Jkmpenang

Jkmpenang

Share

Jabatan Kebajikan Masyarakat @ Department of Social Welfare

29/05/2026

๐ŸŒพ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai ๐ŸŒพ

Semoga sambutan yang diraikan membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan dalam masyarakat majmuk negara kita.

Ikhlas daripada Pengarah & seluruh warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP)

โœจโ€œKaamatan & Gawai Dirai, Kebersamaan Terus Disemai.โ€ โœจ

29/05/2026

๐ŸŒ™ โœจ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐ŸŒ™ โœจ
Selamat menyambut ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š kepada seluruh umat Islam. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

29/05/2026

๐ŸŒ™ โœจ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐ŸŒ™ โœจ

Selamat menyambut ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š kepada seluruh umat Islam. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia

21/05/2026

NAMA PROGRAM / AKTIVITI : Webinar Kesejahteraan Psikologi: Keseimbangan Psikologi, Kesejahteraan Sejagatโ€
TARIKH : 20.05.2025
TEMPAT : Secara Dalam Talian / Live Facebook Bahagian Psikologi Kaunseling JKMNPP
MASA : 9.30 PAGI โ€“ 1.00 Tengahari
BIL. PESERTA : 2 ribu Peserta dari pelbagai Agensi kerajaan dan komuniti

OBJEKTIF :
1. Memberi kesedaran dan pemahaman tentang pentingnya kesihatan mental serta mengurangi stigma terhadap gangguan kesihatan mental
2. Membantu meningkatkan tahap berdaya tindak โ€œresilenceโ€ dengan membantu individu meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan, serta mengurangkan tekanan yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi dan kesejahteraan Psikologi mereka.
3. Memberi pendedahan teknik mengurus emosi dan tekanan dalam mendepani cabaran global masa kini.
Pengisian Program / Aktiviti
โ‡๏ธ Ceramah Oleh En. Muhammad Haikal Bin Osman (Pegawai Psikologi IPK Kelantan)
โ‡๏ธSoal jawab

Lampiran Gambar : (Seperti dilampiran)

Disediakan oleh :

Mohamad Zulkifli bin Ismoin
Pen. Pegawai Psikologi
PKMD SPU

Disemak oleh :

Farah Rusilah Binti Muhamad Darus
Penyelaras (Psikologi & Kaunseling)
JKMN Pulau Pinang

20/05/2026

WEBINAR KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI JKM NEGERI PULAU PINANG

Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program:
Webinar KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI:
"KESEIMBANGAN PSIKOLOGI,KESEJAHTERAAN SEJAGAT"

๐Ÿ“… 20 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ค 9.30 pagi โ€“ 1.00 tengahari
๐Ÿ“ Secara atas talian
Facebook : Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM Pulau Pinang
๐Ÿ‘‰https://www.facebook.com/share/1GKEKLhjFy/

๐Ÿ‘‰ Link pendaftaran bagi webinar ini https://forms.gle/WKM8J19GsCKUdQR7A

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah:
En. Muhammad Haikal Bin Osman
Pegawai Psikologi
Kaunselor Berdaftar, Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA),
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

โœจ Semua dijemput untuk turut serta dalam sesi ini bagi memperkaya ilmu serta meningkatkan kesejahteraan psikologi.

๐Ÿ“œ E-sijil Penyertaan disediakan selepas tamat kursus.
๐Ÿ“(Jam kursus akan direkod sebagai 3 Jam 30 minit berkursus)

โœ…Boleh kpd rakan2, keluarga, masyarakat sekitar, para pelajar dan komuniti tempat tinggal anda.

๐ŸŒŸโœจTerima kasih!!

13/05/2026

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM ADVOKASI PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) AUTISME BERSAMA PROFESOR MADYA DR. LOW HUI MIN (USM)

โ€ข Tarikh : 13.05.2026
โ€ข Masa : 12.30 tengah hari
โ€ข Tempat : Bilik Perbincangan, JKMN PP
โ€ข Cadangan tarikh pelaksanaan : 04 Julai 2026 di USM Pulau Pinang

Program Advokasi Penjagaan OKU Autisme kepada Ibu Bapa / Penjaga telah dikenal pasti sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Program ini juga merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) YBhg. Datuk Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi tahun 2026.

Objektif utama penganjuran program :
i. Meningkatkan kesedaran dan kemahiran keibubapaan dalam penjagaan anak OKU Autisme
ii. Memperkukuh sokongan sosial yang menyeluruh melalui kolaborasi strategik bersama pihak NGO serta agensi berkaitan.

Kehadiran sesi perbincangan :
1. Pn Siti Zaharah (secara atas talian)
2. Profesor Madya Dr. Low Hui Min
3. Pn Zuraida
4. En Ridzuan

07/05/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI: KURSUS MASTERY CLASS S.T.A.R WORKSPACE (SMART TECHNOLOGY & AI RESOURCES)

Tarikh: 5 & 6 Mei 2026 (Selasa & Rabu)
Masa: 8:00 pagi - 4:00 petang
Tempat: Bilik Latihan Millenium, Aras 24, BTMKN (KOMTAR)
Kehadiran: 42 peserta
Bilangan jam kursus: 10 jam
Anjuran: Cawangan Latihan dan Pentadbiran Am, JKMNPP

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan, Cawangan Latihan dan Pentadbiran Am telah menganjurkan kursus Google Workspace dan AI dengan penyertaan seramai 42 orang termasuk seorang penceramah dan seorang fasilitator daripada BTMKN. Kursus ini bertujuan memastikan pegawai di JKMNPP melaksanakan tugasan secara lebih cekap, sistematik dan produktif melalui pendekatan โ€œwork smartโ€ di samping menekankan penggunaan Google Workspace serta teknologi AI dalam meningkatkan kecekapan kerja, pengurusan dokumen dan komunikasi organisasi.

Pihak urus setia mengucapkan jutaan terima kasih di atas penyertaan, komitmen, kerjasama dan maklum balas daripada peserta selama 2 hari berkursus.

Sekian, terima kasih.

29/04/2026

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhd Aiman Hanif bin Azmi atas kejayaan menyambung pengajian di KHTP Skills Centre, Kulim, Kedah dalam bidang Operasi Pemesinan CNC (Computer Numerical Control) .

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan kesungguhan, komitmen serta semangat tinggi dalam membina masa depan yang lebih cemerlang. Diharapkan peluang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta menjadi insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Semoga Saudara Muhd Aiman Hanif terus melakar kejayaan demi kejayaan serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Syabas dan tahniah!

JKMN PULAU PINANG
28 APRIL 2026

Photos from Jkmpenang's post 29/04/2026

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM KEMAHIRAN KE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

NIBONG TEBAL, 28 APRIL 2026 โ€“ Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) sebagai usaha menimba pengalaman, berkongsi amalan terbaik serta mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan dan pengurusan program-program kemahiran yang ditawarkan. Lawatan ini turut bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan kumpulan sasar JKM melalui penyertaan dalam latihan kemahiran yang bersesuaian.

Delegasi lawatan telah diketuai oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan telah disantuni oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Asri bin Baharum bersama barisan pengurusan PERDA-TECH. Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat turut diiringi oleh Pengarah Bahagian, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Institusi JKM.

Pihak JKMNPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi PERDA-TECH atas kesudian menerima serta menyantuni delegasi JKM sepanjang lawatan ini. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat membuka lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada kumpulan sasar JKM, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka serta membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih berdikari dan sejahtera.

JKMN PULAU PINANG
28 APRIL 2026

Malaysia

20/04/2026

๐๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐€๐๐€๐Š ๐‰๐Š๐Œ ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ข ๐ก๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐ฃ๐š๐ซ๐ข!
Sistem ANAK merupakan platform digital yang memudahkan pengurusan maklumat berkaitan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak secara lebih tersusun, selamat dan sistematik.

๐Ÿ“ฒ Layari Sistem ANAK di pautan web yang disediakan atau imbas QR untuk akses yang lebih pantas!

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Georgetown?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Aras 35
Georgetown
10564

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00