Faezrah Rizalman

Faezrah Rizalman

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Faezrah Rizalman, Public Figure, Kota Kinabalu.

Photos from Faezrah Rizalman's post 17/03/2026

TERIMA KASIH DAUN KELADI.

Alhamdulillah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Perwakilan yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menentukan pimpinan parti ini untuk 3 tahun yang akan datang.

Saya sangat bersyukur atas kepercayaan Perwakilan yang menempatkan saya di tempat ke-5 dalam pemilihan kali ini. Apatah lagi kesemua Perwakilan yang mengundi adalah daripada Semenanjung Malaysia, dan itu isyarat penting kepada saya untuk berkhidmat kepada semua ahli MUDA, tanpa mengira bangsa, agama dan kawasan.

InsyaAllah, mandat yang telah diberikan ini adalah satu amanah yang sangat berat dan akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin.

Kepada semua calon JKEP, tahniah kerana berani menawarkan diri. Kepada yang belum lagi berjaya terpilih, jangan lemah semangat, keep your head held high, kita bersama terus bina parti ini.

Dan kepada barisan JKEP yang baru, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Semoga kita semua terus teguh bekerja dan berkhidmat.

BUDI . TARA . SERTA

Faezrah Rizalman
Naib Presiden, MUDA
2026/2029

06/03/2026

Untuk Pemilihan MUDA pada kali ini, saya telah pun menggariskan 4 Fokus Faezrah yang akan saya ketengahkan jika dipilih sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) bagi penggal 2026/2029.

Sudilah kiranya rakan-rakan perwakilan untuk beri sokongan kepada saya, Faezrah, calon no.19.

Photos from Faezrah Rizalman's post 04/03/2026

Ini fokus saya untuk MUDA.

Undi Faezrah, calon nombor 19.

Photos from Faezrah Rizalman's post 28/02/2026

Reflecting on my journey with MUDA - lessons, challenges, and why I have offered myself to serve again.

The journey continues.

Photos from Faezrah Rizalman's post 13/02/2026

Reflections from my time at the International Young Leaders Programme (IYLP) 25/26 in the UK.

Two weeks of intense sessions, site visits, and conversations with 15 young leaders from 11 political parties reminded me of something simple: Malaysia’s future will not be built by one group or one ideology.

From observing Prime Minister’s Questions at Westminster, to learning how devolution works in Wales and Scotland, I kept thinking about Sabah, autonomy, and what MA63 is supposed to mean in practice.

Grateful for the experience, the people, and the perspective.

Now it’s about what we do next.

06/01/2026

Tidak cukup satu GLC, mesti mau 2 kurang-kurang.

Sedangkan rakyat cari kerja biasa 1 pun susah.

04/12/2025

Dipanjangkan doa untuk DSP B**g Moktar agar dipermudahkan rawatan dan diberi kesembuhan. Amin.

04/12/2025

NINAVAU

**Spoiler Alert**

2 hari lepas saya sempat hadir masa tayangan perdana filem Ninavau.

Ada beberapa perkara yang saya mau tulis, kira macam review lah bah ni kan. Tapi ada banyak spoiler di sini, jadi siapa yang plan mau tengok Ninavau, jangan dulu baca. Kamu pergi dulu tengok di Imago, start tayangan sudah ni hari.

Disclaimer: Saya orang tech, tiada langsung pengetahuan dalam bidang filem dan teknikal yang berkaitan dengannya. Jadi ini review saya sebagai orang biasa yang menonton. Kalau nda s**a, tolong jangan kecam ah.

Bila kawan bagitau Ninavau ni ceritanya pasal orang Kristian yang convert ke Islam, dan mungkin akan menyentuh sensitiviti saya datang dengan expectation yang filem ni akan cuba provoke the audience lah konon gitu.

Tapi kan:
1. Masa El (adik Ninavau) tu nampak telekung dan sejadah di atas katil, saya expect dia dan Ninavau akan bergaduh besar. Tapi tidak pun, macam tanya-tanya soalan begitu seja, adalah annoyed sikit-sikit. Tapi tiada yang bergaduh naik tinggi suara ni.
2. Sama juga masa Ninavau kasitau bapa dia yang dia sudah masuk Islam di depan kuburan mama dia, bapa dia tidak melenting. Tapi terus jalan seja ke kereta. Dalam kereta, ada lah nampak bapa dia mau kasi silent treatment, tapi lepas tu sakit jantung kali, terus si Ninavau hantar dia ke klinik. Macam pada saya nda cukup suspense dia ni. Paling tidak pun, cuba lah hantar dia pergi hospital ada scene naik katil kena sorong, lepas tu family members datang hospital cemas dan tanya-tanya kenapa.

Bila saya datang dengan expectation tinggi yang harap macam conflict yang tension, tapi macam nda sampai tu tension dia, saya kecewa lah juga. Lagipula awal-awal cerita, ada lah berapa minit dia tunjuk orang sembahyang di gereja, macam cuba untuk create the naratif komuniti Ninavau ni memang yang kuat agama.

Ok lah, extra disclaimer. Saya tidak lah kata real world begitu, mungkin ada juga, tapi saya percaya tidak lah semua akan berhadapan dengan tentangan yang keras, tapi sebab ini kan filem, so pada saya menarik kalau isu tu nampak betul-betul tension.

Conflict yang lain dalam ni cerita:
1. Bapa Ninavau kena scam sebab tu rumah nda siap-siap. Ninavau nda marah, dia rilek seja. Si El mau marah, tapi Ninavau bilang jangan. Haha.
2. El macam nda mau kahwin (kah dia nda mau kahwin ikut cara tradisi), tapi last-last dia ikut seja lah sebab dia nda mau bapa dia kecewa lagi sebab si Ninavau punya keputusan yang masuk Islam.
3. Apa yang terjadi dengan Ninavau masa dia di Sunday School, apa Brother Alvin buat sama dia? Sebab memang nampak masa awal-awal masa si Ninavau balik Sabah dia nampak awkward sama Brother Alvin, tapi masa si Ninavau ambil Syahadah, macam ada flashback yang dia ada share dengan someone apa terjadi dengan dia di Sunday School, tapi kena cut. So adakah itu yang membuatkan dia rasa mau masuk Islam?
4. Ninavau kena suspend kerja. Tiada kena kasitau sebab apa, dan conflict tu awal-awal jak, tiada follow up. Mungkin dia mau guna tu supaya last sekali bila dia buat keputusan untuk kerja di Sabah, ada valid reason lah. Tapi yang pasal kerja tu tiada ending dia, dapat appeal kah apa kah. Saya assume tidak lah.

Samada saya rasa conflicts yang lain ni perlu di-develop lagi, atau mungkin just focus 1-2 conflicts saja supaya kita pressure-nya tu lebih terasa. Sebab bila banyak conflict tapi attention kita sikit-sikit seja tidak berapa syok juga.

Yang agak cringe:
1. Masa awal-awal cerita tu, El membahasakan diri dia “El” dengan si Ninavau, so bila saya dengar begitu kan, perbualan dorang nampak awkward betul, macam membaca dialog dari skrip. Lama-lama tu, baru nampak normal sudah bila dia guna “saya” sudah.
2. Masa dorang lawat rumah yang nda siap tu, si El naik konon tangga dalam rumah yang masih dalam pembinaan. Lepas tu, dia turun dengan bergaya macam model. Haha. Kawan saya cakap, itu mungkin macam mau tunjuk ala-ala tengah unduk ngadau atas stage. Ok fine, tapi I don’t get it. Mungkin orang macam saya, perlu more obvious scenes kali.

And for whatever reasons, banyak scenes dalam kereta antara bapa dia si Edward dan si Ninavau. Nda tau kenapa, tapi saya rasa hairan. Adakah itu disengajakan?

Dan yang paling pelik kan, scene El kerja housekeeping di hotel, tiba-tiba ada kawan dia bilang ada guests komplen lobster hilang. Itu scene awal-awal, lepas tu macam tengah-tengah tu ada lagi balik scene si El dengan housekeeping tu punya cart, dia jumpa lobster tu dalam plastik sampah. Tiada explanation, tiada apa-apa begitu jak. Takkan lah berhari-hari lobster tu dalam plastik sampah nda kena buang dan nda berbau? Dan apalah maksud tu sebenarnya? Tiada explanation.

The only scene yang saya rasa nervous sikit, kira ada tension lah sekejap, masa ada satu kali makan malam tu. Si Edward suruh Ninavau baca doa, tapi dia obviously nda tau apa mau buat lah kan, terus adik dia si El cakap, “nda apa lah pak, saya baca”. Tapi lepas tu Edward offer sinalau bakas, dia bilang “makanlah, lama sudah kau nda makan ni kan, di KL mana ada”. Tu memang bikin suspen juga lah haha.

Dan satu yang sangat simbolik di akhir cerita tu ialah bila Edward beli kuali baru dan letak di sebelah kuali yang lama. Itu memang di Sabah biasa sudahlah tu kalau keluarga kau ada pelbagai agama, memang satu rumah berbeza masak saja.

Secara keseluruhan. Filem ni masih bersopan dan menjaga tata-susila. Saya mengharapkan atau saya expect satu filem yang bold dan mencabar sensitiviti tempatan. Cuma kalau itu lah approach dan style yang disengajakan oleh pengarah, okay, kita terima seja.

Penutup. Pengarah perlu explain apa simbolik lobster tu. Haha.

Sekian.

01/12/2025
Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Culinary Team

Attire

Address

Kota Kinabalu