Lapar Lab

Lapar Lab

Share

Himpunan resepi-resepi mudah dan menarik untuk dicuba!

04/02/2025

Kau orang pernah tengok tak mak-mak kita dulu kalau potong timun, mesti dia orang akan potong sikit di bahagian kepala timun, kemudian digosokkan dua bahagian timun tu dalam gerakan putaran sampailah keluar benda putih di sekeliling timun tu.

Kalau ada yang belum tahu, itu adalah cara nak buangkan getah pada timun. Kalau kau orang buat step ini, rasa timun akan lebih sedap. Tak ada dah rasa kelat-kelat pahit yang mengganggu tu.

Ada orang, nak buang rasa pahit tu, dibuangnya kulit timun tu. Tapi rugilah kalau kita buang sebahagian nutrien yang ada pada timun tu. Jadi lepas ni kalau nak buang rasa pahit tu, kau orang buat je macam ni ok?

Photos from Lapar Lab's post 03/02/2025

Asyik buat masakan yang berat-berat je. Apa kata hari ni masak yang mudah, tak terlalu berempah, tak ada bahan susah cari, dan paling penting tetap sedap sehingga boleh bertambah nasi.

Sup Ikan Merah
Bahan-bahan: (3-4 orang)
½ ekor ikan merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 tangkai cili padi/api
1 biji tomato
3 hirisan tebal halia
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1-2 cubit lada sulah

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar.

16/01/2025

Hai semua! Hari ni LL nak kongsikan satu resepi yang 100% tidak menggunakan minyak tapi memerlukan lebih kurang 50% hingga 80% kerajinan bergantung kepada mood anda pada hari itu 😆

Tapi tak apa, nak sihat kita kena rajin guys! Semangat!

Bahan-bahan yang diperlukan:
Kobis panjang
Dada ayam, nak guna udang pun boleh.
Garam
Sos tiram
serbuk lada putih
cili flakes
timun
lobak merah
cendawan enoki

Bahan ni kau orang agak-agaknya ikut banyak mana kau orang nak buat ya!

Cara penyediaannya p**a,
1. Cabut satu persatu helaian kobis panjang, basuh bersih. Panaskan air dan celur sekejap kobis ni untuk lembutkan batang putih pada kobis supaya senang kita nak roll nanti. Celur lebih kurang dalam 1 minit. Angkat dan biarkan kobis tu sejuk sebentar.
2. Sambil tu kita sediakan intinya. Hiris dada ayam nipis-nipis, kemudian kita nak perapkan dengan sos tiram, chili flakes, serbuk lada putih dan sedikit garam.
3. Kemudian hiriskan timun dan carrot secara memanjang. Ikutlah panjang mana yang kau orang s**a. Cendawan enoki pun potong dua bagi sama panjang dengan kawan-kawan yang lain.
4. Sekarang kita dah boleh gulung 'Cabbage Rolls' kita. Ambil sehelai daun kobis, letakkan ayam, kemudian susunkan sayur-sayur tadi. Kemudian gulungkan macam kau orang gulung popia tu. Senang je nak gulung sebab daunnya dah lembut. Ulang langkah ni sampai semua bahan habis.
5. Didihkan air dalam periuk pengukus. Kita nak kukuskan ' Cabbage Rolls' ni supaya inti di dalamnya masak. Kukus selama 5 hingga 7 minit.
6. Siap!

Kau orang boleh makan dengan sos kegemaran kau orang. Ada orang makan dengan Sos Merah Thai, ada yang makan dengan Sos Hijau Thai yang creamy tu. Kalau rajin bolehlah buat, kalau tak, nak makan macam tu saja pun boleh.

Selamat mencuba!

08/01/2025

Siapa kata brownies tak boleh sihat? Meh LL kongsikan resepi brownies yang kau orang boleh makan tanpa rasa bersalah.

Siapa dalam journey untuk jaga pemakanan tapi ada masa craving nak makan dessert boleh cuba resepi ni.

Jom buat brownies sihat sama-sama!

Photos from Lapar Lab's post 07/01/2025

Papan pemotong adalah tempat yang paling mudah untuk bakteria membiak. Jadi cara membersihkan papan pemotong yang betul dapat mencegah pencemaran silang dan memastikan kebersihan dapur kita.

Jom ikuti tips ini supaya kita dapat memastikan papan pemotong sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Selamat mencuba!

Photos from Lapar Lab's post 06/01/2025

Hari tu ramai juga minta kongsi resepi kepah masak taucu pedas ni. Jangan risau, saya kongsikan caranya. Sangat mudah! Asalkan taucunya sedap, kepahnya segar, pasti lazat hasilnya.

Kepah Taucu Pedas Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2-3 orang)
1 kg kepah
2 sudu besar taucu pedas
1 sudu kecil pes asam jawa
1-2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun ketumbar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 tangkai cili merah
2 hiris halia
Garam dan gula secukupnya
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar!

03/01/2025

Masa kecil dulu, LL pernah terfikir kenapa susah-susah sangat orang ni buat bentuk gunting dapur ni macam ni. Ada lubanglah, ada bergerigi sana sinilah.

Bila dah besar barulah LL tahu setiap satu bahagian tu ada fungsi dia. Selain menggunting ada 8 lagi fungsi lain yang kau orang kena tahu dan ajarkan juga pada anak-anak. Ini pun salah satu kemahiran hidup tau.

Barulah anak-anak kita jadi generasi yang serba boleh dan berpengetahuan luas.

02/01/2025

Esok tak tahu nak buat sarapan apa? Nah idea untuk kau orang. Pancake Pisang ni dahlah sedap, mengenyangkan p**a tu. Yang penting sihat dan sesuai untuk diet.

Nak buat untuk anak-anak pun boleh. Tak perlu letak gula. Cukup sekadar manis-manis pisang je. Cubalah, mesti anak-anak s**a.

Photos from Lapar Lab's post 01/01/2025

Dalam banyak-banyak azam tahun baru, mesti ada terselit nak diet atau nak turunkan berat badan. Ataupun nak mulakan makan makanan yang sihat. Tak mahu dah makan dessert yang manis-manis.

Tapi kita hanyalah manusia yang lemah, kadang-kadang mudah tergoda bila tengok dessert yang sedap-sedap 😆

Jadi untuk membantu azam asyik di 'carry forward' setiap tahun ni, LL nak kongsikan resepi Mango 'Cheese'cake versi diet. Agak-agak kalau kau orang teringin nak makan dessert tu bolehlah cuba.

Dah buat tu jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan. Kita sihat bersama ok?

01/01/2025

Selamat menyambut tahun baru 2025 buat semua followers Lapar Lab! Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Tanpa anda, siapalah kami.

Haha macam ucapan menang anugerah p**a 😆

Photos from Lapar Lab's post 23/12/2024

Isteri saya beli 2 kilo kepah. Banyak gila! Sekilo ni saya masak hidangan yang agak pop**ar di sebuah restoran terkenal. Pernah makan kepah masak mentega bercili?

Masuk cuti sekolah ni, mak-mak yang nak masak menu yang lain dari kebiasaan boleh lah cuba.

Chili Butter Clams by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2-3orang)
1 kg kepah
8 ulas bawang putih
1 inci halia (besar ruas jari)
2 tangkai daun kari
1 sudu besar empingan cili
2 sudu besar mentega
2 cawan susu (atau 1 cawan krim masakan)
1 sudu kecil oregano/thyme
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar.

19/12/2024

Kat wall kau orang ada lalu tak menu ni? Setiap kali lalu tu kecur air liur LL ni. Jadi jomlah kita cuba buat

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan kembung/ pelaling
Kacang botor sebanyak yang kau orang mahu
3 biji terung saiz sederhana
7 biji cili api (kalau s**a pedas boleh tambah)
1 sudu besar belacan
1 biji limau kasturi, belah dua dan buang bijinya
Jus asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Rebus ikan hingga masak dan asingkan tulangnya.
2. Cuci bersih kacang botor dan buangkan hujungnya.
3. Belah dua terus dan grill kan sebentar atas non-stick pan.
4. Masukkan cili api, belacan, jus asam jawa, garam dan gula ke dalam mangkuk. Gaul sebati sambil picit-picit cili api hingga pecah.
5. Susunkan ikan rebus, kacang botor dan terung dalam satu pinggan dan tuangkan air asam tadi.
6. Nak lagi kick, perahkan limau kasturi

Dah siap! Bolehlah makan dengan nasi putih panas-panas. Confirm tak pandang kiri kanan dah!

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

No 6, Jalan Ledang, Green Plains
Johor Bahru
81800