Don

Don

Share

Don adalah seorang komposer dan penulis lirik. Berasal dari Tenom, Sabah. Berharap agar penulisan kr

Rey Kimara-Fantasi Cinta (Minus One Version) 17/07/2022

It's out now!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
Fantasi cinta by Rey Kimara versi minus one.

Sing along melalui Youtube Platform. Link di bawah
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Rey Kimara-Fantasi Cinta (Minus One Version) Song & lyric by: Don Music arrangement : Jun @ Juntingzon Production Official Link Spotify: https://open.spotify.com/track/5uoDMl... Apple music: https://mu...

Photos from Don's post 27/05/2022

Duduk-duduk santai, makan apa yang patut dimakan sambil mengadili para peserta bertanding. Bukan ja suara, makanan pun power-power! πŸ˜‹

Tahniah kepada pemenang dan yg tidak menang cuba lagi di masa hadapan. Adat pertandingan ada yang menang dan kalah tapi jujur dari saya, semuanya berbakat!πŸ˜‰

Terima kasih kepada pihak AJK pertandingan nyanyian terutama bro Jaeryes Jaes atas jemputan menjadi sebahagian daripada pihak juri, juga makanan yang disediakan setiap booth. Memang Sedaaapp! πŸ‘πŸ‘πŸ₯°πŸ₯°

Sempat juga berkenalan dan sembang2 dengan artis sabahan yang juga juri jemputan, Jovita Nahaba. Nice to meet you Ms. Jovita. Panjang umur dan murah rezeki, ada pertemuan lain di luar selepas ni😊

24/05/2022

Berkongsi idea tu sudah pasti tapi part paling best was surrounded with positive vibes dari orang2 mcm diorg ni. Btw, dua sumandak belakang tu masih single lagi ah tapi available tu nda tau lagi la. Kena tanya tuan punya badan sendiri😜😜😜

Sebahagian daripada sesi brainstorming untuk event akan datang. Plan tu sudah ada cuma perlu diperhalusi lagi

Dari kami Don Music Entertainment mengucapkan Tahniah sekali lagi pada Jun2 yang telah berjaya menghasilkan beberapa buah lagu terpilih utk rockband legend, SEARCH (Amy) yang akan dirilis tidak lama lagi. Baru la MANTAP kn Jun2🀟🀟🎸🎸

πŸ“· Credit to adek manes waitress Kopi Ping, Damai KK (nda tertanya nama ba tadi) πŸ˜†πŸ˜†

Photos from Don's post 22/05/2022

Kerja akan lebih mudah jika dapat bekerjasama dengan team member yang supportive dan satu kepala. Sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada 'keluarga' kecil dalam Don Music Entertainment dengan adanya kehadiran mereka ini.

Masih banyak kekurangan tapi saya percaya ia akan dapat diperbaiki seiring waktu berjalan dalam gerakan satu pas**an.

untuk upcoming single launching event.
_____________________________________________

Tenang di posisi. Tetap happy. Cheers! πŸ₯‚πŸ˜‰

Resah - Dallen Fabian (Official minus one video) 29/01/2022

Minus one version available on YouTube

LinkπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Resah - Dallen Fabian (Official minus one video) Song & lyric: DonMusic arrangement : JunVideo by: Juntingzon studioSpecial thanks toFenney Kenisi, Fransisca Lito Kung, Mayrelyn Jane Julian, Charlena Richar...

20/10/2021

TOPENG TERAKHIR

Lagu ini mungkin yang terakhir saya hasilkan untuk tahun ini. Idea dan gaya penulisan berbeza dengan lagu-lagu yang telah saya hasilkan sebelumnya. Tema lagu adalah tentang kesihatan mental dengan penulisan lirik menggunakan gaya bahasa sedikit klasik (melayu Baku org bilang)😁😁

Apa yang menariknya, lagu ini saya selitkan konsep dan adaptasi daripada mitos atau pun kepercayaan budaya JEPUN tentang 'TOPENG' dan aktiviti 'JUAL-BELI MIMPI' dalam budaya KOREA. Kedua- dua kepercayaan ini saya gabungkan bersama untuk disesuaikan dengan tema yang sudah saya disebutkan tadi.

Apa jalan ceritanya?

Saya lebih s**a menerangkan maksud lagu ini berdasarkan situasi seperti di bawah.
_____________________________________________
Situasi 1
Kehidupan di dunia ni sangat mencabar dan adakala menyakitkan. Sepertinya hanya aku yang salah walaupun hakikatnya aku betul. Presepsi orang sekeliling p**a selalu menolak aku ke pinggir kehidupan normal menjadikan aku selalu tertekan.

Situasi 2
Tekanan besar yang sentiasa ada membuatkan aku semakin negatif dan adakala berfikir yang bukan-bukan. Selalu mengasingkan diri dengan dunia luar. Tenaga pun semakin hilang entah ke mana. Padahal banyak juga sudah aku isi perutku kalau diikutkan. Entahlah..

Situasi 3
Beberapa hari lalu aku secara tidak sengaja berjumpa dengan seorang kenalan baharu. Orangnya terlihat baik dan mungkin saja dia melihat keadaan diri aku yg tidak terurus dan sempat mencermati bahawa emosi aku sedang bercelaru. Melalui perbualan denganya - yang bermula dengan sebatang rokok-, daripada yang remeh sehingga yang lebih 'personal'. Semuanya terungkap satu- persatu - penyebab segala malapetaka ku alami.

Dihujung perbualan sempat dia katakan kepada ku "hidup tanpa panduan itu umpama kapal tanpa nahkodanya - akan tersesat sekiranya tidak punyai tujuan. Dan pilihan lain itu selalu ada. Diri sendirilah yang harus bijak membuat keputusan dan pilihan terbaik apabila keputusan kita lakukan berlandaskan ajaran daripada 'Yang Maha-Satu' nescaya hidup akan lebih bahagia " sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan aku yang berusaha menghadam kata-katanya.
_____________________________________________

Cerita di atas tiada kaitan dengan individu yg hidup dan yang telah mati ya. Rekaan semata- mata mengikut imaginasi saya semasa penghasilan lirik lagu Topeng Terakhir. (Tapi mcm boleh buat drama sudah p**a ni tau!) πŸ˜‚πŸ˜‚

Jadi mau kmu dengar lagu tu? 😁😁
Boooleh baa.. Nanti kita akan umumkan kalau sampai masanya😊😊

Kita masih dalam proses perancangan untuk launching bagi lagu yang Yang Satu & Topeng Terakhir dan berharap boleh dilaksanakan dlm masa terdekat. So stay tune~

Apapun, terima kasih pada kmu yg terus menyokong hasil dan kreativiti karya saya dan rakan-rakan kolaborasi yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam penghasilan lagu ini. High five sama kmu satu-satu! Makasehhhh! 🀟🀟🀟😊😊😊

production

18/10/2021

Macam lama p**a nda buat posting di page ni tau. Say Hi dulu sama kamurangπŸ˜†πŸ˜†

CARTA LAGU ARTIS SABAH MUSIM KE-14 24/07/2021

Lagu kedua ciptaan sy yang tercalon dalam CLAS-14 hari ini.

FANTASI CINTA sebenarnya sudah ditulis sekitar awal tahun 2020 dan ia berkisar tentang perjalanan kisah seseorang lelaki yang sedang ingin memiliki hati si kekasih. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati, putik cinta berkembang saat dia melihat si gadis pilihan. Dari sana Fantasi cinta dia pun bermula. Biasa la ba tu kan kalau tengah angau, lautan api pun kau redah demi memiliki diaπŸ˜‚πŸ˜‚

Ayat lirik dia pun simple dan bersahaja. Siapa yang membaca pun senang faham maksud cerita lagu ni.

Boleh tengok official lyric video di bawah kalau mau faham cerita dia

https://youtu.be/uRs7L5x-ARU

Nah! Sudah baca mesti undi ah!

Tida baa.. 😜😜

Kami dahulukan dgn ucapan terima kasih untuk kamurang yg sudi mengundi. Take care ah😊😊

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIcLxrRdQfMxQ7dwz92ZrbFGULL4JPtm5Cr8cn2Fx49nf8sg/alreadyresponded

CARTA LAGU ARTIS SABAH MUSIM KE-14

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Kota Kinabalu