CPRC JKWP Labuan

CPRC JKWP Labuan

Share

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan WP Labuan

18/08/2025

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas perlantikan baharu sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, YBrs. Dr. Valentine @ Japulee Gantul berkuatkuasa mulai 18 Ogos 2025. Semoga dengan perlantikan ini, perkhidmatan kesihatan awam di Jabatan Kesihatan WP Labuan terus cemerlang demi mencapai hasrat warga WP Labuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

31/01/2025

ISU TULAR: PENAFIAN AKAUN FACEBOOK MENGGUNAKAN NAMA DAN GAMBAR PEGAWAI PERUBATAN/KAKITANGAN KLINIK JABATAN KESIHATAN WP LABUAN.

💢💢 PERHATIAN💢💢

Untuk makluman, AKAUN yang tertera dibawah merupakan AKAUN PALSU🚫 yang digunakan di platform media sosial Facebook dengan nama akaun KLINIK PARAGON LABUAN.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan informasi yang dikongsikan oleh akaun tersebut dan sentiasalah merujuk dengan akaun rasmi JABATAN KESIHATAN WP LABUAN bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Kesihatan WP Labuan

20/01/2025

Jom cegah penyakit berjangkit semasa cuti sekolah dan perayaan.

16/12/2024

Jom cegah penyakit berjangkit semasa cuti sekolah dan perayaan.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 26/08/2024

Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

15/08/2024

Mpox ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesis dibawah genus Orthopoxvirus. Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox. Jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

PEJABAT TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN, BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JABATAN KESIHATAN NEGERI, P/S81736, WP
Labuan
87027

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00