APM Lahad Datu
VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITIβ
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
06/05/2026
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah azza wa jalla, tahniah dan syabas kepada semua ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KONTINJEN-KONTINJEN APM NEGERI SABAH ATAS KEJAYAAN MENJUARAI HiPA 2026!
Bukan mudah dalam mencapai kejayaan ini dan seluruh warga kerja APM Negeri Sabah amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai, terutamanya apabila berdepan para pejuang dari negeri lain dengan persaingan yang sengit bagi menempa nama APM Negeri Sabah sebagai juara keseluruhan di acara yang berprestige ini.
Terima kasih juga kepada semua warga kerja APM Negeri Sabah yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat untuk para kontinjen agar mereka terus bangkit mempamerkan prestasi yang cemerlang.
Sekali lagi Tahniah diucapkan kepada kontinjen-kontinjen APM Negeri Sabah atas kejayaan menjuarai acara ini untuk kali kedua.
APM SABAH SEDIA PANTAS BERINTEGRITI!
RADUU TATAP RADUU!
RADU SAMPAI MENANG!
KEMENANGAN DALAM GENGGAMAN!
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
fans
05/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan ππ»ππ»ππ»π«‘
01/05/2026
YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi pegawai dan anggota APM yang sentiasa bersedia berkhidmat dalam menjalankan tugas.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan anggota APM atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan dalam landasan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
"PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"
Jabatan Perdana Menteri
**
30/04/2026
ππππ πππππ-πππππ πππππ ππππ
Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba!
Kenali tanda-tanda awal strok haba :
β οΈ Letih melampau
β οΈ Pening
β οΈ Dahaga
β οΈ Kulit rasa panas atau kering
Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif seperti mereka yang bersukan di bawah pancaran matahari. Anda dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti di luar rumah yang terdedah dengan cuaca panas.
Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.
β"Sedia, Pantas, Berintegriti"
Sebarang pertanyaan hubungi pihak APM Lahad Datu bagi kecemasan dan berkaitan Latihan Pertahanan Awam di talian 089-880991 atau talian kecemasan kebangsaan NG999.
Jom muat turun Aplikasi SaveMe 999 sekarang sebagai langkah keselamatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. pautan juga disediakan melalui IOS dan Android :
A. Android Google Play Store:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.saveme999
B. iOS Apple App Store:
https://apps.apple.com/my/app/saveme-999/id6748721853
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Jabatan Perdana Menteri
Lahad Datu info, Lahad Datu info. Info Lahad Datu
15/04/2026
Terima kasih Lahad Datu info, sentiasa memberi sokongan dan menyampaikan maklumat kepada Orang Awam πππ«‘
15/04/2026
09/04/2026
TAHNIAH & SYABAS: APM LAHAD DATU TERIMA PENGHARGAAN ESSCOM
: 9 April 2026 | Satu detik bermakna buat warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu apabila dijemput hadir memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang ke-13.
Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), Lahad Datu.
Dalam majlis tersebut, APM Lahad Datu telah dianugerahkan Sijil Penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen yang tidak berbelah bahagi serta kerjasama erat yang diberikan kepada pihak ESSCOM dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti terus terpelihara. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datoβ Dr. Haji Jamaluddin bin Mohd. Ali, Ketua Eksekutif ESSCOM bersama YDH DCP Datuk Victor Sanjos, Komander ESSCOM.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak ESSCOM atas kepercayaan dan pengiktirafan ini. Semoga sinergi antara APM dan ESSCOM terus utuh demi kedaulatan dan keharmonian Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
β"Sedia, Pantas, Berintegriti"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
07/04/2026
CARA-CARA UNTUK ANAK ANDA ELAK DARI DIJANGKITI STROK HABA
Berikut adalah maklumat mengenai cara-cara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anak anda dijangkiti strok haba. Antaranya seperti berikut :-
1. Pastikan anak anda minum air secukupnya
2. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta
3. Elakkan melakukan aktiviti berat di waktu tengah hari
4. Pilih pakaian yang sesuai
5. Pantau tanda-tanda awal anak anda jika dijangkiti strok haba
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
CARA-CARA UNTUK ANAK ANDA ELAK DARI DIJANGKITI STROK HABA
Berikut adalah maklumat mengenai cara-cara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anak anda dijangkiti strok haba. Antaranya seperti berikut :-
1. Pastikan anak anda minum air secukupnya
2. Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta
3. Elakkan melakukan aktiviti berat di waktu tengah hari
4. Pilih pakaian yang sesuai
5. Pantau tanda-tanda awal anak anda jika dijangkiti strok haba
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Perdana Menteri
**
01/04/2026
Terbang tinggi si burung helang,
Memantau rapi pesisir pantai;
Ulang tahun ESSCOM kini menjelang,
Keamanan dikecap, rakyat santai.
βDari APM buat ESSCOM,
Semoga terus gagah berbakti;
Kerjasama erat sentiasa dikulum,
Kedaulatan negara tetap di hati.
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN ESSCOM KE-13!
βSeluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lahad Datu ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sempena hari ulang tahun penubuhan pada hari ini.
βSebagai rakan strategik di lapangan, kami sentiasa menyokong penuh peranan ESSCOM dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) kekal terpelihara.
βSemoga sinergi antara APM Lahad Datu dan ESSCOM terus utuh demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Daerah Lahad Datu. Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan dalam menjaga keamanan kita semua! π€πͺ
β"Sedia, Pantas, Berintegriti"
"Bersama-sama Menjana Kesejahteraan"
"Bersama Menjaga Kedaulatan Negara"
Sebarang pertanyaan hubungi pihak APM Lahad Datu bagi kecemasan di talian 089-880991 atau talian kecemasan kebangsaan NG999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Eastern Sabah Security Command
Click here to claim your Sponsored Listing.