Hadis Pagi Ini - HPI

Hadis Pagi Ini - HPI

Share

Memandu Hidup dan Perjuangan Berasaskan al Quran dan As Sunnah

Photos from Hadis Pagi Ini - HPI's post 14/03/2026

TERKINI
Sudah Terbit E Kitab
🔥40 HADIS AKHLAK

*Keistimewaannya:👇
* 40 Hadis Akhlak
* Berpuluh Hadis Ekstra
* 455 Muka Surat
* Full Colour
* Design Yang Menarik
* Saiz Huruf Yang Besar
* Mesra Baca di Phone
* Syarah Secara Ilmiah
* Sarat Nas dan Hujjah
* Bahasa Mudah & Santai

👉 *CARA MEMILIKINYA

a) Bayar RM10 shj ke akaun Nasrudin Hassan
(Penyusun)
No akaun dan QR Code dilampirkan.

b) Hantar slip pembayaran ke wasap.my/+60169200440/akhlak

Insyaallah pihak kami (Madrasah MITRA Digital) akan terus menghantar E Kitab 40 Hadis Akhlak ke whatsapp peribadi anda.

Nasrudin Hassan
Penyusun E Kitab
40 Hadis Akhlak.

Photos from Hadis Pagi Ini - HPI's post 26/02/2026

Salamun Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh. Dah tidoo le semua sahabat² Santri MITRA Digital ?

Insyaallah MITRA Digital akan lancarkan satu lagi E Kitab terbaharu selepas solat Jumaat jam 3.00 petang.

Siapa berminat ingin memilikinya ? Komen minat diruangan komen

Hanya RM5 sahaja
115 muka surat
Full Colour
Mesra baca di skrin phone
Design yang menarik
Sarat denga dalil
Perbahasan ilmiah, tarbawi dan haraki

25/02/2026

Malaikat Jibril AS kata pada Nabi SAW bahawa Allah SWT akan LAKNAT orang yang masuk Ramadhan tapi tidak dapat keampunan Allah SWT. Nabi SAW jawab Aamin !

Allahu Akbar .. dahlah tak dapat keampunan, kena laknat p**ak !!

Masyaallah, kenapa ada yang masuk Ramadhan tapi tak dapat keampunan ? Sedang Puasa itu boleh jadi Allah SWT mengampunkan dosa yang terdahulu.

Jawapannya ada di dalam E Kitab 40 Hadis Ramadhan ini … dapatkan sekarang.

Kita belajar dan ulangkaji
Agar Ramadhan ini adalah yag TERBAIK dalam kehidupan kita. Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.

22/02/2026

Siapa yang belum memiliki E-Kitab 40 Hadis Ramadhan dan berminat untuk membelinya :
Dapatkan segera untuk kita pelajari dan hayati Ramadhan ini dengan pedoman dan asuhan sunnah Nabi kita Muhammad SAW

api.whatsapp.com

Photos from Hadis Pagi Ini - HPI's post 16/02/2026

E KITAB 40 HADIS RAMADHAN

Allahu Akbar. Esok dah masuk Ramadhan. Masyaallah. Sahabat² ku semua, bagi memaknakan lagi Ramadhan kita, jangan lupa dapatkan E Kitab 40 HADIS RAMADHAN. (RM10 jer).

Hubungi saya segera 👇
wasap.my/+60169200440/40hadis

Photos from Hadis Pagi Ini - HPI's post 12/02/2026

E KITAB
40 HADIS RAMADHAN
269 Muka Surat
Susunan : Nasrudin Hassan at Tantawi

👉 5 KEISTIMEWAAN E KITAB 40 HADIS RAMADHAN

MESRA Pembaca di Skrin Handphone (saiz tulisan besar dan full colour)

* Perbahasan ILMIAH (sinergi kefahaman muktabar & kontemporari)

* Memiliki nilai TARBAWI & HARAKI dalam kefahaman hadis

* Bahasa mudah dan persembahan design yang menarik.

* Sarat dengan DALIL Al Quran, As Sunnah dan Kalam ulamak dalam kefahaman hadis

👉 SIAPA PERLU MILIKI
E KITAB 40 HADIS RAMADHAN INI ?

* Para ASATIZAH dan PENDAKWAH ~ sebagai bahan penyampaian

* Mereka yang mahu memahami bagaimana PEDOMAN SUNNAH dalam mendekatkan diri kepada Allah melalui Ramadhan

HARGA DAN HADIAH

👉 Harga RM10 sahaja satu naskhah E Kitab 40 Hadis Ramadhan dengan PERCUMA 5 Nota Pengajian (slide) dari MITRA Digital bagi setiap satu pembelian.

👉 Klik untuk Beli Sekarang
wasap.my/+60169200440/40hadis

👉 5 NOTA PENGAJIAN (SLIDE) PERCUMA

a) Tarbiyah Ramadhan
b) ‘Ibrah Surah al ‘Alaq
c) Golongan Yang Gugur
d) Peribadi Pendakwah
e) Peranan AKIFI (Alim + Haraki & Sufi) menangai Fahaman Liberal

Setiap pembelian anda adalah MEMBANTU usaha kami di MITRA Digital berkarya dan menghasilkan bahan ilmiah untuk mendidik ummah.

Nasrudin bin Hassan
MITRA Digital
0199168182 / 0169200440

28/01/2026

Hadis Pagi Ini (HPI) 333

AKHLAK PUAN ISTERI
Taat Bukan Satu Kehinaan

09 Sya’ban 1447 / 28 Jan 2026
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengasas MITRADigital
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25
https://t.me/MITRAdigital26
https://facebook.com/Mitradigital26

Daripada Abi Hurairah Rha. Rasulullah SAW bersabda :

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، لِعِظَمِ حَقِّهِ عَلَيْهَا

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami ke atasnya.”

Riwayat Imam At Tirmizi (1159) Abu Daud (2140)

KEFAHAMAN HADIS

🟢 Imam al-Munāwī رحمه الله

فِيهِ تَعْظِيمُ حَقِّ الزَّوْجِ عَلَى الزَّوْجَةِ، وَأَنَّهُ أَعْظَمُ مِنْ حَقِّ غَيْرِهِ مِنَ الْمَخْلُوقِينَ

“Dalam hadis ini terdapat penegasan tentang besarnya hak suami ke atas isteri, dan bahawa ia lebih besar berbanding hak makhluk lain.”

Rujuk Faidhul Qadir (5/438)

PERTAMA : TAATI SUAMI

🔴 Allah SWT telah berfirman :

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah yang taat, dan yang memelihara diri ketika ketiadaan suami, dengan penjagaan Allah.

Surah An Nisa’ : 34

🟢 Imam Ibn Kathir Rhm menafsirkan ayat ini :

قَانِتَاتٌ أَيْ مُطِيعَاتٌ لِأَزْوَاجِهِنَّ

“(Qānitāt) iaitu taat kepada suami-suami mereka.”

Rujuk Tafsir Al Quraanil ‘Azim karya Ibn Kathir

Ketaatan pada suami adalah akhlak utama seorang isteri yang solehah. Justeru ketaatan yang diberikan kepada suami adalah satu ketaatan kepada Allah dan RasulNya SAW.

KETAATAN seorang isteri pada suaminya bukan satu kehinaan tetapi ia adalah merupakan satu langkahan menuju REDHA Allah SWT. Ketaatan itu juga bukan menghakis nilai maruah seorang isteri bahkan ia merupakan penjagaan amanah rumah tangga.

Ketaatan puan isteri pada encik suami meletakkan isteri itu layak menjadi Isteri yang solehah. Sementara isteri solehah itulah sebaik-baik perhiasan.

Bukan perhiasan emas intan permata yang dipakai oleh wanita menjadikan dia cantik menawan, sebaliknya sifat solehah itulah semahal-mahal perhiasan.

الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِهَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita yang solehah.”

Riwayat Imam Muslim (1467)

🟢 Imam al-Nawawī رحمه الله

الْمُرَادُ أَنَّهَا أَعْظَمُ مَا يُنْتَفَعُ بِهِ فِي الدُّنْيَا؛ لِمَا فِيهَا مِنْ صَلَاحِ الدِّينِ وَالْمَعِيشَةِ

“Yang dimaksudkan ialah wanita solehah merupakan sebesar-besar manfaat dunia, kerana padanya terdapat kebaikan agama dan kehidupan.”

Rujuk Syarah Sohih Muslim (10/56)

Akhlak puan isteri menurut sunnah al mutahharah :

• dibina atas ketaatan yang berakal,
• dihiasi hikmah dan kesabaran,
• dipandu iman, bukan ego,
• dan disempurnakan dengan niat ibadah, bukan memaksa diri.

KEDUA : JAGA DIRI UNTUK SUAMI

🟢 Imam Ibn Kathir Rhm juga menjelaskan maksud
‎ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ didalam ayat 34 surah An Nisa’:

حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ أَيْ فِي نَفْسِهَا وَمَالِ زَوْجِهَا إِذَا غَابَ عَنْهَا

“(Menjaga ketika ketiadaan suami) iaitu menjaga dirinya dan harta suaminya apabila suami tidak ada.”

Menjaga diri tidak sekadar menjaga keselamatan semata-mata tetapi juga menjaga diri agar tidak terjebak dalam kancah fitnah yang akhirnya merosakkan reputasi rumahtangga dan keluarga.

Tidak keluar rumah sewenang-wenangnya tanpa izin suami juga tidak berhias keterlaluan untuk mempamerkan kecantikan kepada lelaki ajnabi.

KETIGA : JAGA HARTA SUAMI

Ayat 34 Surah An Nisa’ turut menyenaraikan antara keperibadian isteri solehah ialah menjaga harta suami terutama tika ketiadaan suami.

Daripada Abdullah ibn Umar Rhma, bahawa beliau juga pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا، وَمَسْؤُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

“Dan seorang isteri adalah penjaga di rumah suaminya, dan dia akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dijaganya.”

Riwayat Imam Al Bukhari (2409) Muslim (1829)

🟢 Imam al-Nawawī رحمه الله menjelaskan :

فِيهِ أَنَّ الْمَرْأَةَ مُؤْتَمَنَةٌ عَلَى مَالِ زَوْجِهَا وَبَيْتِهِ

“Dalam hadis ini terdapat penegasan bahawa isteri itu diamanahkan ke atas harta suaminya dan rumahnya.”

Rujuk Syarah Sohih Muslim : (12/213)

KEEMPAT : JAGA NAMA BAIK DAN RAHSIA RUMAHTANGGA

Daripada Abu Sa’id Al Khudri Rha. Sabda NAbi SAW :

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ، وَتُفْضِي إِلَيْهِ، ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya antara manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang berhubungan dengan isterinya dan isterinya berhubungan dengannya, kemudian dia menyebarkan rahsianya.”

Riwayat Imam Muslim (1437)

Larangan ini terpakai dua hala dan menjadi asas hukum haram memburukkan pasangan masing-masing, termasuk isteri terhadap suami.

Akhlak isteri kepada suami bukan sekadar taat:

• tetapi penjagaan amanah ketika sunyi,
• kesetiaan ketika suami tiada,
• maruah yang dijaga walau tiada saksi,
• dan harta yang diurus seolah-olah miliknya sendiri.

Isteri solehah bukan yang paling banyak menuntut,
tetapi yang paling amanah ketika tiada yang melihat.

Sekian

27/01/2026

Hadis Pagi Ini (HPI) 332

AKHLAK ENCIK SUAMI
Penaung Bukan Penindas

08 Sya’ban 1447 / 27 Jan 2026
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengasas MITRADigital
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25
https://t.me/MITRAdigital26
https://facebook.com/Mitradigital26

Daripada ‘Aisyah Ummu Mukminin Rha. Sabda Rasulullah SAW:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kamu adalah yang PALING BAIK terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik di antara kamu terhadap keluargaku.”

Riwayat Imam At Tirmizi (3895), Ad Daarimi (2260) - Hadis Sohih

KEFAHAMAN HADIS

Hadis ini disebut oleh para ulama sebagai KAEDAH AKHLAK berumah tangga dalam Islam. Ukuran “kebaikan lelaki” khasnya yang bergelar encik suami bukan hanya di masjid semata-mata, tetapi juga di ruang paling tersembunyi iaitu rumahnya sendiri.

Ramai lelaki nampak soleh di khalayak tetapi gagal menjadi insan di rumah. Bahkan terdapat Encik Suami tatkala berada di luar rumah, Masyaallah pijak semut pun tak mati, malangnya sikap mereka di dalam rumah menjadi “banjingan brengsek” yang menindas dan mengkasari Puan Isteri.

Allah SWT terlebih dahulu telah menegaskan di dalah Surah An Nisa’ ayat 19 :

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang makruf. Jika kamu membenci mereka, maka boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Islam tidaklah memerintahkan suami supaya menjadi “malaikat” yang sempurna pada segala sudut, namun Islam melarang keras Encik Suami menjadi “keparat” yang menindas dan diktator dalam memimpin keluarga.

AKHLAK ENCIK SUAMI YANG HEBAT

PERTAMA : En Suami Jangan sekali-kali Benci Puan Isteri

Daripada Abi Hurairah Rha. Sabda Nabi SAW :

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً، إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

Riwayat Imam Muslim (1469) Ahmad (8363)

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Jika dia membenci satu akhlaknya, dia pasti redha dengan akhlak yang lain. (justeru itu, jangan membencinya)

KEDUA : En Suami kena bantu Puan Isteri

Daripada Al Aswad ibn Yazid Rhm seorang Tabi’in besar yang juga murid kepada Saidatina ‘Aisyah Rha, satu ketika telah bertanya kepada ‘Aisyah Ummul Mukminin Rha, “Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di rumah ?

Jawab Saidatina ‘Aisyah Ummul Mukminin Rha :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ

“Rasulullah ﷺ membantu kerja keluarganya.”

Riwayat Imam al-Bukhari (676), At Tirmizi (2489), Ahmad (24226)

Encik Suami yang merendahkan diri di rumah sebetulnya sedang MENINGGIKAN darjatnya di sisi Allah. Sementara Encik Suami yang meninggikan diri dan suaranya terhadap Puan Isteri sebetulnya sedang MERENDAHKAN darjatnya di sisi Allah SWT.

KETIGA : Jadi Suami yang bertanggungjawab

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi رحمه الله mencatatkan:

فَلاَ يَحِلُّ لِلزوجِ المُسلِمِ أَنْ يَضْرِبَ وَجْهَ زَوْجَتِهِ، لِمَا فِيهِ مِنْ إِهَانَةٍ لِكَرَامَةِ الإِنسَانِ، وَمِنْ خَطَرٍ عَلَى هَذَا العُضْوِ الَّذِي يَجْمَعُ مَحَاسِنَ الجِسْمِ… وَإذا جَازَ لِلمُسلِمِ عِنْدَ الضَّرُورَةِ أَنْ يُؤَدِّبَ زَوْجَتَهُ النَّاشِزَةَ المُمْرِدَةَ، فَلاَ يَجُوزُ لَهُ أَنْ يَضْرِبَهَا ضَرْبًا مُبَرِّحًا، أَوْ ضَرْبًا يُصِيبُ وَجْهَهَا أَوْ مَقَاتِلَهَا.

“Tidak halal bagi seorang suami Muslim untuk memukul muka isterinya, kerana tindakan itu menghina maruah insan, serta berbahaya kepada anggota yang mencerminkan kecantikan tubuh. Dan jika seorang suami dibenarkan dalam keadaan darurat untuk mendidik isterinya yang derhaka, maka tidak dibenarkan baginya untuk memukulnya secara memukul yang teruk, atau memukul yang mengenai muka atau tempat‑tempat sensitifnya.”

Rujuk : Fiqh al-Usrah wa Qadhaya Al Mara’ah.
Halaqah 28 (al Sharq.com) https://al-sharq.com

KEEMPAT : Antara Akhlak Utama Seorang Suami

1. Rahmah – bukan keras (syadid) dan dingin (pasif)
2. Sabar – bukan cepat melenting
3. Adil – bukan berat sebelah
4. Komunikasi lembut (romantis)
5. Menutup aib isteri – bukan menjaja cerita
6. Menjadi tempat aman – bukan sumber ketakutan

Seorang suami tidak diuji ketika isterinya taat, tetapi ketika isterinya lemah.Di situlah lahirnya akhlak atau runtuhnya kelelakian (qawaamah).

Sekian.

27/01/2026

HADIS PAGI INI (HPI) 331

AKHLAK AHLI ILMU
Jangan Berdusta

06 Sya’ban 1447 / 25 Jan 2026
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengasas MITRADigital
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25
https://t.me/MITRAdigital26
https://facebook.com/Mitradigital26

Daripada Abi Hurairah Rha :

وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka.”

Riwayat Imam Al Bukhari (6197) dan Muslim (2134)

KEFAHAMAN HADIS

Ulamak atau ahli ilmu adalah pewaris nabi, selayaknya mereka memikul amanah menyambung lidah dan risalah sunnah al mutohharah.

SAMPAIKAN ILMU YANG BENAR JANGAN DUSTA

Bahkan ahli ilmu bertanggungjawab menyampaikan ilmu serta beramanah terhadap ilmu tersebut agar tidak disampaikan secara salah dan dusta.

Masih ramai para asatizah yang kurang cermat dalam penyampaian ilmu sehingga tergelincir dengan memindahkan riwayat yang BATIL kepada masyarakat.

Ceramah tanpa fakta dan rujukan yang benar serta ucapan yang tidak mencerminkan keperibadian ahli ilmu seperti menggunakan bahasa yang kesat, perkataan yang berbaur lucah atau separa lucah (double meaning).

Ahli ilmu mesti menyedari kedudukannya sebagai pewaris Nabi SAW. Justeru itu, pastikan keperibadiannya menepati akhlak yang anjurkan oleh Nabi SAW.

Daripada Abi Darda’ Rha. Sabda Nabi SAW :

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.

Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi.
Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak p**a dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, dia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”

Riwayat Imam Abu Daud (3641), At Tirmizi (2682), Ibn Majah (223) dan Ahmad (21715) - Hadis Sohih.

TAKUT PADA ALLAH

Bahkan Al Quranil Karim mengumumkan antara akhlak ahli ilmu itu ialah TAKUT kepada Allah melebihi pihak lain.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

“Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah para ulama.”

Surah Fāṭir : 28.

MELAKSANAKAN APA YANG DIKATA

Akhlak TERPUJI bagi seorang ahli ilmu ialah memastikan dirinya melaksanakan apa yang disampaikan pada masyarakat. Kerana pasti ya Allah sangat murka orang yang cakap tak serupa bikin.

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”

Surah al-Ṣaff : 3.

Daripada Jundub Rha. Sabda Nabi SAW:

مَثَلُ الَّذِي يَعَلِّمُ النَّاسَ الْخَيْرَ وَيَنْسَى نَفْسَهُ، كَمَثَلِ السِّرَاجِ يُضِيءُ لِلنَّاسِ وَيَحْرِقُ نَفْسَهُ

“Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lampu yang menerangi orang lain tetapi membakar dirinya.”

Riwayat Imam At Tabraani : (2/165) - Hadis Sohih

🟢 Imam al-Ghazālī Rhm menegaskan bahawa ilmu tanpa akhlak adalah bencana.

قَالَ الْغَزَالِيُّ:
فَإِنَّ الْعِلْمَ إِنْ لَمْ يُزَكِّ النَّفْسَ كَانَ حُجَّةً عَلَى صَاحِبِهِ

“Sesungguhnya ilmu, jika tidak menyucikan jiwa, maka ia menjadi hujah yang memberatkan pemiliknya.”

Rujuk Ihya Ulumiddin, 1/55.

🟢 Syed Muhammad Naquib al-Attas menyebut:

“The loss of adab is the root of confusion in the Muslim world.”

“Hilangnya adab adalah punca utama kekeliruan dalam dunia Islam.”

Rujuk al-Attas, Islam and Secularism, hlm. 18.

Satu perkara yang perlu disedari oleh semua, antara faktor yang mengancam kejernihan dunia ilmu ialah wujudnya Fenomena “Ulama Retorik”.

• kuat berhujah tetapi lemah akhlak,
• lantang di mimbar tetapi kosong di jiwa,
• menguasaiwacana tetapi tiada takwa.

Ini selari dengan peringatan Rasulullah ﷺ:

أَخْوَفُ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي كُلُّ مُنَافِقٍ عَلِيمِ اللِّسَانِ

“Perkara yang paling aku takutkan ke atas umatku ialah setiap munafik yang petah lidahnya.”

Riwayat Imam Ahmad (143) - Hadis Sohih

MERENDAH DIRI

Ahli ilmu tidak selayaknya merasakan dirinya alim dalam semua perkara dan alim mengatasi semua orang. Resmi ahli ilmu ialah resmi padi. Makin berisi makin tunduk.

Sebagaimana kata Imam al-Syafie Rhm :

كُلَّمَا ازْدَدْتُ عِلْمًا، ازْدَدْتُ عِلْمًا بِجَهْلِي

“Setiap kali aku bertambah ilmu, aku semakin mengetahui kejahilanku.”

Rujuk : al-Bayhaqī, Manāqib al-Syafie : 2/171.

🟢 Ibn Mas‘ūd Rha berkata:

لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ، وَلَكِنَّ الْعِلْمَ بِالْخَشْيَةِ

“Ilmu bukan dengan banyaknya riwayat, tetapi ilmu ialah dengan rasa takut kepada Allah.”

Rujuk : al-Dārimī, 1/102.

22/01/2026

Hadis Pagi Ini (HPI) 330

AKHLAK AHLI IBADAH
Jangan Bankrap Di Akhirat

03 Sya’ban 1447 / 22 Jan 2025
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengasas MITRADigital
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25
https://t.me/MITRAdigital26
https://facebook.com/Mitradigital26

Daripada Abi Hurairah Rha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

«أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟ قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ.
فَقَالَ ﷺ: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ، وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هٰذَا، وَقَذَفَ هٰذَا، وَأَكَلَ مَالَ هٰذَا، وَسَفَكَ دَمَ هٰذَا، وَضَرَبَ هٰذَا؛ فَيُعْطَى هٰذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهٰذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ، أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ».

“Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis?”
Para sahabat menjawab: “Orang muflis dalam kalangan kami ialah yang tidak memiliki dirham dan harta.”

Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa solat, puasa dan zakat, namun dia juga datang dalam keadaan pernah mencaci orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini.

Maka diberikan kepada orang-orang itu pahala kebaikannya. Jika habis pahala-pahalanya sebelum selesai tuntutan ke atasnya, diambil p**a dosa-dosa mereka lalu dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.”

Riwayat Imam Muslim (2581)

KEFAHAMAN HADIS

Akhlak adalah neraca sebenar keberuntungan akhirat, bukan sekadar kuantiti ibadah. Bahkan amalan yang banyak tanpa akhlak melahirkan kezaliman peribadi berwajah agama.

Jangan kita bangga dengan banyaknya amal jika LIDAH melukakan, TANGAN menzalimi dan HATI merendahkan manusia. Berhentilah menghitung pahala, sebelum kita semak siapa yang pernah kita sakiti.

Agama ini tidak runtuh kerana kurangnya ibadah, tetapi tercemarnya agama kerana keperibadian ahli ibadah yang tidak berakhlak.

🟢 Imām Nawawī Rhm menegaskan :

هٰذَا الْحَدِيثُ صَرِيحٌ فِي أَنَّ حُقُوقَ الْعِبَادِ لَا تَسْقُطُ بِكَثْرَةِ الطَّاعَاتِ، وَأَنَّ الظُّلْمَ يُفْلِسُ صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Hadis ini jelas menunjukkan bahawa hak-hak manusia tidak gugur dengan banyaknya ibadah dan sesungguhnya kezaliman akan memufliskan pelakunya pada hari kiamat.”

Syarah Sohih Muslim. Jilid. 16

🟢 Imām Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī Rhm menyatakan :

فِيهِ تَحْذِيرٌ شَدِيدٌ مِنَ الظُّلْمِ، وَأَنَّ الْعِبَادَاتِ لَا تَنْفَعُ مَعَ إِفْسَادِ الْمُعَامَلَاتِ.

“Dalam hadis ini terdapat peringatan keras terhadap kezaliman dan sesungguhnya ibadah tidak memberi manfaat apabila hubungan sesama manusia rosak.”

Lihat Fathul Baari. Jilid 11

Jangan tertipu dengan prestasi amal ibadah jika kita berkeperibadian buruk. Kita RASA HEBAT kerana boleh solat berjamaah di masjid, tapi malang belum melepasi pagar masjid, masih berada di atas tangga masjid, tapi lidah kita telah bergosip dan menyulam fitnah.

Kita RASA HEBAT kerana boleh hadir usrah, tamrin, ijtimak tarbawi dan lainnya, tapi malang belum sampai ke rumah, saat singgah mengeteh di kedai kopi, kita BATALKAN pahala amal islami dengan tohmahan, caci cela sesama kita.

Ingat Firman Allah SWT :

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ۝ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi amal perbuatannya? Iaitu orang-orang yang sia-sia usahanya di dunia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya.”

Surah Al Kahfi : 103 - 104

Masih ramai yang bajet alim, bajet wara’ dan kuat berjuang kononnya, tapi TANPA SEDAR mereka terjebak dalam lumpur dosa yang menghapus segala pahala amalannya.

AKHLAK AHLI IBADAH: JANGAN SAMPAI PAHALA JADI BAYARAN DOSA

Jika engkau ahli SOLAT,
pastikan lisanmu tidak mencaci,
kerana setiap cacian ada tuntutan di akhirat.

Jika engkau ahli PUASA,
pastikan hatimu tidak hasad dan dengki,
kerana api dengki membakar pahala sebagaimana api membakar kayu.

Jika engkau ahli ZIKIR,
pastikan tanganmu tidak menzalimi,
kerana zikir tidak memadam dosa kezaliman terhadap manusia.

Jika engkau ahli ILMU,
pastikan ilmumu tidak melahirkan kesombongan,
kerana iblis binasa bukan kerana jahil, tetapi kerana takabbur.

Jika engkau ahli DAKWAH,
pastikan nasihatmu tidak menghina,
kerana hidayah tidak turun melalui lidah yang melukai.

Jika engkau rajin BERSEDEKAH,
pastikan hartamu tidak bercampur yang haram, kerana Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.

Jika engkau kuat BERJUANG,
pastikan engkau lembut kepada manusia, kerana orang muflis di akhirat ialah yang kaya amal, tetapi miskin akhlak.

Hayatilah pesan Nabi SAW daripada Abdillah ibn Amru Rhma:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“Seorang Muslim ialah orang yang kaum Muslimin lainnya selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya.”

Riwayat Imam Al Bukhari (10) dan Muslim (40)

Sekian.

15/01/2026

HADIS PAGI INI (HPI) 329

AKHLAK SAAT DIHINA DAN DISAKITI
Amati Tujuh (7) Aturan Allah.

26 Rajab 1447 / 15 Jan 2025
Oleh :
Nasrudin bin Hassan
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25

Daripada Abi Hurairah Rha. Sabda Nabi SAW:

مَا نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مَالٍ، ومَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ إلَّا عِزًّا، وَمَا تَواضَعَ أحَدٌ لِلَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Tidak berkurang harta oleh sebab bersedekah dan Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba dengan sifat pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.

Riwayat Imam Muslim (2588)

KEFAHAMAN HADIS

Apabila dihina, disakiti apatah lagi difitnah, ekspresi pertama adalah kemungkinan timbul rasa marah, benci, geram dan ingin balas dendam.

Namun Islam punya akhlak tersendiri dalam menangani wap emosi yang membahang. Tentu sahaja akhlak ini adalah lenturan BIJAK daripada Junjungan Besar Mustafa SAW agar kehidupan ummah ini dikendalikan oleh HIDAYAH bukan amarah.

Imam al-Nawawī Rhm menjelaskan :

فِيهِ بَيَانُ فَضْلِ الْعَفْوِ وَالتَّوَاضُعِ، وَأَنَّ مَنْ ظَنَّ أَنَّ الْعَفْوَ يُنْقِصُ قَدْرَهُ فَهُوَ جَاهِلٌ، بَلْ يَزِيدُهُ اللَّهُ بِهِ عِزًّا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Dalam hadis ini terdapat penjelasan kelebihan sifat memaafkan dan tawaduk. Sesiapa yang menyangka bahawa memaafkan akan mengurangkan maruahnya, maka dia adalah jahil. Bahkan Allah menambah KEMULIAANNYA di dunia dan akhirat.

Rujuk Syarah Sohih Muslim. Jilid. 16, Muka surat. 142

Orang beriman tidak menjadikan penghinaan dan penderitaan yang dialami akibat fitnah atau tohmahan pihak lain sebagai lesen membalas kejahatan tersebut tanpa kawalan emosi

Justeru kemuliaan umat ini bukan terletak pada kemenangan lisan atau kekuatan fizikal, tetapi terletak pada upaya MENGUASAI nafsu, perasaan atau emosi.

Daripada Abi Hurairah Rha. Nabi SAW menegaskan:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergelutan, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.

Riwayat Imam Al Bukhari (6114) dan Muslim (2609)

Imam Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī Rhm menjelaskan :

وَفِيهِ أَنَّ قُوَّةَ النَّفْسِ أَشَدُّ مِنْ قُوَّةِ الْبَدَنِ، وَأَنَّ مَلْكَ النَّفْسِ عِنْدَ الْغَضَبِ هُوَ كَمَالُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ.

Dalam hadis ini menunjukkan bahawa kekuatan jiwa lebih besar daripada kekuatan tubuh. Menguasai diri ketika marah itulah kesempurnaan akal dan agama.

Rujuk Fathul Baari. Kitabul Adab. Bab Al Hilmu ‘Indal Ghadhab. Jilid 10. Muka surat 520

Rumusan dari penjelasan Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi Rhm:

ضَبْطُ النَّفْسِ عِنْدَ الْإِهَانَةِ هُوَ أَرْقَىٰ صُوَرِ الْأَخْلَاقِ، وَهُوَ دَلِيلُ نُضْجِ الشَّخْصِيَّةِ الْإِيمَانِيَّةِ.

Mengawal diri ketika dihina adalah setinggi-tinggi akhlak dan ia merupakan tanda kematangan keperibadian iman.

Rujuk Al Akhlaq al Islamiyah. Jilid 2. Muka surat 215

AKHLAK SAAT DIHINA DAN DISAKITI
Menurut Perspektif Islam

* Tidak gopoh membalas
* Tahan marah dan Kawal lidah
* Memaafkan tanpa gadai prinsip
* Yakin kemuliaan datang dari Allah, bukan manusia

Orang yang beriman dan bertakwa, tidak diukur nilai dengan “SIAPA YANG PALING LANTANG”, “kenyataan siapa paling viral” tetapi dinilai “SIAPA YANG PALING TEGUH AKHLAK” ketika maruahnya diuji.

Allah SWT telah catat dipenyata wahyuNya. Rujuk ayat ke 133 dalam Surah Aali Imran.

Bermula dengan arahan supaya hambaNya segera bertindak bagi mendapatkan keampunanNya lantas berusaha bagi mendapatkan syurga yang bidang luasnya merangkumi langit dan bumi dan sememangnya syurga itu disediakan bagi orang-orang yang BERTAKWA.

Siapakah insan yang bertakwa itu ? sehingga hebat dan beruntungnya insan tersebut, Allah sediakan SYURGA untuknya.

Ayat 134 berikutnya, Allah tegaskan :

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Aali ‘Imran : 134

Orang yang dihina bukan orang yang jatuh, tetapi orang yang sedang diuji untuk naik lebih TINGGI. Justeru itu, bangkitlah. Bukan untuk membalas, tetapi untuk membuktikan bahawa AKHLAK lebih kuat daripada FITNAH.

Insan yang berada dalam kedukaan ekoran dihina nista dan ditohmah fitnah, maka ingatlah Tujuh )7 ATURAN ALLAH ini:

PERTAMA : Kemuliaan Bukan Ditentukan Manusia

﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا﴾

Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, maka milik Allah-lah seluruh kemuliaan itu.

Surah Fāṭir : Ayat 10

Jika manusia merendahkanmu, itu tidak mengurangkan nilaimu. Kemuliaanmu bukan di tangan dan lidah manusia, tetapi di sisi Allah SWT.

KEDUA : Allah Bersama Orang Yang Bertakwa dan Baik, Bukan orang Yang Angkuh dan Menyakiti

﴿إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ﴾

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah al-Naḥl : Ayat 128

Engkau mungkin sendirian di hadapan manusia,
tetapi bersama Allah SWT sudah cukup untuk bangkit semula.

KETIGA : Jangan Runtuh dan Jatuh Kerana Hinaan Mereka

﴿وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ﴾

Janganlah kamu rasa hina dan jangan bersedih, kerana kamu pasti tinggi (kedudukannya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Āli ‘Imrān : Ayat 139

Air mata yang mengalir bukan tanda kalah. Orang beriman boleh terluka, tetapi tidak hina.

KEEMPAT: Fitnah Tidak Memusnahkan Orang Yang Bersabar

﴿إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

Sesungguhnya orang-orang yang sabar , ganjaran mereka tanpa batas.

Surah al-Zumar : Ayat 10

Fitnah mungkin menghancurkan reputasi, tetapi SABAR membina kedudukan TINGGI di sisi Allah.

KELIMA : Bangkit Dengan Akhlak, Bukan Dendam

﴿ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ﴾

Tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang ada permusuhan denganmu menjadi teman yang setia.

Surah Fuṣṣilat : Ayat 34

Akhlak yang tenang dan mulia lebih MENJINAKKAN musuh daripada seribu kata nista.

KEENAM: Allah Mendengar Setiap Tangisan Yang Tidak Didengari Manusia

﴿أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ﴾

Bukankah Allah itu cukup bagi hamba-Nya?

Surah al-Zumar : ayat 36

Jika seluruh dunia menutup pintu, satu pintu Allah terbuka, itu sudah cukup.

KETUJUH : Bersabar lah

﴿فَاصْبِرْ ۖ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ﴾

Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar.

Surah al-Rūm : Ayat 60

Kesabaran hari ini adalah KEMENANGAN yang sedang menunggu waktu.

Sekian.

Photos from Hadis Pagi Ini - HPI's post 13/01/2026

Hadis Pagi Ini (HPI) 328

AKHLAK MENCEGAH KEMUNGKARAN
Perangi Dosa Bukan Pendosa

24 Rajab 1447 / 13 Jan 2025
Oleh :
Nasrudin bin Hassan
Mudir HPI
https://t.me/penatantawi
https://facebook.com/hpi25

Daripada Abu Umamah Al Baahili Rha.

إِنَّ فَتًى شَابًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ائْذَنْ لِي بِالزِّنَا.
فَأَقْبَلَ الْقَوْمُ عَلَيْهِ فَزَجَرُوهُ، وَقَالُوا: مَهْ مَهْ!
فَقَالَ: ادْنُهْ. فَدَنَا مِنْهُ قَرِيبًا.
قَالَ: فَجَلَسَ.
قَالَ: أَتُحِبُّهُ لِأُمِّكَ؟
قَالَ: لَا وَاللَّهِ، جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ.
قَالَ: وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأُمَّهَاتِهِمْ.
قَالَ: أَفَتُحِبُّهُ لِابْنَتِكَ؟
قَالَ: لَا وَاللَّهِ، يَا رَسُولَ اللَّهِ، جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ.
قَالَ: وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِبَنَاتِهِمْ.
قَالَ: أَفَتُحِبُّهُ لِأُخْتِكَ؟
قَالَ: لَا وَاللَّهِ، جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ.
قَالَ: وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأَخَوَاتِهِمْ.
قَالَ: أَفَتُحِبُّهُ لِعَمَّتِكَ؟
قَالَ: لَا وَاللَّهِ، جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ.
قَالَ: وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِعَمَّاتِهِمْ.
قَالَ: أَفَتُحِبُّهُ لِخَالَتِكَ؟
قَالَ: لَا وَاللَّهِ، جَعَلَنِيَ اللَّهُ فِدَاكَ.
قَالَ: وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِخَالَاتِهِمْ.
قَالَ: فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهِ،
وَقَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
قَالَ: فَلَمْ يَكُنْ بَعْدَ ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلَى شَيْءٍ

Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata:

“Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk berzina.”

Maka orang ramai segera mengherdiknya dan berkata: “Berhenti! Berhenti!”

Namun Nabi ﷺ bersabda: “Dekatlah.”

Pemuda itu pun mendekat dan duduk. Lalu Baginda bertanya:

“Adakah engkau s**a perkara itu dilakukan terhadap ibumu?”

Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu.”

Baginda bersabda: “Begitu juga manusia tidak menyukainya untuk ibu-ibu mereka.”

Baginda bertanya lagi:
“Adakah engkau s**a jika ia dilakukan terhadap anak perempuanmu?”
Dia menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda:
“Begitu juga manusia tidak menyukainya untuk anak-anak perempuan mereka.”

Baginda mengulangi pertanyaan itu tentang saudara perempuan, ibu saudara sebelah bapa dan ibu dan setiap kali pemuda itu menjawab: “Tidak.”

Kemudian Nabi ﷺ meletakkan tangan Baginda ke atas pemuda itu dan berdoa:

“Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, dan peliharalah kehormatannya.”

Maka selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi memalingkan pandangannya kepada perkara maksiat.

Riwayat Imam Ahmad (22211), At Tabraani (7679)
Sanad Hadis ini Sohih.

KEFAHAMAN HADIS

Rasulullah SAW untuk mematikan orang yang melakukan dosa, sebaliknya Rasulullah SAW bertindak MEMATIKAN DOSA yang mahu dilakukan oleh manusia.

Kemungkaran tidaklah semua perlu DIHENTAM dan DIBELASAH. Sebahagiannya perlu dipeluk, difahami dan didoakan agar mereka INSAF dan kembali pada kebenaran.

Pendosa bukan MUSUH, sebaliknya mereka adalah pasien yang perlu DIRAWAT.

Sentuhan Akhlak Lebih Kuat Dari Hukuman

Nabi ﷺ:

• Tidak bertindak secara kasar
• Tidak menghukum
• Tetapi mendoakan dan menyentuh hati

Hasilnya

فَلَمْ يَكُنْ بَعْدَ ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلَى شَيْءٍ

“Maka selepas itu, pemuda tersebut tidak lagi memalingkan pandangannya kepada perkara maksiat.”

Kemungkaran itu mati dari dalam, bukan dipaksa dari luar.

DOA & KASIH SAYANG MENGUBAH JIWA

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, dan peliharalah kehormatannya.”

Doa Nabi ﷺ menyentuh tiga pusat maksiat:

Dosa – Mohon keampunan
Hati – Mohon penyucian hatinya
Syahwat – Mohon dipelihara kehormatannya

Inilah pendidikan akhlak yang diterapkan oleh aginda Nabi SAW dalam isaha membasmi kemungkaran, tidak sekadar memuktamadkan pelaksanaan hukum.

Banyak keadaan dapat disaksikan bagaimana AKHLAK yang hidup dan luhur itu lebih berkesan mencegah kemungkaran berbanding suara yang tinggi dan kata yang keras.

NABI ﷺ TIDAK MENGHALAU PENDOSA

Pemuda itu datang dengan keinginan untuk melakukan maksiat, bukan datang untuk bertaubat. Namun Nabi ﷺ tidak mengaibkannya, jauh sekali MENGUSIR dan menghalaunya, bahkan tidak memarahinya.

Ini membuktikan PINTU DAKWAH tidak ditutup hanya kerana seseorang datang dalam keadaan kotor dan hina.

Tindakan Nabi ﷺ juga membuktikan bahawa Mencegah Kemungkaran Dengan Akhlak adalah sangat berkesan.

Kaedah Nabi ﷺ:

• Tenang, tidak emosional
• Dialog rasional & sentuhan emosi
• Ajak berfikir dari sudut maruah

Ini selari dengan kaedah dari penyata wahyu:

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik, maka dengan itu orang yang ada permusuhan antara engkau dengannya akan menjadi seolah-olah seorang sahabat yang sangat setia

Surah Fussilat : Ayat 34

Sangat jelas dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa Akhlak yang baik mampu memadam api kemungkaran. Nada keras dan tindakan yang kasar mungkin MENANG HUJJAH, tetapi KALAH HATI.

Boleh dirumuskan dari Kitab Tarbiyatuna Ar Ruuhiyah, ketika Syeikh Said Hawwa Rhm membahaskan mengenai تهذيب الغرائز , satu kaedah umum :

إِنَّ الغَرِيزَةَ إِذَا قُمِعَتْ تَمَرَّدَتْ،
وَإِذَا هُذِّبَتْ خَضَعَتْ.

“Sesungguhnya naluri itu, apabila ditindas, ia akan memberontak dan apabila dididik dan diperhalus, ia akan tunduk.”

HPI : Kemungkaran tidak gugur kerana dipukul, tetapi kerana hati pelakunya telah dihidupkan.

Sekian.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana
Kuantan
26100