Food Technology - FSMA UMT

Food Technology - FSMA UMT

Share

Official page for Bachelor of Food Science (Food Technology) with Honours, FSMA, UMT

TikTok Β· Faten Aqeela 20/05/2026

Science on your Plate πŸ½οΈπŸ‘©β€πŸ”¬

Mitos Makanan #1: β€œMakanan dalam tin mengandungi bahan pengawet yang tinggi.”

Betulkah begitu? πŸ€”
Jom dengarkan perkongsian daripada alumni Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengenai teknologi di sebalik jangka hayat makanan dalam tin.πŸ₯«

Berminat menerokai ilmu sains di sebalik produk makanan?
Sertai kami dalam program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan), UMT πŸ‘©β€πŸ”¬πŸ©πŸ§πŸ«πŸ₯«

TikTok Β· Faten Aqeela Check out Faten Aqeela’s video.

06/05/2026
Photos from Food Tech UPM's post 04/03/2026

πŸŽ‰ Congratulations to all Food Science students of FSMA and dedicated supervisors for your outstanding achievements at FOSTUC 2026! πŸ‘βœ¨

A heartfelt thank you to Universiti Malaysia Sabah (UMS) for hosting the event this year and to all jury and committee members from Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi MARA (UiTM) and Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) for your commitment and support in making this event a success.

UMT winners for FOSTUC 2026:

πŸ† FIRST PLACE
Muhammad Absahr Ali bin Kazali (TM)
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nurmahani Mohd Maidin

πŸ₯ˆ SECOND PLACE
Lee Yu Qian (PMP)
Supervisor: Dr. Nur Amira binti Rosli

πŸ₯‰ THIRD PLACE
Liew Shu Yen (TM)
Supervisor: Assoc. Prof. Ts. Dr. Norizah Mhd. Sarbon

πŸ… First Place – Social Science Category
Joanne Low Weng Hei (PMP)
Supervisor: Dr Abdul Rais Abdul Rahman

Your hard work, innovation, and perseverance truly make us proud.

See you again at FOSTUC 2027! πŸš€πŸŽ‰

Food Technology - FSMA UMT
Food Service and Nutrition - FSMA UMT
Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi - FSMA UMT





Photo credit: Food Tech UPM

((LIVE))@25/02/2026: PODCAST@UMT–JOM MASUK UMT BERSAMA FAKULTI SAINS MAKANAN & AGROTEKNOLOGI (FSMA) 24/02/2026

Nak jadi inovator makanan, pegawai keselamatan makanan, atau peneraju teknologi agro?

Dari makmal ke industri, Universiti Malaysia Terengganu melalui Fakulti Sains Makanan & Agroteknologi (FSMA) adalah tempatnya!

Sertai kami menerokai bidang:

Sains Makanan | Keselamatan & Kualiti Makanan | Inovasi Produk Makanan & Agro | Pemprosesan Makanan | Agroteknologi | Industri Makanan

πŸŽ™οΈ Saksikan Podcast 2026 bersama FSMA

πŸ‘©β€πŸ« Panel 1: Prof. Madya Ts. Dr. Fauziah binti Tufail Ahmad
πŸ‘©β€πŸ« Panel 2: Dr. Nabilah binti Abdul Hadi
🎀 Moderator: ChM. Dr. Azlin Shafrina binti Hasim

πŸ“… 25 Februari 2026
πŸ“Ί Tonton secara langsung di Youtube Official UMT

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali lebih dekat bidang Sains Makanan & Agroteknologi!

((LIVE))@25/02/2026: PODCAST@UMT–JOM MASUK UMT BERSAMA FAKULTI SAINS MAKANAN & AGROTEKNOLOGI (FSMA) ((LIVE))@25/02/2026: PODCAST@UMT–JOM MASUK UMT BERSAMA FAKULTI SAINS MAKANAN & AGROTEKNOLOGI (FSMA)Panel 1: Prof. Madya Ts. Dr. Fauziah binti Tufail Ahmad ...

24/02/2026

πŸ“’ Join Us at the 4th Food Science & Technology Undergraduate Colloquium (FOSTUC) 2026! πŸŽ“πŸ”¬

🌍 Theme : Advancing Food Security through Translational Science

πŸ“… Date : 25 & 26 February 2025 (Wednesday & Thursday)
⏰ Time : 8:00 AM – 5:00 PM
πŸ“ Venue : Webex

πŸ”— Webex Link: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=maa158b77c508ce6d48227ed966c13c85

πŸ†” Meeting ID: 2641 754 1336
πŸ”‘ Passcode: JdT58h2Myfd

✨ We’re delighted to have you join us! If you would like to check out the event details, here are the links:

πŸ“– View the Program book: https://online.fliphtml5.com/belxd/PROGRAMME-BOOK-FOSTUC-2026/ =1

πŸ“Œ FOSTUC 2025 Background : https://drive.google.com/file/d/11OUd3Ud_RxyUPLVdQjuFestRZ7E7ep5W/view?usp=sharing

We look forward to your participation! πŸŽ‰πŸ˜Š

24/02/2026

πŸŒ™ PROGRAM BUAL BICARA SEMPENA LESTARI RAMADANπŸŒ™
✨*Ramadan:Rehat & Rawat*✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga UMT,

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Sempena menyambut bulan ramadan yang penuh keberkatan, warga UMT dijemput untuk menyertai program bual bicara yang membincangkan kepentingan penjagaan pengambilan pemakanan serta kesihatan fizikal dan mental sepanjang berpuasa. πŸ•Œβœ¨

πŸŽ™οΈ Panel Jemputan Khas:
- Prof.Madya Ts. Dr. Mohamad Khairi bin Mohd Zainol
Pensyarah, Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA), UMT.
- Dr. Al Mizan bin Mustafa @ Ab Rahim
Pensyarah Perubatan, HOSZA, UniSZA.

🎀Moderator:
En. Wan Nor Ahmad Syaifuddin b Wan Norazmi
Pegawai Psikologi, UMT.

πŸ“Œ Butiran Program:
πŸ“… Tarikh: 2 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terenganu.

πŸ’Ό Jam latihan disediakan untuk staf UMT
πŸŽ“ Merit MySTAR disediakan

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan panduan praktikal dalam memastikan Ramadan kita lebih sihat, seimbang dan bermakna.

Ayuh bersama-sama kita memeriahkan program ini dan berlumba-lumba melakukan kebaikan! πŸŒ™πŸ’›

22/02/2026

🌟Latihan industri pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) di Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS)🌟

Photos from Food Technology - FSMA UMT's post 22/02/2026

πŸŽ“βœ¨ Selamat Menjalani Latihan Industri kepada Pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan), FSMA, UMT.

πŸ“Έ Berikut bingkisan aktiviti pelajar tahun akhir yang sedang menjalani latihan industri di Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS)

πŸ“Š Latihan industri di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) melalui aktiviti kerjasama pintar anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah disertai oleh seramai 11 orang pelajar tahun akhir SMSM (Teknologi Makanan).

🌟 Semoga para pelajar memperoleh pengalaman berharga sepanjang latihan industri dan dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang di UMT🌟

22/02/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Ramadan Kareem πŸŒ™

πŸ“… 1 Ramadan 1447H / 18 Februari 2026

Daripada warga Program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan), FSMA, UMT

Surah Al-Baqarah: 183

β€œWahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

🧼 Praktikkan kebersihan makanan ketika membeli di bazar Ramadan.

✨ Semoga Ramadan membawa keberkatan buat semua.

Kredit tips pemilihan makanan selamat:
fb Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

16/02/2026

πŸ“’ First Announcement!!!!!

We are pleased to announce the:

2nd International Conference on Food Science and Agrotechnology (IFoSAC) 2026

πŸ“ Venue : Kuala Terengganu, Malaysia
πŸ“… Date : 9–10 September 2026

IFoSAC 2026 will bring together researchers, academics, industry experts, and students in the fields of Food Science, Agrotechnology, and Animal Science to share the latest research findings, innovations, and technological advancements.

Further information on conference themes, abstract submission, registration, and important dates will be announced soon.

We look forward to welcoming you to Kuala Terengganu in September 2026.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Faculty Of Food Science And Agrotechnology, Universiti Malaysia
Kuala