MY Times
News Update Today
16/03/2025
Loke pemenang terbesar pemilihan DAP, kata penganalisis
Setiausaha Agung DAP Loke Siew F**k muncul sebagai pemenang terbesar dalam pemilihan parti hari ini, apabila desakan beliau supaya kepimpinan dikemudi generasi ketiga membuahkan hasil, menurut penganalisis.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata Loke berjaya menampilkan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang lebih muda dan majmuk, manakala Lim Guan Eng tersadung apabila ramai sekutunya gagal mendapat jawatan tertinggi.
11/03/2025
SPRM kini tak ada alasan tak terus siasat rasuah Sabah - Zaid
SPRM tidak lagi mempunyai alasan untuk mengelak daripada meneruskan siasatan berhubung skandal rasuah Sabah kerana ia dijangka menerima video penuh yang tidak diedit berhubung kes itu hari ini, kata Zaid Ibrahim.
03/03/2025
Ismail Sabri kini suspek bukan lagi saksi, disoal lagi Rabu ini - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
23/02/2025
Akmal: Pemuda Umno bukan penjilat macam Nazri
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh membalas kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Aziz dengan menegaskan sayap parti itu bukanlah golongan pengampu.
"Kami Pemuda (Umno) bukan penjilat mencari makan. Kami ada tanggungjawab untuk menjaga agama bangsa daripada sibuk menjilat untuk kepentingan diri.
"Jika kamu nak menjilat, silakan. Jangan samakan kamu dengan kami.
"Mana tahu lepas ini boleh dapat jadi duta ke Myanmar p**a," perli Akmal pada hantaran di media sosial.
23/02/2025
Wan Fayhsal tewas bukan sebab boikot, kata ketua Bersatu Kelantan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tewas dalam pemilihan jawatan ketua Bersatu Machang semalam bukan sebab diboikot pemimpin parti, kata Ketua Bersatu Kelantan, Kamarudin Md Nor.
Sebaliknya, beliau berkata, bahagian itu mahukan pemimpin setempat.
21/02/2025
Warisan sindir Hajiji 'berani' tegaskan usaha antirasuah di Sabah
20/02/2025
Kehadiran saya lebih baik dari Hadi, tak payah bahas - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kehadirannya di Dewan Rakyat jauh lebih baik berbanding Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
19/02/2025
‘Kalau pergi semua, baik saya balik jadi presiden kamu’, Mat Sabu beritahu wakil PAS
Penggulungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini menarik perhatian susulan kenyataannya ‘baik saya balik jadi presiden kamu’.
Kenyataan berseloroh itu dibuat ketika beliau membangkitkan keperluan kerjasama termasuk di kawasan pembangkang bagi memastikan keterjaminan makanan.
19/02/2025
Wakil pembangkang tegur ketiadaan menteri ketika Hadi berbahas
Ahli Parlimen pembangkang membidas ketiadaan hampir semua menteri ketika Presiden PAS Abdul Hadi Awang (PN- Marang) berucap pada sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, meskipun telah menjadi kerajaan namun, mereka masih berperangai pembangkang.
17/02/2025
Wan Fayhsal bikin Dewan Rakyat kecoh‼️
Dewan Rakyat kecoh apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) membuat beberapa tuduhan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan perkara penting melibatkan negara.
Bagaimanapun, tindakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu dibantah Ahli Parlimen kerajaan kerana berpandangan Wan Fayhsal tidak mempunyai ‘standard’ dan membuat dakwaan jahat di Dewan Rakyat.
16/02/2025
‘Bubar nanti, sudah sedia’, siap siaga PRU mengejut bukan gimik, kata Azmin
Bersatu nafi cuba membuat gimik politik dengan mengarahkan jentera digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut.
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata, arahan itu lebih kepada mahu memastikan jentera Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, walaupun tiada siapa tahu tarikh sebenarnya.
15/02/2025
‘Biar parti putuskan’, Anwar ulas cadangan 2 jawatan tertinggi PKR tak dicabar
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyerahkan kepada parti itu untuk memutuskan sama ada dua jawatan tertinggi perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan akan datang.
Anwar berkata, beliau menghormati aspek demokrasi dalam parti dan tidak akan mencampuri urusan itu.
Click here to claim your Sponsored Listing.