ABIM Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ABIM Perlis, Non-Governmental Organization (NGO), Kangar, Kangar.
31/08/2025
29/08/2025
03/08/2025
Belia digesa saring diabetes elak kematian pramatang | Harian Metro Kuala Lumpur: Golongan belia digesa melakukan saringan diabetes sebagai langkah awal mengesan dan merawat penyakit itu bagi mengurangkan risiko kematian pramatang.
13/07/2025
20/06/2025
Assalamualaikum wbt, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Perlis) akan menganjurkan sebuah program khas kepada muslimah sahaja iaitu *_BADMINTON FOR MUSLIMAH_* seperti ketetapan berikut :
πTarikh : 22 Jun 2024
β±οΈMasa : 3 - 5 Petang
π¬Bertempat di : Gelanggang Badminton Tertutup 1, Kompleks Belia dan Sukan Perlis.
ποΈBayaran : RM2
Sesiapa yang berminat boleh wasap pada nombor di bawah ;
Ustazah Wan Izzati (016-3900741)
19/06/2025
Jom malam ni
18/06/2025
KEJOHANAN FUTSAL PERPADUAN BELIA NEGERI PERLIS 2025
Anjuran: Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU)
Dengan kerjasama: Majlis Belia Negeri Perlis, Skuad AntiDadah, ABIM Perlis serta agensi-agensi yang terlibat seperti tertera dalam poster rasmi kejohanan.
Kejohanan ini merupakan platform perpaduan dan pembangunan sahsiah belia melalui sukan yang sihat dan berdaya saing. Ia juga menjadi medan menghimpunkan anak muda pelbagai latar belakang dalam semangat kesukanan, kerjasama dan integrasi nasional.
Tarikh: 12 Julai 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga selesai
Tempat: D'Futsal Centre, Kangar
Pasukan: 32 pasukan
Yuran: RM 80.00
Kepada pasukan yang berminat boleh buat pembayaran dan mendaftar pasukan anda melalui link ini sebelum 25 Jun 2025:
https://forms.gle/JKJsjnnnAGi51TYu8
Baca syarat-syarat penyertaan melalui link ini:
https://drive.google.com/file/d/1wqrm33QrS6WfGx_TT5jxbdydzmrg3Mii/view?usp=drive_link
Terima kasih
13/06/2025
Tahniah kepada Ustaz Abu Nuh Muhammad Izzat hafizahullah
πππππππ ππ-π
πππππ πππππ ππππππππ πππππ
Seluruh warga Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Izzat sebagai:
π₯ Penasihat Agama Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
π© Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Perlis/ ABIM Perlis
Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan besar terhadap usaha dakwah, tarbiah dan kepimpinan Ustaz Muhammad Izzat dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, kami pihak MATIQPs menzahirkan setulus penghargaan atas khidmat cemerlang Ustaz sebagai Mudir MATIQPs dari tahun 2021 hingga Jun 2025.
Jasa dan tunjuk ajar Ustaz Abu Nuh akan terus tersemat dalam ingatan dan amal para pelajar serta warga maahad.
β¨ βTeruslah menabur bakti, menyinari ummah dengan ilmu dan hikmah.β
Tulus Ikhlas:
Warga Pengurusan & Pentadbiran, Guru-Guru & Seluruh Warga Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis (MATIQPs)
11/06/2025
09/06/2025
KENYATAAN MEDIA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
9 Jun 2025 / 12 Zulhijjah 1446H
ABIM Rakamkan Takziah Buat Mangsa Kemalangan Bas Melibatkan Mahasiswa UPSI di Gerik
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kemalangan bas tempahan khas yang membawa 42 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang berlaku berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
ABIM mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat mereka yang cedera, kami memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan segera serta ketabahan buat seluruh keluarga yang terkesan.
Insiden yang menyayat hati ini amat meruntun perasaan, lebih-lebih lagi kerana melibatkan para penuntut ilmu dan bakal pendidikβtokoh masa depan yang bakal mencorakkan generasi akan datang.
Justeru itu, ABIM menegaskan keperluan untuk satu siasatan menyeluruh dan telus dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Aspek keselamatan pengangkutan yang membabitkan pelajar institusi pendidikan tinggi juga perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berkaitan.
Dalam masa yang sama, ABIM menyeru seluruh masyarakat untuk menzahirkan rasa solidariti dan kebersamaan dengan memberikan sokongan moral serta bantuan yang sewajarnya kepada para pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat.
Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩΩΩΩ
βSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.β
(Al-Baqarah: 156)
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kangar
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:00 |
| 14:30 - 17:00 |