencerminkan keadaan sebenar sistem kesihatan awam negara yang semakin uzur dan gagal diberikan perhatian sewajarnya walaupun kerajaan sering melaungkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat.
Persoalannya, bagaimana pengurusan infrastruktur hospital boleh menjadi begitu lemah sehingga bumbung hospital bocor dengan teruk?
Adakah kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala? Adakah peruntukan penyelenggaraan tidak mencukupi atau berlaku kelemahan dalam pengurusan dan pemantauan?
๐ช๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ?
PSM Perak juga ingin mempersoalkan status rancangan pembinaan hospital baharu Kampar di Changkat Baru yang pernah diumumkan oleh EXCO Perak A Sivanesan, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India, dan Integrasi Perak.
Pada tahun 2023 EXCO Perak tersebut menyatakan kawasan seluas 11.72 hektar di Changkat Baru telah dikenal pasti sebagai tapak baharu pembinaan hospital baharu di Kampar menggantikan hospital sedia ada. [2]
Sudah hampir tiga tahun berlalu sejak pengumuman dibuat, namun sehingga hari ini tiada perkembangan jelas, tiada garis masa pelaksanaan dan tiada maklumat telus diberikan kepada rakyat Kampar.
Adakah pengumuman tersebut sekadar wayang politik untuk meraih sokongan rakyat?
Penduduk Kampar berhak mendapat penjelasan yang jujur dan telus daripada kerajaan Perak serta Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai status sebenar projek tersebut.
๐ฅ๐ฒ๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐บ
Kerajaan Madani yang memimpin hari ini kononnya membawa reformasi dan pembaharuan, tetapi realitinya sistem kesihatan awam masih berada dalam keadaan lemah.
Hospital mengalami masalah infrastruktur, kekurangan kakitangan, tekanan kerja melampau dan kemudahan yang tidak mencukupi.
Jururawat dan petugas kesihatan terpaksa bekerja dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak bermaruah.
PSM mendesak agar:
1. Siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kelemahan pengurusan dan penyelenggaraan Hospital Kampar.
2. Kerajaan segera mengumumkan status sebenar projek Hospital baharu Kampar di Changkat Baru berserta garis masa yang jelas.
3. Peruntukan tambahan diberikan untuk membaik pulih hospital-hospital awam yang uzur di seluruh negara.
4. KKM menghentikan budaya pengumuman politik tanpa pelaksanaan yang nyata.
Rakyat membayar cukai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti. Kerajaan tidak boleh terus gagal dalam tanggungjawab asas ini.
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ฆ
Timbalan Setiausaha Agung PSM
Pengerusi PSM Perak
๐ก๐ผ๐๐ฎ
1. Saifullah Ahmad. โHospital Kampar bocor, jururawat payung pesakit dalam wad.โ Sinar Harian. Mei 24, 2026. https://www.sinarharian.com.my/article/781326/edisi/perak/hospital-kampar-bocor-jururawat-payung-pesakit-dalam-wad
2. Amirrul Rabbani Rashid. โPenantian warga Kampar mahu hospital baharu bakal tertunai โ Exco Perak
Nasional.โ Malaysia Gazette Perak. Oktober 2, 2023. https://mgperak.com/penantian-warga-kampar-mahu-hospital-baharu-bakal-tertunai-exco-perak/
Tandatangan petisyen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam: https://www.change.org/p/selamatkan-sistem-kesihatan-awam-jangan-wujudkan-dua-darjat-dalam-sistem-kesihatan
29/05/2026
14/05/2026
๐ฃ๐๐๐๐ก๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐จ๐ก ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ ๐ข๐๐ฅ๐๐ฆ๐
Kenyataan media | 14 Mei 2026
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor mengecam keras tindakan kerajaan negeri Johor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk melantik lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa melalui proses pilihan raya.
Langkah ini merupakan satu tamparan hebat terhadap prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa memilih wakil rakyat adalah hak mutlak rakyat. Wakil rakyat seharusnya dipilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil, bukannya dilantik oleh kerajaan yang memegang kuasa.
Tindakan mewujudkan ADUN lantikan membuka ruang kepada budaya politik elit dan โpintu belakangโ yang selama ini ditolak oleh rakyat Malaysia.
๐๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ
PSM Johor berpandangan bahawa alasan kononnya pelantikan ini bertujuan membawa masuk golongan profesional atau individu berpengalaman hanyalah alasan politik untuk memperkukuhkan kuasa pemerintah dalam Dewan Undangan Negeri.
Jika benar kerajaan ingin mendapatkan pandangan pakar, terdapat banyak saluran lain seperti jawatankuasa penasihat, majlis perundingan atau sesi libat urus awam tanpa perlu memberikan kuasa mengundi dalam DUN kepada individu yang tidak dipilih rakyat.
Lebih membimbangkan, ADUN lantikan ini bakal menikmati kuasa, gaji dan elaun yang sama seperti wakil rakyat yang bertanding dan dipilih melalui pilihan raya. Ini jelas mencabul prinsip keadilan demokrasi.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐น๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐๐จ๐ก, ๐ฒ๐๐ผ๐ธ?
Rakyat yang berpenat lelah turun mengundi kini melihat suara mereka semakin dipinggirkan oleh permainan politik kuasa.
PSM Johor juga melihat tindakan ini sebagai satu precedent berbahaya. Jika amalan ini diteruskan, tidak mustahil pada masa hadapan lebih ramai wakil yang tidak dipilih akan dimasukkan ke dalam DUN atas alasan โkepakaran,โ sedangkan hakikatnya ia boleh digunakan untuk mengukuhkan dominasi politik sesebuah kerajaan.
Demokrasi bukan sekadar soal kestabilan politik. Demokrasi bermaksud kuasa berada di tangan rakyat.
Sebarang usaha melemahkan hak rakyat memilih wakil mereka sendiri adalah satu langkah ke belakang bagi negara yang kononnya mahu bergerak ke arah politik matang dan reformasi institusi.
PSM Johor menyeru seluruh rakyat Johor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bangkit mempertahankan prinsip demokrasi.
Hari ini lima ADUN dilantik. Esok mungkin lebih banyak suara rakyat akan diketepikan.
Kerajaan negeri Johor harus menarik balik pindaan ini dan menghormati prinsip asas demokrasi: โTiada wakil tanpa mandat rakyat.โ
๐๐๐ ๐๐ฐ๐ฉ๐ฐ๐ณโ๐๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ช๐ญ๐ข๐ฏ, ๐ฅ๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ฌ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐ณ๐ข๐ฌ๐บ๐ข๐ต
๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป๐ป๐ฎ๐น ๐ฅ๐ฎ๐ท
Pengerusi PSM Johor
06/05/2026
๐ SEMBANG SOSIALIS โ SIRI KE 11
Hari Pekerja bukan sekadar sambutan. Mei 1 adalah suara hak pekerja, gaji bermaruah & masa depan yang adil untuk semua.
Saksikan siaran khas Hari Pekerja 2026!
Ayuh sembang santai sosialisme bersama PSM Perak ๐ช
๐ Khamis, 07 Mei 2026
โฐ 10 malam
๐ LIVE di TikTok PSM Perak https://www.tiktok.com/
๐ฒ Ikuti TikTok PSM Perak untuk lebih banyak sesi menarik
01/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Perak
31900