AFJ FC

AFJ FC

Share

AFJ JUNIOR FC since 2023

04/01/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Pengurusan, barisan jurulatih serta seluruh keluarga AFJ FC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🔹 Khairi & Zaidan
atas penerimaan tawaran dan meneruskan pembelajaran di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD)

🔹 Evan, Rafie & Aariz
atas penerimaan tawaran meneruskan pelajaran di Sekolah Sukan Negeri Sabah (Bola Sepak)

Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi serta sokongan berterusan ibu bapa dan jurulatih.

Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal untuk melahirkan pemain berkaliber, berilmu dan berakhlak mulia.

Semoga terus maju jaya dalam pelajaran dan juga arena bola sepak. ⚽️📚

AFJ FC sentiasa berbangga dengan kalian! 💪🏽🏆

Photos from AFJ FC's post 04/01/2026

Pembuka dan Penutup Tirai 2026

Tahun 2026 dibuka dan ditutup dengan penuh kebanggaan apabila AFJ FC U12 berjaya menjuarai U12 SUPERSAGA GRASSROOT CUP 2026 🏆⚽️, mengekalkan kejuaraan yang mana AFJ FC Juga menjuarainya pada Tahun 2025.

Satu pencapaian yang lahir daripada kerja keras, disiplin dan semangat juang luar biasa anak-anak AFJ FC U12 sepanjang musim ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pemain AFJ FC U12 serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu, kepercayaan dan komitmen tanpa jemu bersama pasukan.

Bagi pihak pengurusan dan barisan jurulatih, Coach Salimin Musneh dan Coach Rayner, kami merakamkan jutaan terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen semua pemain.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan juga arena bola sepak, serta membentuk insan yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

AFJ FC 💪⚽️🏆

20/12/2025

Penutup Tirai Tahun 2025
Tahun 2025 ditutup dengan satu perjalanan yang penuh kenangan, keringat dan pengorbanan. Pasukan kita berjaya melangkah hingga ke pentas akhir dan muncul sebagai Naib Johan kategori CUP dalam Kejohanan TBBKK Grassroot & Youth Championship U12 2025 satu pencapaian yang sangat membanggakan buat seluruh keluarga pasukan.

Setiap perlawanan bukan sekadar tentang menang atau kalah, tetapi tentang usaha tanpa henti, keberanian anak-anak ini untuk bermimpi, dan semangat juang yang tidak pernah luntur. Kamu semua telah membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk bermain dengan hati dan maruah.

Pihak pengurusan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang berjuang sepenuh jiwa, serta kepada ibu bapa yang sentiasa setia di belakang tabir memberi sokongan, doa dan kepercayaan tanpa syarat.

Kami bangga dengan kamu semua. ❤️⚽🔥

Photos from AFJ FC's post 14/11/2025

Tahniah dan syabas
kepada empat pemain AFJ FC U12 Rafie, Khairi, Evan dan Zaidan yang terpilih mewakili Negeri Sabah ke Karnival Kebangsaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara 2025 yang bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

Pemilihan ini adalah satu pengiktirafan besar kepada bakat, disiplin dan kerja keras anda semua. Kami di AFJ FC amat berbangga melihat anak-anak muda ini terus melangkah ke pentas lebih tinggi, membawa nama pasukan, sekolah, komuniti dan negeri Sabah.

Semoga pengalaman berharga di AMD nanti menjadi pemangkin untuk terus berkembang dan mencapai impian sebagai pemain masa depan negara. Teruskan semangat, teruskan usaha, AFJ FC Fight On

Photos from AFJ FC's post 03/11/2025

01/11/2025 - KENINGAU
SKUAD U12 AFJ FC JUARA Kategori Liga Perdana di Kejohanan BONOR CELTIC GRASSROOT CUP U12 2025 yang berlangsung di SMK II Keningau.

Kejayaan ini melambangkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain serta barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Coach Salimin Musneh dan Pen. Jurulatih Rayner HD.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pegawai dan Ibu-Bapa yang hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Photos from SSK Centre's post 03/11/2025
02/11/2025

SKUAD SENIOR AFJ FC JUARA SSK Centre CUP 2025

Skuad Senior AFJ FC mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul juara SSK Centre Cup 2025. Kejayaan ini melambangkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain serta barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Matlan Marjan.

Lebih membanggakan, pemain AFJ FC Kalis Meman turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, sekaligus mengiktiraf kualiti dan keunggulan bakat yang dimiliki pasukan ini.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pegawai dan penyokong serta pemain U12 AFJ FC turut hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Photos from AFJ FC's post 02/11/2025

Terima Kasih hadir dan bersama kami

Photos from AFJ FC's post 02/11/2025

Rangkuman Aksi Perlawanan Grand Final SSK Centre Cup 2025 AFJ FC
part 2 📸

Photos from AFJ FC's post 02/11/2025

Rangkuman Aksi Perlawanan Grand Final SSK Centre Cup 2025 AFJ FC
part 1 📸

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Kota Kinabalu
88200