SMK Three Rivers
Mind, Body, Spirit
Strong Roots, Great Futures, Win-Win Three Rivers!
08/06/2026
Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Komunikasi yang baik, didikan yang penuh kasih sayang dan penghargaan terhadap setiap usaha yang dilakukan anak-anak mampu membentuk keyakinan diri serta kesejahteraan emosi mereka.
Jom jadi ibu bapa yang terbaik dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang positif.
08/06/2026
Selamat berjuang dan semoga berjaya di Kejohanan Sepak Takraw MSSB Mukah 2026 yang berlangsung di SMK Belawai. Diharapkan pasukan sekolah dapat mempamerkan aksi terbaik, bersemangat juang tinggi sepanjang kejohanan.
Senarai murid terlibat :
Lelaki 18 Tahun
• Steanly Liban Anak Mahsuri (5D)
• Jefrysen Jaban Anak Mujah (5C)
• Hendrick Anak Gasah (5B)
• Alexson Sanyah Anak Rengia (5A)
• Fedrick Jenging Ibrahim (4D) 
Lelaki 15 Tahun
• Patrick Rhiot Anak Christopher (3B)
• Joelly Ata Anak Rody (2F)
• Morisson Armbhing Anak Agustine (2C)
• Bernard Digat Anak W***y Rengga (1C)
• Jeffson Wenney (1A) 
08/06/2026
Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta yang mewakili sekolah dalam Drone Challenge dan Bridge Building Competition:
🚁 Drone Challenge
• Castiel Kong Pang Hong 2G
• Ahmad Kasyful Warits bin Ahmad ’Aisamuddin 1G
🌉 Bridge Building Competition
• Amber Binti Anthony 4F
• Ethenia Kong Yik Ping 4F
• Zara Damia Binti Len 4F
Semoga para peserta berjaya mempamerkan kreativiti, kemahiran dan semangat inovasi yang cemerlang serta mengharumkan nama sekolah.
Terima kasih kepada Team Karnival STEM SMK Three Rivers atas komitmen yang diberikan, serta penghargaan khas kepada En. Ahmad ’Aisamuddin bin Abdullah atas bimbingan dan dedikasi sebagai Jurulatih Drone.
Semoga berjaya dan terus melakar kecemerlangan! 🚀🏆
07/06/2026
🎒📚 SUDAHKAH ANAK ANDA BERSEDIA UNTUK KE SEKOLAH ESOK?
Selepas dua minggu bercuti, esok bermulalah kembali rutin persekolahan.
Malam ini adalah masa terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak membuat persiapan terakhir.
✅ Uniform sekolah sudah digosok?
✅ Buku dan alat tulis sudah lengkap?
✅ Kerja sekolah sudah disiapkan?
✅ Botol air dan bekal sudah disediakan?
✅ Anak sudah tidur awal?
Persediaan yang baik bukan sahaja membantu anak hadir ke sekolah dengan lebih yakin, malah mengurangkan tekanan dan kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran.
Kadangkala kejayaan anak di sekolah bermula dengan perkara-perkara kecil yang dilakukan pada malam sebelumnya.
Mari luangkan beberapa minit malam ini untuk memastikan anak-anak benar-benar bersedia menghadapi hari persekolahan esok.
📖 Persediaan hari ini, kejayaan esok hari.
07/06/2026
📚 HORMATILAH GURU ANDA
Guru bukan sekadar mengajar mata pelajaran. Mereka membentuk akhlak, mendidik nilai, membimbing masa depan dan menjadi benteng terakhir yang menjaga generasi kita daripada hanyut dalam pelbagai cabaran kehidupan.
Namun, apabila seorang guru mula takut untuk menegur, takut untuk mendisiplinkan, takut untuk membetulkan kesilapan murid kerana bimbang dipersoalkan atau disalahertikan, maka proses pendidikan akan kehilangan salah satu elemen terpentingnya — iaitu keberanian untuk membentuk insan.
Menghormati guru bukan bermaksud menerima segala-galanya tanpa soal. Tetapi ia bermaksud memberi ruang kepada guru menjalankan amanah mereka dengan penuh hikmah, profesionalisme dan kewibawaan.
Jika cikgu takut pelajarnya, bagaimana nak ajar betul-betul?
Hormatilah guru. Hargailah jasa mereka. Sokonglah usaha mereka.
Kerana di sebalik setiap insan berjaya, pasti ada seorang guru yang pernah percaya kepada dirinya.
06/06/2026
📚✨ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! ✨📚
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga SMK Three Rivers yang dikasihi.
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat untuk kembali meneruskan amanah serta tanggungjawab dalam dunia pendidikan.
Selamat kembali ke Mukah kepada semua guru, kakitangan, murid dan ibu bapa yang telah, sedang atau akan pulang selepas cuti. Semoga perjalanan anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan dan selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Hari baharu membawa harapan baharu. Marilah kita melangkah masuk ke sesi persekolahan dengan semangat yang segar, tekad yang lebih kukuh dan fokus yang lebih jelas demi mencapai kecemerlangan bersama.
Setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih gemilang. Bersama-sama kita membina budaya sekolah yang positif, memperkukuh sahsiah, meningkatkan prestasi dan mencipta lebih banyak kejayaan untuk SMK Three Rivers.
📅 Jumpa anda semua pada hari Isnin nanti!
💙💛 STRONG ROOTS, GREAT FUTURES 💙💛 WIN-WIN THREE RIVERS
05/06/2026
Tatacara Pemakaian Semasa Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 STPM Kohort 2027
03/06/2026
03/06/2026
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT USTAZAH ROSENANI BINTI AHMAD
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga SMK Three Rivers merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Rosenani Binti Ahmad atas segala jasa, pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di sekolah ini. Ustazah Rosenani akan berpindah stesen ke SMK St Patrick berkuatkuasa 08 Jun 2026.
Sesungguhnya, kehadiran ustazah bukan sekadar sebagai seorang pendidik, malah sebagai pembimbing, pembentuk akhlak dan insan yang sentiasa menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Kelembutan tutur kata, keikhlasan mendidik serta kesungguhan dalam melaksanakan amanah telah meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah.
Setiap ilmu yang disampaikan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap usaha yang dicurahkan dalam membentuk generasi berakhlak akan terus terpahat sebagai legasi yang amat bermakna buat keluarga besar SMK Three Rivers. Jasa ustazah tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang dengan penuh rasa syukur serta penghormatan.
Walaupun perpisahan ini hadir atas tuntutan perkhidmatan, hubungan silaturahim yang terjalin akan terus mekar. Kami mendoakan agar ustazah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kecemerlangan di tempat baharu.
Selamat maju jaya di SMK St. Patrick. Semoga setiap langkah dipenuhi keberkatan, setiap usaha membuahkan kejayaan dan setiap pengorbanan dibalas dengan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.
"Perginya seorang guru bukan bererti hilangnya jasa, kerana ilmu yang ditinggalkan akan terus hidup dalam jiwa dan kehidupan anak-anak didiknya."
Ikhlas daripada :
Pengetua, YDP PIBG, Barisan Guru, AKP serta seluruh warga SMK Three Rivers.
03/06/2026
📚🌟 SELAMAT DATANG KE KELUARGA TRS 🌟📚
Seluruh warga SMK Three Rivers, Mukah dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Cikgu Azieana Binti Talip (opsyen Bahasa Inggeris) yang akan mula bertugas di sekolah ini berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
Semoga kehadiran beliau akan menambah kekuatan dan kecemerlangan warga pendidik TRS dalam usaha melahirkan generasi murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Kami percaya pengalaman, komitmen dan dedikasi yang dibawa akan menjadi aset berharga kepada sekolah serta memberi inspirasi kepada seluruh warga TRS.
Semoga urusan cikgu dipermudahkan dan sentiasa dikurniakan kejayaan dalam mendidik anak bangsa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Haji Mohd Fauzi
Mukah
96400