SPRM Negeri Sembilan

SPRM Negeri Sembilan

Share

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan

Photos from SPRM Negeri Sembilan's post 10/06/2026

MINI KONVENSYEN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH AMAR NEGERI SEMBILAN 2026

Seremban, 10 Jun – SPRM Negeri Sembilan dengan kerjasama AMAR USIM telah menganjurkan Mini Konvensyen Integriti dan Antirasuah 2026 di USIM, Nilai. Program ini turut disokong MCMC Negeri Sembilan dan Rasuah Busters serta menghimpunkan 150 mahasiswa dari USIM, KPJ Healthcare University Nilai dan IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai.

Program bertujuan memperkukuh kesedaran dan membudayakan nilai integriti serta antirasuah dalam kalangan mahasiswa. Antara pengisian ialah forum “Mahasiswa Sebagai Ejen Perubahan: Kepimpinan Berintegriti Masa Hadapan”, perkongsian MadNoor bertajuk “Gen Z Benci Rasuah: Cabaran Integriti Dalam Dunia Kerja Sebenar”, Kuiz Kahoot Integriti, Pitching Idea Antirasuah serta pameran SPRM, MCMC dan Rasuah Busters.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail dalam ucapan penutupan menegaskan mahasiswa perlu menjadi ejen perubahan yang menolak rasuah, mempertahankan integriti dan memimpin masyarakat ke arah negara yang telus dan berakauntabiliti.
Pak Cik Bakar Baharom

09/06/2026

Mini Konvensyen Integriti & Antirasuah AMAR Negeri Sembilan 2026
🗓️10 Jun 2026
🕜8.00 pagi - 3.00 petang
📌 Auditorium Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, USIM Nilai
@ Pak Cik Bakar Baharom

31/05/2026

Dirgahayu Tuanku.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2026.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Keamatan & Hari Gawai 2026

26/05/2026

Selamat MenyambutbHati Raya Aidiladha 1447H

"Pengorbanan sebenar bermula daripada jiwa yang bersih. Memelihara integriti dan menolak rasuah adalah satu jihad dan pengorbanan dalam menunaikan amanah. Semoga Aidiladha ini membawa kita lebih dekat kepada ketaqwaan."

"Menterjemah erti pengorbanan dengan menegakkan amanah. Bersama kita suburkan integriti, jauhi rasuah, demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat."

Photos from SPRM Negeri Sembilan's post 13/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT SKMM KE PEJABAT SPRM NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 13 Mei 2026 – SPRM Negeri Sembilan hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri SKMM, Tuan Hj Bukhari bin Yahya.

Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail bersama barisan pegawai.

Antara intipati pertemuan adalah pertukaran pandangan berhubung peranan membanteras rasuah dan kerjasama strategik melalui program kesedaran kepada masyarakat disamping perbincangan cadangan pemantapan budaya integriti warga SKMM.

Photos from SPRM's post 29/04/2026
Photos from SPRM's post 28/04/2026

𝙆𝙀𝙉𝘼𝙋𝘼 𝙊𝙍𝘼𝙉𝙂 “𝘽𝘼𝙄𝙆” 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙏𝙀𝙍𝙅𝙀𝘽𝘼𝙆 𝙍𝘼𝙎𝙐𝘼𝙃?

Bukan kerana mereka berniat jahat.
Tetapi kerana keputusan kecil yang berulang… akhirnya menjadi kebiasaan.

Dalam siri ini, kita lihat bagaimana ia boleh berlaku:
• Bermula dengan perkara kecil yang dinormalisasikan
• Tekanan kerja yang membuatkan kita rasa “tiada pilihan”
• Konflik kepentingan yang dianggap remeh
• Budaya organisasi yang membenarkan ia berterusan

Hakikatnya, rasuah jarang berlaku secara tiba-tiba.
Ia terbina sedikit demi sedikit — tanpa kita sedar.

💭 Pernah tak kita berada dalam situasi yang “nampak biasa”… tapi sebenarnya salah?

Integriti bukan diuji ketika mudah,
tetapi ketika kita berdepan pilihan yang sukar.

📌 Setiap keputusan ada kesan.
📌 Setiap kompromi ada akibat.

26/04/2026
Photos from SPRM's post 25/04/2026

Majlis Penyerahan Masjid Kampung Terentang, Kuala Pilah

Want your organization to be the top-listed Government Service in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Nilai
70700

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00