Slimme

Slimme

Share

Inspire Of Beauty FUR BEAUTE RESOURCES ditubuhkan pada 19hb Mac 2015 dibawah Akta Syarikat 1965 dan adalah 100% milik Bumiputra.

Sebuah Syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan prodak-prodak berasaskan kecantikan dan kesihatan yang berkualiti, bermutu tinggi, selamat dan berkesan.

Amalkan ‘Trik Mudah’ Ini Secara Rutin, Pasti Berjaya Turun 20 Kg Hanya Dalam 7 Hari! 08/04/2019

Kehilangan 20 kg dalam tujuh hari!
Fuhhh jiwa kental jer yang mampu buat ni 😁

Amalkan ‘Trik Mudah’ Ini Secara Rutin, Pasti Berjaya Turun 20 Kg Hanya Dalam 7 Hari! Seorang netizen kongsikan rahsia bagaimana dia kehilangan 20 kg dalam tujuh hari! Bagaimana? Menu makanan penuh dengan sajian telur dan timun! Minggu pertama

06/07/2018

BUAT INI JIKA INGIN BERJAYA DALAM BISNES!

1. Buat Kerana Minat Yang Amat Mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita s**a pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita s**a? Sekiranya kita s**a bidang kesihatan, maka bidang makanan kesihatan patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan Prospek Melalui Promosi, Promosi dan PROMOSI!

prospek

Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. Rancang dan Atur Perniagaan Anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Photos from Slimme's post 05/07/2018

Org perempuan nak kecilkan lengan. Boleh buat senaman ni.😃

Untitled album 04/07/2018

14 Jenis Makanan yang Terbaik untuk Otak

28/06/2018

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI
-------------------------------------------

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Sharing is caring😘

Photos from Slimme's post 27/06/2018

Pengambilan air kosong adalah sangat bagus bukan sebab nak kurus je. Tapi kulit yang sihat dan cantik juga adalah disebabkan air yang cukup dalam badan.

Umpama penuh tangki,senang flush,senang nak proses. Lagi lagi kalau uols ambil supplement tambahan.

Boleh folow cth ni utk memudahkan uols amalkan air kosong✌️

26/06/2018

KEGUNAAN GARAM DALAM DIET HARIAN
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kebiasaan kita menggunakan garam dlm masakan. Dalam diet garam adalah keperluan. Tetapi jangan berlebihan.

Kebiasaan kurang penggunaan garam risikonya lebih rendah berbanding dengan penggunaan garam blebihan.

🌼Garam bertanggungjawab membekalkan sodium dalam bodi kita yang mengawal air dlm badan , mengekalkan pH dalam darah serta mbantu isyarat saraf ke otot.

🌼Sodium sebenarnya telah sedia ada dalam makan semulajadi. Jadi, pengambilan perlu di kawal

🌼Had bagi org dewasa hanya 6 gm (1sudu besar)sahaja dan kanak kanak perlu kurang dari itu

🌼Perlu elakkan makanan proses, makanan dlm tin,makanaan segera dan sebagainya kerana ianya sangat tinggi garam

🌼Perlu di ingatkan, jika berat naik atau statik, sila kaji semula pemakanan kita. Kadang kita dh jaga diet sebaiknya tetapi tetap tiada penurunan. Jadi, perhatikan semula tentang pengambilan garam dlm diet harian kita

🌼Jika makan mknan dalam tin terutama abg2 sado atau kaki gym. keluarkan ikan dari tin, toskan sosnya dan ambik ikan je.

Belajar mbaca label kat makanan. Perlu di ingatkan, ada yang diet kalori atau diet lain yang dietnya di benarkan makan roti wholemeal.

Hati hati. kekadang roti begini mempunyai kandungan garam yg tinggi.

Begitu juga dgn makanan bijirin yg terdapat di pasaran. Walau rasa tak masin tetapi tetap kandungan garam yg berlebihan.

Sebab tu kekadang kita hairan, diet cantik dah. Tp berat masih statik atau naik. Jadi, sila perhatikan tentang penggunaan garam diet kita.

🌼Begitu juga dengan pengemar daging, dlm dging itu sendiri punya garam semulajadi. Jadi, hati2 penggunaannya.

Risiko jika garam berlebihan

🌼Darah tinggi
🌼Tulang rapuh terutama wanita
🌼KEGEMUKAN - cepat haus dan mengundang kepada pengambilan air2 manis
🌼Air akan terkumpul dalam badan.
🌼Kesan pada buah pinggang

JANGAN BERLEBIHAN dalam kegunaan harian dalam pemakanan kita. KURANGKAN bukan HENTIKAN.

faham faham? 😊

25/06/2018

Jenuh diet tapi berat ni lambat sungguh nak turun. Cuba check sama ada anda masih dok amalkan perkara di bawah:

⤵️⤵️⤵️

1. Minum air berkarbonat/gas. Tau tak segelas air gas mengandungi 65 kalori???
2. Kurang tidur. Lagi banyak masa anda jaga, lagi tinggi anda cenderung untuk makan.
3. Skip sarapan - risiko 4 kali ganda mengalami obesiti
4. Makan terlalu cepat
5. Asal stress makan
6. Kurang minum air putih
7. Kurang bersenam

Kalau ada segera bertindak ya!

14/06/2018

Tips sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan, tapi tak tahu nak mula dari mana. Make it simple and easy.

Belum cukup kurus? Bersyukurlah dengan kesedaran yang telah ada untuk kurus, untuk sihat. Cuba istiqamah dengan tabiat pemakanan yang sihat melalui tips di bawah.

Moga impian kurus anda tercapai 🎉🎉🎉

Coach ina fitlife

13/06/2018

[5 Masalah Ini Akan Dirasai Wanita Bila Terlalu Banyak Ambil Makanan Manis]

Makanan manis terutama kuih dan biskut memang enak. Ia juga antara cara untuk wanita menghilangkan stres.

Tapi jika diambil berlebihan manis gula akan menjadi racun yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Jika sudah merasai tanda-tanda di bawah ini ada baiknya anda kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebelum penyakit menjelma.

1. Mudah letih dan selalu rasa lesu
Ramai antara kita yang akan mengambil makanan atau minuman manis bila badan rasa letih. Tapi inilah yang akan menyebabkan tahap gula darah melonjak. Meskipun makanan tinggi gula memberi tenaga namun terlalu kerap mengambilnya ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

2. Kerap ingin makan makanan manis
Jika anda kerap mahu menikmati makanan manis setiap hari dengan jumlah yang banyak, ini salah satu tanda anda ketagihan gula.

3. Daya tahan tubuh lemah
Makan makanan manis secara berlebihan akan merosak sel-sel darah putih yang berfungsi mempertahankan tubuh dari penyakit. Oleh itu jika anda sering sakit periksa kembali pengambilan gula anda setiap hari.

4. Jejaskan hormon
Gula boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan menyebabkan perubahan perasaan dan emosi. Seperti anda rasa cemas, emosi tidak stabil dan anda berasa sedih tanpa sebab.

5. Merosakkan kulit
Ramai yang anggap makanan berminyak saja memberi masalah pada kulit. Sebenarnya makan banyak makanan manis juga boleh memberi kesan yang sama. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat pada wajah anda selain masalah rambut.

Lima masalah di atas adalah tanda seseorang wanita itu mengambil terlalu banyak gula. Sebelum terkena penyakit kencing manis dan masalah lain yang serius ada banyaknya jika kurangkan pengambilannya.

Jom amalkan untuk kekal sihat. Gantikan minuman manis anda dengan .

12/06/2018

KALORI MINUMAN MANIS.
Nak kurus tapi masih minum minuman manis?
Tahukah anda, makanan/minuman manis menyebabkan proses turun berat badan anda lebih susah.
"Alah, segelas je takkan tak boleh". Disebabkan segelas je la jika 40kalori yang terlebih setiap hari selama setahun menyebabkan berat badan anda naik sekilo. Baru 40kalori. Kalau 140, 200, 300 kalori? Lebih cepat berat badan anda naik berat.
Hah camne nak kurus raya ni kalau berbuka minum air manis je .Apa kata uols lebihkan air kosong ya masa berbuka nanti 😊

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Meru
42200