Mahas
Welcome to Mahas. No.1 curry powder brand of choice in Malaysia. Embrace your cooking confidence with Mahas Curry Powder.
31/01/2022
May this new year bring all of us affluence in health and wealth. Happy Chinese New Year!
28/01/2022
MURTABAK KULIT POPIA YANG MUDAH DAN SEDAP‼
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
Kepingan keju (jika mahu letak)
telur
BAHAN INTI:
daging – boleh juga guna daging atau ayam kisar
1 biji bawang besar – potong dadu
1 ulas bawang putih – cincang
1 sudu makan rempah kari daging MAHAS - boleh order di sini https://mahas.com.my/
1 sudu makan rempah kurma MAHAS - -boleh order di sini https://mahas.com.my/
3 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus hingga lembut
Daun sup secukupnya – hiris
Sedikit kiub pati daging / ayam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging MAHAS dan rempah kurma MAHAS yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga sebati. Daging saya s**a letak banyak2 biar terasa murtabaknya. Kalau beli di luar, telur je lebih, daging kurang.
4. Seterusnya masukkan ubi kentang dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak lagi hingga inti kering.
5. Akhir sekali, peraskan dengan kiub pati daging/ayam, garam dan gula dengan secukup rasa. Angkat dan sejukkan inti.
6. Untuk menyediakan murtabak, ambil sekeping kulit popia dan letak di atas papan pemotong.
7. Letak sekeping keju cheddar (jika mahu letak)dan sudukan inti yang dimasak tadi. Ratakan.
8. Sudukan telur di atas inti dan lipat kulit popia.
9. Masak popia di dalam kuali yang telah diletak dengan sedikit minyak. Bila popia dah masak, terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna.
10.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
*Murtabak ni nak sedap, inti daging @ ayam kena banyak, kalau mahu letak sayur, biar sayur tu kurang. Barulah terasa murtabak tu.
26/01/2022
TOMYAM SEAFOOD YANG PALING TERANGKAT‼️
Bahan Pes Tom Yam:
2sudu besar thai palm sugar
1biji tomato
4lembar daun limau purut
5ulas bawang putih
6biji bawang kecil
5batang serai
2inci lengkuas
2inci halia
1cawan cili kisar
1sudu besar udang kering
1inci belacan - bakar
3 cili merah
*jus limau
*asam jawa
*garam
*bahan perasa
*1sudu gula merah
*2sudu besar sos tiram
Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar halus kecuali bahan bertanda *..tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
Masukkan air sikit demi sikit masak sampai betul2 likat. Masukkan asam jawa, jus limau ,garam dan gula merah dan sos tiram.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
Bahan Sup Tom Yam:
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar- di potong
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
3 sb susu cair (tak nk letak pon x pe)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung
Cara cara:
1. Didihkan air,Masukkan pes tom yam yang telah dibuat tadi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi, tomato dan lengkuas.
2. Masak hingga mendidih, baru letak garam dan bahan perasa.
3. Bila sudah sebati mendidih, masukkan seafood kemudian sayur sayuran.
4. Kemudian masukkan batang ketumbar
5. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
*Dah try resepi ni, jangan lupa kongsikan dengan kami masakan tomyam anda ye😋
25/01/2022
NASI GORENG SEAFOOD ALA-ALA MASAKAN NENEK KITA.
BAHAN-BAHAN
- cili api
- bawang kecil
- bawang putih
- ikan bilis
- garam kasar
- udang
1. Goreng udang terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Tumbuk cili api, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis, garam kasar. Petua nak sedap kena tumbuk bahan-bahan ni.
3. Guna minyak goreng udang tadi dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan nasi. Nasi dah sebati dengan bahan tumbuk, barulah masukkan udang diakhir sekali. Gaulkan nasi bersama udang.
Siap
21/01/2022
HI GUYSS... KALI NI MAHAS KONGSIKAN KHASIAT-KHASIAT YANG TERDAPAT PADA BIJI KETUMBAR.
•Air rebusan biji ketumbar, menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
•Biji ketumbar dikisar halus, lalu diminum suam untuk meredakan sembelit.
•Digunakan secara tradisional untuk merawat masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, jangkitan luka, kencing manis, darah tinggi dan arthritis.
•Arthritis sejenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.
Banyakkan khasiat rempah ratus ni.. Selamat beramal..
20/01/2022
KHASIAT BUNGA LAWANG YANG RAMAI TIDAK TAHU.
Bunga LAWANG mempunyai 8 kelopak. Bau nya sedap dan ia mampu menyah bau yang kurang enak.
Air rebus an bunga LAWANG boleh me buang angin dalam perut dan meredakan sakit sendi.
19/01/2022
BENARKAH LADA MERAH KURUSKAN BADAN⁉️
Masakan Melayu memang tak sah kalau tak ada cili kan?
Sebenarnya, ia bukan sekadar sedap, tapi juga berkhasiat dan membantu menguruskan badan..
Percaya tak, lada merah meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dalam badan sehingga 25%. Banyak juga tu!
APA YANG AKAN MAHAS MASAK KALI NI⁉️
TUNGGUUUU....
13/01/2022
Ku lihat ke kiri, Ku lihat ke kanan..
Mana satu pilihanku...
Puding caramel & Puding roti ni sedap di makan setelah disejukkan di dalam peti ais. Pekena p**a dengan coffee latte, duduk p**a di pangkin bawah pokok; ditiup p**a dengan angin sepoi2 bahasa, pemandangan p**a luas terbentang sawah padi yang menghijau, bangau2 p**a bermain2 di sawah, air sungai mengalir, sambil melihat anak2 berkejaran.. Nikmatkan...
Nikmatilah hidup ini selagi ada..😊
12/01/2022
Waktu bila yang paling best makan mee sup dan mee kari?
Waktu hujan lah kan yang best.. Tapi paling best bila makan dengan orang yang tersayang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Merlimau
77300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 18:00 |
| Tuesday | 08:00 - 06:00 |
| Wednesday | 08:00 - 06:00 |
| Thursday | 08:00 - 06:00 |
| Friday | 08:00 - 06:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |