Sarawak Network

Sarawak Network

Share

​Nadi info warga Bandaraya Kuching. Berita, lifestyle, dan perkembangan politik tanah air — segalanya tentang kita dan hak Sarawak di sitok.

CEO Sarawak Network Mummyna Ku
contact us [email protected]

11/06/2026

Lelaki Kantoi Ada Rekod Lampau, ditangkap Positif Dadah di Betong.

​Sorang lelaki umur 37 taun ditangkap polis petang marek di kawasan Betong gara-gara kes dadah.

Udah lah positif dadah jenis amphetamine ngan methamphetamine, ada rekod lamak gik ya.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek madah, suspek ditangkap jam 2.00 petang tadi sebelum dibawa ke IPD Betong.

Hasil ujian air kencing nang sah kantoi positif dadah.

​Kinek kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebab memiliki dadah, boleh kena denda sampe RM100,000 atau penjara sampe 5 tahun. S*k pasal-pasal jak.

​Suspek juak disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama sebab masukkan dadah dalam badan, hukuman denda sampe RM5,000 atau penjara sampe 2 taun.

​Pihak polis nang s*k akan bertolak ansur dengan kes dadah tok.

Pihak polis mintak warga Betong terus jadi mata dan telinga polis. Mun ada tauk info pasal aktiviti dadah tok, cepat-cepat laporkan demi keselamatan komuniti kita.

11/06/2026

Duak Lelaki Ditangkap Miliki Air Ketum Di Serian

Duak orang laki, umur 34 ngan 53 tahun, kenak tangkap di Kampung Seniawan, Serian masa lewat malam marek.

Sidak duak tok kenak tahan ketegal ada simpan cecair nang disyaki air ketum. Kes tok disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Hasil siasatan awal nemu bekalan ketum ya dipercayai ditanam sidak duak pun di kawasan rumah tempat tinggal sidak nya.

Hukuman berat nunggu sekiranya disabit kesalahan:
Denda: Denda s*k lebih RM100,000; atau Penjara: Boleh kenak penjara s*k lebih 5 tahun.

Pihak PDRM, utamanya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, nang s*kkan main-main akan ambik tindakan tegas ke atas pengedar ngan pengguna dadah tegar di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mun kenak kesalahan tok, hukuman nya boleh kenak penjara antara 5 hingga 7 tahun dengan sebatan s*k lebih 3 kali sebatan.

Info dan gambar serian

11/06/2026

Kemalangan Maut Di Tanjung Skrang, Betong.

Duak buah keluarga nerimak berita sedih ari tok apabila kereta Perodua Axia yang dinaiki duak lelaki terbabas lalu nerempuh pembahagi jalan di kawasan pusingan P Tanjung Skrang, Betong.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.46 tengah hari ya, pemandu kenderaan yang berusia 64 tahun, Liang Sait, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan KKM.

Sorang lagik mangsa yang merupakan penumpang kereta berkenaan, Stanley Embawa Liang, berusia 30 tahun, dilaporkan cedera parah.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pas**an bomba sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba terpaksa makei peralatan khas untuk ngeluar keduak-duak mangsa dari dalam kenderaan yang remuk teruk ya.

Mayat mangsa yang meninggal dunia kinek udah diserah kepada pihak polis untuk tindakan yang seterusnya.

Salam takziah dirujuk kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tok.

Semoga tabah ngadapi ujian tok, dan sama-sama kita doakan mangsa yang cedera parah ya cepat sembuh.

11/06/2026

Kantoi Simpan Barang Seludup, Kastam Sarawak Rampas RM7.39 Juta di Bintulu

Taktik sindiket makei rumah ngan gudang kosong jadi tempat simpan barang seludup, alamat palsu utk kurier hantar dadah, kantoi juak dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Hasil rampasan di Bintulu ya dengan nilai keseluruhan mencecah RM7.39 juta.
Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya madah, kejayaan ya dari lapan kes berasingan dari April sampei Mei tahun tok. Ia melibatkan rampasan rokok, minuman keras s*k berkastam, ngan dadah jenis g***a.

Hasil rampasan keseluruhan
Rokok: 7.21 juta batang
Minuman keras: 8,109.72 liter
G***a: 4.32 kilogram
Kenderaan: Dua buah
Nilai barang: Dianggar RM1,914,699.40
Duti & cukai diselamatkan: RM5,472,536.10

Kronologi serbuan rokok ngan arak.
Sindiket tok dikesan guna empat lokasi kosong jadi tempat transit sebelum brg ya dipasarkan sitok:

17 Mei (Taman Seaview): Serbuan pertama di rumah kosong nemu 789,099 batang rokok ngan 4,858.92 liter arak. Nilai rampasan ngan cukai ya RM868,737.86.

17 Mei (Lokasi kedua, Taman Seaview): Kurang empat jam pasya, serbuan di kawasan sama nemu 220,998 batang rokok ngan 456 liter arak (Nilai: RM277,509.54).

18 Mei (Plaza Li Hua): Kastam Sibu serbu premis kosong, rampas 780,720 batang rokok ngan enam liter arak (Nilai: RM675,727.80).

19 Mei (Jalan Bintulu-Miri):
Rampasan paling besar di gudang kosong hasil ris*kan. Nemu 5,422,000 batang rokok, 2,788.80 liter arak, ngan dua buah kenderaan. Nilai keseluruhan mencecah RM5.44 juta.

Taktik Pos Dadah Makei Alamat Palsu
Bagi kes dadah pulak, sindiket makei kurier ngan madah isi bungkusan ya barang dagangan biasa, padahal makei nama ngan alamat palsu.

11 April: Kastam Kuching gesan dua bungkusan yang dihantar ke Bintulu ada g***a seberat 109 gram ngan 439 gram (Nilai: RM16,440).

28 April & 14 Mei: Duak lelaki tempatan kantoi ditangkap masa maok nuntut bungkusan di Park City Commerce Square ngan Jalan Sungai Nyigu.

Pemeriksaan nemu 35 ketul mampat g***a seberat 3,774 gram (Nilai: RM113,220).

Kes rokok ngan arak disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Mun salah, boleh kena denda besar atau penjara sampei limak tahun.

Bagi kes dadah pulak, ia disiasat mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup ngan sebatan.

11/06/2026

Benar juak, hampir semua yg tergendala, AirAsia, MAS yang di kondem Airborneo ajak. Lom setaun jagung umur Airborneo ya bah. Consider la s*kit oo.

10/06/2026

AirBorneo Bantu Penumpang Terjejas Urus Tempahan Semula, Refund.

AirBorneo kinek tok udah menghubungi semua penumpang yang kenak kesan tegal flight delayed ngan cancel, semata-mata maok nolung urusan tukar tiket baharu, bayaran balik (refund), ngan sokongan perjalanan yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo Airways Sdn Bhd, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin madah, pihak syarikat nang faham impak gangguan tok nang nyusahkan penumpang ngan keluarga sidaknya, sampei polah orang berasa ralat ngan kecewa.

Nya turut mintak maaf atas gangguan, kesulitan, ngan ketidakpastian yang berlaku susulan flight delayed ngan cancel yang merusak pelan perjalanan sebahagian penumpang di Sarawak ngan Sabah.

Menurutnya, gangguan tok jadi tegal ada beberapa buah belon terpaksa diletak serentak sebab ada keperluan maintenance ngan kerja pembaikan teknikal yang mustahak.

“Walaupun keselamatan nang tetap jadi keutamaan nombor satu kami, kami sedar impak gangguan tok nang nyusahkan komuniti yang ari-ari bergantung ngan perkhidmatan kami,” nya madah dalam satu kenyataan rasmi ari tok.

Beliau madah, team AirBorneo kinek tok tengah bekerja siang malam maok memulihkan balit operasi kedak selalu secepat mungkin.

Syarikat ya udah nambah sumber tambahan maok polah belon ya cepat beroperasi balit, nunggu proses ketibaan alat ganti yang diperlukan, ngan ngurangkan gangguan kedak tok lagik.

Pada masa yang sama, AirBorneo turut ambik langkah maok memperkukuhkan kebolehpercayaan operasi sidaknya.

“Kedak yang udah diumumkan awal tahun tadik, kami akan memperkenalkan belon baharu ATR 72-600 secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan belon kami yang tengah berjalan.

“Walaupun penambahbaikan tok ambik masa s*kit maok nampak hasil sepenuhnya, tapi tok nang pelaburan yang besar demi menyediakan perkhidmatan yang selamat, boleh diharap, ngan diyakini oleh para penumpang,” nya madah lagik.

Megat Ardian madah, untuk penumpang yang kenak kesan, AirBorneo turut menyediakan makanan, hotel tempat nginap, ngan pengangkutan darat sekiranya perlu.

Mana-mana penumpang yang perlukan bantuan lanjut atau ada pertanyaan pasal pelan perjalanan sidaknya, boleh terus menghubungi team khidmat pelanggan AirBorneo.

“Fokus kami tetap maok menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat ngan boleh diharap kepada para penumpang, sambil terus berkhidmat untuk rakyat Sarawak ngan Sabah serta menghubungkan komuniti kita,” nya madah balit.

Terima kasih atas kesabaran, pemahaman, ngan sokongan berterusan kitak orang.

10/06/2026

Nyaman palak, semua dah tersedia. Mun pandei menang kelak esok, nanggar duit billion² lalu bergegar rasa nyawa sidak ya.

10/06/2026

Pengaruh Video Lucah Memakan Dirik, Penjual Kuih Dihukum Penjara 39 tahun Rogol OKU.

Memang padan muka. Akibat melayan nafsu syaitan nanggar video lucah, sorang penjual kuih umur 22 tahun akhirnya menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara 39 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching atas sebab merogol adik tiriknya yang juga seorang OKU.

Lebih menyakitkan hati, mangsa adalah adik tirik nya pun yg umurnya baruk 13 tahun, malah mangsa juga merupakan seorang anak OKU intelektual.

Perbuatan keji tok menyebabkan mangsa kinektok udah mengandung 33 minggu.

Kronologi kes ringkas
Tarikh Kejadian: Berlakunya tiga kali antara bulan Ogos, September 2025, dan Januari lepas di rumah kediaman sidak empun.

Modus Operandi:
Tertuduh mengambil kesempatan merogol mangsa secara paksa masa mangsa tengah tido. Walaupun mangsa cuba melawan dan nangis, tertuduh tetap neruskan perbuatan kejinya.

Kantoi: Kes tok terbongkar apabila Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Serian nerimak maklumat dari Hospital Serian pasal keadaan mangsa, lalu molah laporan polis pada 29 Mei lepas.

Hukuman mahkamah
Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman setimpal atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan:

Pertuduhan Pertama & Ketiga:
Penjara 13 tahun dan 4 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Pertuduhan Keduak: Penjara 13 tahun dan 3 sebatan.

Hukuman Tambahan:
Tertuduh diarah menjalani pemulihan kaunseling sepanjang tempoh penjara dan dipantau pihak polis selamak 2 tahun lepas bebas kelak.

Siasatan juak mendapati tertuduh tok mempunya rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan.

Pengajaran besar buat semua, kawal diri dan jaga keluarga, jangan sampai nafsu membinasakan masa depan.

Info dan gambar kredit Suara Sarawak

10/06/2026

Tok lah gaya seorang pemimpin yg pandang ke hadapan. S*k perlu nak menghasut rakyat utk menyokong nya. Rakyat pandei menilai nak ni yg bagus, nak ni yg s*k bagus.

Video kredit pada UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak)

09/06/2026

Pesanan penting taktik baru scammer ahlong yang makin bapak kurang ajar kinek tok.

Kita semua mesti alert, terutamanya orang kampung, bersedia nait hantu mun sidak tok berani carik pasal.

Ada kes berlaku baru-baru tok, taktik sidak tok nang licik tapi hujung-hujung main ugut macam gangster:

Taktik acah-acah beli barang: Mula-mula ahlong tok datang kononnya nak beli baja. Sidak mintak location n no akaun bank sbb konon nak pickup n bayar baja ya.

Tukang offer loan: Lepas ya, tetiba tukar cerita madah sidak dari bank nak offer loan. Bila kita dah madah awal-awal tauk s*k minat n dah tolak cara baik, sidak tetap cari jalan lain.

Main masuk duit s**a hati:
Sidak diam-diam transfer duit RM2,500 pakei nama 'Hayati' masuk ke akaun kita tanpa kebenaran, semata-mata nak jerat kita cakap kita ada ambik loan.

Ugut n paw duit double:
Bila kita nak pulangkan balik RM2,500 ya sbb memandangkan ya bukan hak kita, tetiba sidak mintak lagi RM2,500 extra!

Bila s*k dilayan, terus keluar perangai asal ugut nak viral, simbah cat, bakar rumah, n paling melampau nak ngaco jiran-jiran serta keluarga.

Ingat, kita s*k pernah berhutang n s*k pernah setuju nak ambik loan pun dengan sidak. Tok nang taktik kotor sidak nak meras n paksa orang bayar bunga buta-buta.

Tok gambar muka ahlong tok pakei rujukan n beringat kita semua. Tolong alert dengan keselamatan mak bapak n family kita kat rumah.

Mun sidak tok berani jejak kaki masuk kampung n carik pasal, jangan sampai sidak s*k dapat balit gik kelak sbb orang kampung tok mun dah nait hantu nang scary.

Mintak tolong share pesanan tok pakei keselamatan semua. Berhati-hati belaka!

Perkara tok berlaku di teluk intan dan s*k mustahil benda boleh berlaku ngan kita di sarawak tok. Kenak alert selalu.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Kuching
93050