Matt & Boy Chicken Rice
18/02/2026
πβ¨ Selamat Menyambut Ramadan β¨π
Alhamdulillah, telah diumumkan bahawa kita akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kekuatan buat kita semua.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Matt & Boy Legacy akan bercuti pada hari pertama Ramadan sebagai tanda hormat dan ruang untuk kita semua menyesuaikan diri dengan permulaan bulan penuh rahmat ini. Kami akan kembali beroperasi pada hari kedua Ramadan, setiap hari sehingga akhir Ramadan, dari 4.00 petang hingga 9.00 malam.
Tidak disangka, ini sudah menjadi Ramadan ke-4 buat Matt & Boy bersama anda semua. Setiap sokongan, senyuman, dan doa daripada pelanggan amat kami hargai. Tanpa anda, perjalanan ini tidak akan bermakna.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang untuk kita:
β’ Membersihkan hati dengan sabar dan syukur.
β’ Menguatkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabat.
β’ Memberi lebih banyak kebaikan kepada orang sekeliling.
Semoga Allah melindungi kita semua, mengurniakan kesihatan, rezeki yang halal, dan ketenangan jiwa sepanjang bulan mulia ini.
π Dari hati kami di Matt & Boy, selamat berpuasa dan semoga Ramadan ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita.
13/12/2025
π Hari Ini Hari Istimewa di Matt & Boy Legacy!
13 Disember 2025 β boss kami sambut ulang tahun kelahiran, dan kami nak kongsi rezeki dengan anda semua.
π₯ RM1 diskaun untuk setiap Nasi Ayam yang dibeli
π₯ Sah untuk 100 pelanggan pertama sahaja
Terima kasih kerana sentiasa menyokong kedai kecil kami. Hari ni, anda yang diraikan bersama!
Jom datang makan, senyum, dan nikmati nasi ayam panas dengan harga lebih jimat.
π Matt & Boy Legacy
β° Sah hari ini sahaja β 13.12.2025
Nadiah Zulkharnain Suhana Abd Hanif Muhammad Hakim
27/09/2025
Dulu order dekat Grab & Foodpanda je⦠sekarang Shopee pun ada!
π Banyak voucher menarik boleh claim:
β
99% OFF
β
Penghantaran Percuma
β
50% & 25% OFF sampai RM25!
Senang order, banyak jimat, rasa tetap padu.
Dari dapur kecil kami ke pintu rumah anda....terima kasih sebab terus sokong legasi ni.
Klik je, terus sampai. Jom makan puas-puas! β€οΈ
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera. Dimaklumkan bahawa Matt & Boy Legacy tidak akan beroperasi sementara bermula 12 September (Jumaat) hingga 15 September 2025 (Isnin) bagi memberi laluan kepada program lawatan syarikat.
Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada 16 September 2025, bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia.
Selamat menyambut cuti panjang dan cuti sekolah kepada semua pelanggan yang dihargai. Semoga masa bersama keluarga dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegembiraan dan ketenangan.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Jumpa anda selepas cuti!π§³π Nadiah Zulkharnain Fatin Haziqah Zulkharnain Suhana Abd Hanif @
π²πΎ Selamat Hari Merdeka geng! πβ¨
Harini Ahad, 31 Ogos 2025 ποΈ
Ada tak yang pergi tengok perarakan Merdeka pagi tadi? π Seronok kan bila tengok suasana penuh semangat patriotik β€οΈπ€ππ€
Sambil-sambil tu, jom singgah Matt & Boy! π
π Beli 1 nasi ayam β‘οΈ terus dapat ais krim FREE π¦
π Beli 5 set ke atas β‘οΈ dapat ais krim premium pulak ππ¨
β‘ Tapi ingat, hanya untuk 100 pelanggan pertama je tau!
π Promo khas walk-in customer sahaja
So jom lah merdeka bersama-sama, makan sedap + ais krim percuma sekali ππ₯³
π²πΎ MERDEKA DAH DEKATβ¦ Tapi kat Matt and Boy Legacy, ada sesuatu yang lagi dekat dengan hati (dan tekak π)
π
31 Ogos 2025
Kami tengah siapkan kejutan yang confirm buat pelanggan senyum lebar.
Petunjuk? Ada yang rangup, ada yang wangiβ¦ dan ada satu benda sejuk yang tak dijangka π
Nak tahu apa dia?
Tungguuu⦠jangan lupa singgah masa Hari Merdeka. Rasa patriotik pun boleh jadi sedap!
Meh Singgah kome!!!!!
01/03/2025
Seperti yang sudah diumum, Tarikh permulaan puasa adalah pada 2/3/2025. Sepanjang bulan puasa, Matt n Boy Legacy akan beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 8 malam. Kami menjemput anda semua untuk membeli makanan daripada kami; menu harian kami akan tetap sama. Selain itu, kami turut menawarkan tempahan moreh dengan minimum 50 pek yang perlu diberitahu sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh tempahan. Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa anda diberkati."
Happy Independent Day!
Jemput datang petang ni ya, Kedai bukak pukul 4. Seberang jalan kedai, kami bukak gerai juga untuk beraneka jenis air balang, mee, kuetiow goreng, dan kuih muih. Selamat Berpuasa ! βΊοΈβΊοΈβΊοΈ
11/03/2024
Menu harian berjalan seperti biasa, hanya di bulan ramadhan kita ada penambahan menu seperti di bawah.
Seperti ramadhan tahun sebelum ini, bagi yang ingin menempah group pax , pesanan boleh dibuat sekurang kurang nya 2 hari sebelum. Kami juga menerima tempahan untuk menu selain dari menu yang kami sediakan untuk minimum tempahan 50pax. Terima kasih . Selamat bertarawih semua π
11/03/2024
Alhamdulillah, esok 1 Ramadan , umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Kami tidak akan berpoperasi pada 1 hari , Selasa 12/3/2024 (1 Ramadan 1445) dan kedai akan beroperasi semula pada 13/3/2024 (2 Ramadan 1445) SETIAP HARI bermula 4.00pm hingga 9.00pm. Selamat Berpuasa dari kami team Matt & Boy Chicken Rice ,Mari sucikan hati dan sucikan jiwa menyambut bulan puasa yang mulia ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Ipoh
30020
Opening Hours
| Monday | 12:00 - 19:00 |
| Tuesday | 12:00 - 18:00 |
| Wednesday | 12:00 - 18:00 |
| Thursday | 12:00 - 18:00 |
| Saturday | 12:00 - 18:00 |
| Sunday | 12:00 - 18:00 |