AMK C. KAPAR
Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar 2025-2028
Ketua AMK : Mr. Jason Tan
Timbalan Ketua AMK : En. Ezam Razi
Naib Ketua AMK : En. Safuan Shamsul
05/05/2026
13/04/2026
12.4.2026
Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar di Pejabat Cabang Kapar telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Segala perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar hasil komitmen, kerjasama dan semangat perjuangan yang tinggi daripada seluruh saf kepimpinan serta anggota AMK Cabang Kapar.
Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan perjuangan demi rakyat serta masa depan AMK Kapar akan terus diperkasa.
05/04/2026
Angkatan Muda Keadilan Kapar menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang-Cabang Negeri Selangor yang telah berlangsung di Dewan MPAJ, Kg Ampang Indah, Ampang.
Kehadiran delegasi AMK Kapar ini melambangkan komitmen berterusan dalam memperkukuh gerak kerja organisasi, mempererat ukhuwah sesama pimpinan cabang, serta menyusun strategi perjuangan demi rakyat dan masa depan parti di Negeri Selangor.
Semoga mesyuarat ini berjalan lancar serta menjadi medan terbaik dalam melahirkan idea, kepimpinan dan semangat baharu buat seluruh saf Angkatan Muda Keadilan.
25/03/2026
Ziarah Kasih & Sumbangan Prihatin Angkatan Muda Keadilan Kapar
En. Safwan selaku Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kapar telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada En.Shahrul Nizam anak Puan Rahimah sebagai wakil, bertempat di Taman Seri Sementa.
Difahamkan, ibu beliau kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap 5. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan buat beliau dan keluarga tersayang.
Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Address
Klang
41400