LAHAD DATU Update
Platform Infomasi Lahad datu
05/06/2026
Cubaan Seludup Gagal.
Operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 bersama KPDN Cawangan Beaufort berjaya menggagalkan cubaan menyeludup diesel menggunakan kenderaan yang diubah suai.
Tiga individu ditahan dan sejumlah 1,000 liter diesel dirampas bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda, pam elektrik, hos, dan dokumen berkaitan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM23,320. Kenderaan yang digunakan, sebuah Isuzu Invader Double Cabin, diubah suai untuk menyimpan diesel, menunjukkan taktik licik pihak yang terlibat.
Kes ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu, usaha kolaboratif KPDN bersama agensi penguatkuasaan lain untuk membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi, khususnya diesel. Tindakan tegas diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, dan siasatan kini diteruskan bagi memastikan pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan. Kerjasama antara agensi penguatkuasaan penting untuk memastikan bekalan barang kawalan sampai kepada golongan sasar serta mengelakkan ketirisan subsidi yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran aduan rasmi bagi menyokong usaha penguatkuasaan.
Secara keseluruhan, operasi ini menunjukkan keberkesanan pengawasan dan pemantauan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan haram yang menjejaskan kepentingan pengguna dan kestabilan ekonomi.
05/06/2026
TULAR 1 video Seorang lelaki dipercayai kencing dalam Train KTM. Kenapa sampai begitu?
Lori trailer rosak dekat lampu isyarat kampung pisang .. laluan sesak sedikit.
📽 din twister
RASMI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat (5 JUN 2026)
04/06/2026
Ada pokok tumbang area telupid. Hati2 yang melalui kawasan ini...
04/06/2026
Tindakan Masuk Gua Tepadong Tanpa Kebenaran Boleh Diambil Tindakan Undang-Undang
Lahad Datu– Seorang individu yang dilaporkan hilang di Gua Tepadong, gua warisan sarang burung milik Etnik Idahan (Ida’an), telah ditemukan selamat. Walaupun begitu, tindakannya memasuki gua berkenaan bersama dua rakannya yang masih bebas boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Presiden Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) menegaskan, memasuki gua warisan sarang burung tanpa kebenaran adalah satu pelanggaran serius. Beberapa undang-undang dan peraturan yang boleh dikenakan termasuk:
Undang-undang Adat Etnik Idahan (Ida’an) – Melanggar adat dengan memasuki gua pada musim larangan boleh dikenakan hukuman adat atau KEKAB mengikut Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.
Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 – Masuk gua pada musim larangan boleh dituduh mengikut peruntukan undang-undang ini.
Enakmen Hutan 1968 – Menceroboh Hutan Simpan Melua boleh didakwa di bawah enakmen ini.
Kanun Kesiksaan – Pengambilan sarang burung tanpa kebenaran dianggap mencuri dan boleh dikenakan hukuman bersama bukti yang ditemui.
PEIS menekankan bahawa tujuan hukuman adalah untuk mendidik individu terbabit agar insaf dan memberi pengajaran supaya orang lain tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ketua Madai dan Majlis Adat yang telah membuat dua laporan polis semalam diharap mengambil tindakan tegas sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.
Amaran kepada masyarakat: Jangan memasuki gua-gua warisan sarang burung Etnik Idahan tanpa kebenaran pewaris, kerana setiap gua mempunyai pemilik warisan yang sah.
Sumber : Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS)
Cerita petang tadi.. Cantik fenomena awan tadi..
📽elean
Ada lagi pokok tumbang di area telupid..
04/06/2026
Ada yang nampak ka tadi? Ada cakap serpihan meteor. Ada juga sumber mengatakan kesan pelancaran roket Jielong-3 (Smart Dragon-3) milik China.
Ada sempat rakam??
04/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.