Anak Solat Itadrees
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anak Solat Itadrees, School, 84, Kampung Raja.
04/02/2025
"Kenapa Kita Selalu Lupa Rakaat Dalam Solat? 🤔"
Pernah tak tengah solat, tiba-tiba blur – “Eh, ni dah rakaat ke berapa ya?” 😅
Sebenarnya, terlupa rakaat dalam solat adalah perkara biasa dan ada sebab saintifik kenapa ia berlaku. Jom tengok puncanya! 👇
📌 1. Otak Kita Ada "Autopilot Mode"
Solat adalah rutin harian. Bila kita lakukan sesuatu yang berulang-ulang, otak masuk mode autopilot, sama macam kita berjalan ke tempat biasa tanpa sedar laluan yang kita ambil.
📌 2. Gangguan Fikiran (Was-was & Overthinking)
Kadang-kadang, kita terlalu banyak fikir perkara lain dalam solat – kerja, masalah harian, atau hal duniawi. Akhirnya, kita terputus fokus dan hilang ingatan sementara.
📌 3. Solat Tanpa Kesedaran Penuh (Mindfulness)
Jika kita tak benar-benar hadirkan hati dan jiwa dalam solat, mudah untuk fikiran melayang.
📌 4. Kurang Latihan Mental & Hafalan Bacaan
Semakin kita biasakan diri dengan bacaan solat yang betul dan berusaha khusyuk, semakin kuat daya ingatan kita dalam solat.
✅ Macam Mana Nak Elak Terlupa Rakaat?
✔ Fokus pada makna bacaan solat – Jangan sekadar baca, tapi fahami maknanya.
✔ Latih diri untuk lebih sedar dalam setiap pergerakan – Contoh, sebut dalam hati “ini rakaat pertama, ini rakaat kedua” sambil solat.
✔ Kurangkan gangguan sebelum solat – Pastikan perut tak terlalu lapar atau terlalu kenyang, cari tempat solat yang tenang.
Pernah alami masalah lupa rakaat dalam solat? Jom kongsikan pengalaman atau tips anda di ruangan komen! ⬇️😊
10/11/2024
Testimoni Itadrees:-
Selalu liat nak suruh solat, lepas guna Itadrees ni dengar je azan terus solat. Alhamdulillah🤲
07/11/2024
Alat Bantu Solat I-Tadrees 2.0
Sesuai untuk anak2, mualaf dan warga emas👍
TIPS MENGHILANGKAN RASA MALAS BELAJAR
Pada masa belajar, rasa mengantuk dan malas terkadang juga ikut serta untuk mengambil alih konsentrasi anda
Tapi anda tak perlu bimbang kerana tips mengatasi rasa malas ketika belajar juga ada , di bawah ini diantaranya:
👉🏻Ubah Pola Belajar
👉🏻Belajar sambil mengunyah gula-gula
👉🏻Kelonggaran- otak yang dipaksa terus menerus boleh terbeban dan lama-kelamaan dapat membuyarkan konsentrasi.
👉🏻Berpindah Lokasi Belajar Cth: dari bilik tidur ke ruang tamu
👉🏻Tukar Posisi Duduk
👉🏻Hentikan sejenak proses belajar anda lalu mandi
Semoga Bermanfaat🌸
06/07/2022
DISLEKSIA MENGANGU PEMBELAJARAN KE?🤔
"Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia"
Antara kesan kesan lain DISLEKSIA adalah :
😔tidak dapat membezakan persamaan perkataan
😔kesukaran menyebut ayat yang dieja
😔tak dapat memahami apa yang diajar
😔menjejaskan proses pembelajaran Matematik
Anak abang akak ada tanda-tanda diatas?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Raja
22200
10/11/2024