Seri Landscaping

Seri Landscaping

Share

Potong rumput, trim pokok, tebang pokok, kemas landskap halaman rumah, cuci rumah.

Photos from Seri Landscaping's post 29/05/2026

Senyap je, tauΒ² bersih!

Petang tadi kita bantu bersihkan laman sebuah rumah semi-D di Alma, Bukit Mertajam.

Kita mulakan dengan mencabut rumput di laman kecil depan rumah, kemudian buang tunggul pokok liar di celahan simen tepi rumah dan sedikit di bahagian belakang.

Selain mesin rumput, pembersihan sebegini juga disukai ramai. Sebab tiada bunyi bising, tiada asap, dan tidak mengganggu.

Sesuai untuk mereka yang utamakan ketenangan, atau untuk mereka yang ada anak kecil, atau sedang online conference di rumah.

Senyap je. Tau-tau laman rumah dah bersih!

Anda nak bersihkan laman?
WhatsApp atau call je nombor kat bio!

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
011-6742 2850

24/05/2026

Sesi pembersihan laman belakang sebuah rumah teres di KTC 1, Kulim Hi-tech.

Tebas, cantas, potong kecil-kecil dan masukkan dalam plastik sampah.

Moga dapat lapangkan hati tuan rumah serta jiran-jiran. 🀲

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
011-6742 2850

23/05/2026

Sesi pembersihan di kampung Mengkuang T**i.
Potong rumput, bersihkan belakang rumah, tebang pokok kecil.

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
011-6742 2850

08/05/2026

Kali ni kita ke Saujana Utama 1, Sg. Buloh untuk bantu tebang sebatang pokok mangga.

Tugas kali ni agak rumit dan berisiko, sebab 50% dahan pokok berada di atas awning zink.

Awning jenis ni dia lembut. Maka tugas tebang pokok ni bukanlah tebang free-falling biasa. Kena sangat berhati-hati. Kalau silap potong boleh rosakkan awning tuan rumah.

Ada dahan yang kita potong kecil-kecil, dan ada yang kita potong dengan bantuan tali, supaya jatuhan dahan lebih terarah.

Lepas siap memotong dan menebang, kita blow seluruh kawasan bawah pokok, supaya seluruh kawasan kejadian kekal bersih.

Anda ada pokok yang nak ditebang?
WhatsApp atau call je nombor kat bio!

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
011-6742 2850

05/05/2026

Pagi ni kita potong rumput, buang anak pokok kelapa dan bersihkan laman rumah di Taman Merawan, Kulim.

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space

04/05/2026

Ada ni, tengah kemas laman rumah kosong di Padang Serai.

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space

Photos from Seri Landscaping's post 12/04/2026

Tugasan kali ni di sebuah rumah corner lot di Kulim Utama Fasa 2.

Kita mulakan dengan potong lalang yang agak tinggi di depan rumah.
Kemudian sambung potong di tepi rumah, dan mesin juga rumput di dalam longkang.
Kita habiskan sesi mesin rumput di belakang rumah.

Pagi esoknya kita sambung bersihkan longkang, cangkul keluar akar rumpun lalang di belakang rumah, dan buang dua pokok besar di pagar.

Akhir sekali kita cakar dan blow laman sampai bersih. Sisa potongan kita masukkan dalam plastik sampah hitam.

Anda ada laman yang nak dibersihkan?
WhatsApp atau call kami segera!

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
0132002850

Photos from Seri Landscaping's post 26/03/2026

Cuba teka, yang mana gambar Sebelum, dan yang mana gambar Selepas? 😚

26/03/2026

Rumah Baru Nak Masuk

Kali ni kita potong rumput sebuah rumah corner lot di Residensi PR1MA Junjong sampai licin.

Kita mulakan dengan memotong rumput di laman utama di tepi rumah, sebaris demi sebaris sampai habis. Kemudian potong rumput di laman ciput depan rumah.

Kalau dapat perhatikan, kebanyakan masa, saya pastikan pintu kaca dan tingkap kaca rumah berada di depan atau belah kanan saya.

Tali mesin ini berpusing lawan arah jam, dan saya memotong dari kanan ke arah kiri. Sisa potongan (termasuk batu) akan terpelanting ke arah kiri dan belakang saya.

Jadi, jika ada objek mudah pecah, sebolehnya pastikan dia bukan di kedudukan belakang atau kiri kita.

Akhir sekali kita cabut pokok di belakang rumah, dan mesin rumput sampai licin.

Lepas tu macam biasa, kita cakar sisa potongan rumput, masukkan dalam plastik sampah hitam.

Sebelum balik kita blow seluruh kawasan rumah dan cabut sedikit rumpai dan pokok liar dalam longkang untuk cantikkan seluruh halaman rumah.

Anda ada laman yang nak dibersihkan?
WhatsApp atau call je nombor kat bio.

Seri Landscaping
Bringing Seri to Your Space
0132002850

Photos from Seri Landscaping's post 16/11/2025

Sebelum dan sesudah.
Ini semua angkara water jet.

😍😍😍

Want your business to be the top-listed Cleaning Service in Lunas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Lunas
09600