Masjid Al Abrar Batu Rakit
Untuk aktiviti solat jemaah dan majlis ilmu oleh peduduk setempat.
30/04/2024
Jutaan Terima Kasih buat Penyumbang bulan April ๐
Ketahui golongan yang mendapat doa Malaikat.
Orang yang bersedekah akan menerima doa daripada para malaikat. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:
โTiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).โ
Puasa Enam
Puasa enam pada bulan Syawal adalah sebuah amalan sunnah dalam Islam yang digalakkan setelah selesai puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Amalan ini tidak hanya memberikan peluang untuk meningkatkan pahala, tetapi juga membawa berkat dan kebaikan kepada sesiapa yang melakukannya.
Salah satu keistimewaan berpuasa enam pada bulan Syawal adalah mendapat pahala yang besar. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa pada bulan Syawal, akan diberi ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu, puasa enam hari ini adalah peluang terbaik untuk menambah pahala amalan kita selepas berakhirnya Ramadan.
Oleh itu, mari kita manfaatkan peluang ini untuk melaksanakan puasa enam pada bulan Syawal. Tidak hanya membawa berkat dan kebaikan dalam hidup kita, amalan ini juga membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan melakukan ini, kita dapat mengisi hari-hari kita dengan amalan yang bermanfaat dan meningkatkan kualiti kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah! Terima kasih kepada Tuan/Puan yang telah memberikan sumbangan.
Masjid yang terbakar lebih kurang 2 tahun lalu telah dibina dengan sokongan ramai.
Jom bersedekah untuk kelengkapan yang selesa untuk jemaah masjid menunaikan solat yang lebih khusyuk.
Klik: https://suraualabrar.com/form/masjid-terbakar
17/04/2024
INFO PENTING
PERISTIWA BULAN SYAWAL
Di antara sejarah yang berlaku pada bulan Syawal ini terbahagi kepada tiga bahagian, (1) peperangan; (2) pernikahan; dan (3) sejarah lahirnya ulama
Alhamdulillah, Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna Dengan Sokongan Saudara-saudari.
Jazakumullah Khair.
Kami doakan semoga para penyumbang dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Masjid inilah pusat utama bagi aktiviti agama penduduk kampung di sekitar.
Adab Menyambut Hari Raya
Pertama: Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada (selain dalam tandas).
Kedua: Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: โSesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hatiโ (H.R Ibnu Majah)
Ketiga: Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
Keempat: Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara Imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.
Kelima: Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : โSesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.โ [HR Bukhari].
Keenam: Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.
10/04/2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana birunya,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN.
Semoga setiap kemaafan yang kita hulurkan, Allah membuka lembaran yang lebih baik pada masa hadapan.
Jaga diri, InshaAllah hari raya kali ini tetap akan meriah walaupun di mana kita berada. โค๏ธ
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya pada setiap tahun daripada bulan Ramadan. Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:
Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfuโ: โSesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi.
Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. Lihat Umdah al-Qari 11/134.
Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: โSesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.โ
Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Masโud berkata: โSesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.โ Lihat Umdah al-Qari 11/134.
05/04/2024
"๐จ๐๐
๐๐ ๐ฐ๐๐ ๐บ๐๐
๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐
๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐๐๐๐"
"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan."
(HR At-Tirmidzi)
Di bulan RAMADAN yang mulia ini, jom sama-sama memanfaatkan Ramadan kali ini sebaiknya. Kita tidak tahu adakah ini bulan ramadan terakhir untuk kita.
Jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah di bulan yang penuh keampunan.
"Semoga setiap hajat & doa para penyumbang dimakbulkan Allah asbab membantu membina surau dan membantu kebajikan pakcik makcik warga pondok Ramadan kali ini"
04/04/2024
Rebut Ganjaran Berkongsi Rezeki; Moga Menjadi Asbab Bertemu Lailatul Qadar
โRasulullah shallallahu โalaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan.
Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril.
Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qurโan.
Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.โ
(HR. Bukhari, no.6)
02/04/2024
Malam Lailatul Qadar yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam merupakan satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah S.W.T
Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan.
ุงููููููู
ูู ุฅูููููู ุนูููููู ุชูุญูุจูู ุงููุนููููู ููุงุนููู ุนููููู
Latin: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwan fa'fu 'anni
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan Engkau s**a memberi maaf, maka maafkan aku."
Semoga kita semua direzekikan berjumpa malam rahmat itu ya?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 10122 Kg. Tanjung Batu Rakit
Kuala Terengganu
21030