Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Parit Raja

Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Parit Raja

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Parit Raja, School, SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT TAHFIZ, NO 3A, Jalan PINTAS JAYA, TMN PINTAS JAYA, Parit Raja.

SMIT PR merupakan sebuah institusi pendidikan menengah çawangan SMIT Pasir Gudang .Berteraskan pengajian Hafazan Al-quran juga menawarkan subjek-subjek akademik (silibus KPM) dan Diniah (silibus JAIJ).

Photos from Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Parit Raja 's post 10/06/2026

AKTIVITI KO-KURIKULUM | BADAN CERGAS, MINDA CERDAS
TARIKH : 10 JUN 2026/ 24 ZULHIJJAH 1447
HARI : RABU
TEMPAT: PADANG AWAM

09/06/2026

18 | KENALI PERANTI ELEKTRONIK
Belajar sikit-sikit lama-lama bertambah perbendaharaan kata kita.
Ikhlas daripada
PANITIA BAHASA ARAB
Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz (SMIT) Pasir Gudang






#


# BelajarBahasaArab
-aj-

09/06/2026

Together, let us cultivate and refine our English communication proficiency to a higher standard of excellence. Through continuous learning, consistent practice, and mutual encouragement, we shall progressively develop greater confidence, fluency, and mastery of the language. Indeed, every small step taken today contributes meaningfully towards achieving distinguished communicative competence in the future.

[Panitia Bahasa Inggeris SMIT Parit Raja]







-aj-

Photos from Sekolah Menengah Islam At Tahfiz Parit Raja 's post 08/06/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN SMIT PARIT RAJA
TARIKH : 8 JUN 2026
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN SMIT PR

08/06/2026

PERKONGSIAN SMITPR #74
FAEDAH MENYAMPAIKAN ILMU
Zaid bin Thabit menceritakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
نَضَرَ اللَّهُ امْرَأَ سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا، فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ، فَرُبَّ حَامِلِ
فِقْهِ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهِ لَيْسَ بِفَقِيهِ.

Maksudnya :
"Allah menyerikan seseorang yang mendengar suatu hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya sehingga dia menyampaikannya (kepada orang lain). Mungkin (terdapat) orang yang membawa (meriwayatkan) suatu hadis kepada orang yang lebih memahaminya atau mungkin juga (terdapat) orang yang membawa suatu hadis kepada orang yang tidak memahaminya."
(Riwayat Abu Dawud)

Sumber :
300 BIMBINGAN
KE ARAH MENCARI REDA ALLAH
DATUK DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED
& AHMAD HASSAN MOHD. NAZAM







-aj-

01/06/2026

PERKONGSIAN SMITPR #73
KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU
Abdullah bin Amr meriwayatkan bahawasanya Nabi S.A.W bersabda :
بَلغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً،
وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَج.
Maksudnya :
"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat. Ceritakanlah mengenai Bani Israel dan tiada sebarang dosa (untuk berbuat demikian)."
(Riwayat al-Bukhari)

Sumber :
300 BIMBINGAN
KE ARAH MENCARI REDA ALLAH
DATUK DR. HJ. ZAHAZAN MOHAMED
& AHMAD HASSAN MOHD. NAZAM







-aj-

29/05/2026
29/05/2026

JOM BACA AL-KAHFI | KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
Surah Al-Kahfi merupakan antara surah yang sangat dianjurkan untuk dibaca, khususnya pada hari Jumaat.

Ia mengandungi pelbagai pengajaran tentang iman, ujian hidup dan pergantungan kepada Allah SWT.
1. Pelindung daripada fitnah Dajjal
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama daripada Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi daripada fitnah Dajjal.”
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain:
“…sepuluh ayat terakhir daripada Surah Al-Kahfi…”
(Riwayat Muslim)

➡️ Ini menunjukkan bahawa 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi mempunyai keistimewaan sebagai benteng daripada fitnah terbesar di akhir zaman.

2. Mendapat cahaya antara dua Jumaat
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
(Riwayat al-Hakim, disahihkan oleh al-Albani)

➡️ Cahaya ini ditafsirkan sebagai petunjuk, keberkatan dan perlindungan sepanjang minggu.

✨ 3. Pengajaran besar dalam kehidupan
Surah ini mengandungi kisah-kisah penting:
📖 Pemuda Al-Kahfi – keteguhan iman
📖 Nabi Musa & Khidir – ilmu dan hikmah
📖 Zulqarnain – kepimpinan adil
➡️ Kesemuanya memberi panduan menghadapi ujian iman, harta, ilmu dan kuasa.

Justeru sama-samalah kita amalkan membaca, menghafal dan memahami Surah Al-Kahfi, khususnya 10 ayat awal dan akhir sebagai benteng diri serta sumber cahaya dalam kehidupan.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan petunjuk Allah SWT.









-aj-

29/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1447H 🌙
Daripada seluruh warga MITT

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti sebenar PENGORBANAN, KEIKHLASAN dan KETAQWAAN.

Di sebalik setiap ibadah qurban, terselit kasih sayang, persaudaraan dan kepedulian terhadap insan yang memerlukan.

“Sesungguhnya daging dan darah haiwan qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah KETAQWAAN kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan kita diterima serta menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Selamat Menjalankan Ibadah Qurban

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga MITT 🤍

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT TAHFIZ, NO 3A, Jalan PINTAS JAYA, TMN PINTAS JAYA
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30