Dfarhana Awae
✍️ Author | Political Scientist
I write to question, I teach to empower. Breaking cycles of poverty through the promise of education. Kekebalan dari Kebebalan
Menulis untuk menyedarkan, mendidik untuk membebaskan.
27/10/2025
24/07/2025
Artikel terbaharu saya di Berita Harian berkaitan Inclusive Citizenship for RMK13.
“RMK13 bukanlah sekqdar dokumen pelan lima tahun perencanaan semata-mata, tetapi peluang menilai dan merangka kembali konteak sosial antara rakyat dan negara” ambik iktibar sejarah Hikayat Melayu iaitu dalam kisah “perjanjian Sang Sa Perba dan Lemang Demang Daun”
21/07/2025
Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship): Hak, Tanggungjawab dan Cabaran Malaysia Pasca-RMK13 | AEGIS RESEARCH Republished -Berita Harian 19 Julai 2025
21/07/2025
Boleh baca tentang artikel terbaharu saya berkaitan Digital Citizenship yang diterbitkan di Berita Harian pada 19hb Julai 2025
“RMK13 perlu tumpu kewarganegaraan digital, pastikan rakyat celik hak
Malaysia amat memerlukan satu anjakan paradigma dari dasar menumpukan infrastruktur digital semata-mata kepada polisi dengan pendekatan holistik Pendidikan tidak hanya harus tertumpu kepada kemahiran teknikal atau IT, bahkan merangkumi pelbagai dimensi hak”
Apakah negara dan dunia sedar kita kini terpecah kepada dua warganegara? Ini bermakna dua dunia, hak dan tanggungjawab? Hakikatnya, sesiapa sahaja di dunia hari ini adalah warganegara maya atau warganegara digital secara sedar atau tidak sedar.
Dengan itu, kita sebagai warganegara kini bukan sahaja memiliki hak kedua-duanya, bahkan turut didatangi tanggungjawab dan cabaran terhadap kedua-dua dunia ini.
Masakan tidak, apabila dunia terlalu bergerak pantas ke arah pendigitalan total hingga segala urusan kehidupan didigitalkan. Arus perubahan dunia ini tidak sedikitpun mengecualikan Malaysia.
Hampir semua tata urusan dan kehidupan sudah membabitkan pendigitalan, iaitu daripada soal pembayaran, perbankan dan pendidikan hingga komunikasi politik berlaku dalam talian.
Namun, soalnya apakah rakyat Malaysia benar-benar bersedia menjadi warganegara digital yang bertanggungjawab, kritis dan terlindung?
Kewarganegaraan digital bukan sekadar soal celik teknologi atau celik gajet, bahkan merangkumi aspek kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab sebagai pengguna media digital, etika berkomunikasi, kebebasan bersuara seimbang dengan tanggungjawab sosial serta keupayaan menilai maklumat secara kritikal.
Oleh itu, jika dilihat dari konteks demokrasi moden, menjadi warga maya atau digital bukan sahaja bermakna kita menjadi pengguna, tetapi warga yang akan membentuk wacana dalam talian dan penyumbang kepada budaya siber sihat serta positif.
Realiti ini jelas menunjukkan masih ramai rakyat, terutama generasi muda dan warga luar bandar berdepan cabaran baharu serta besar dalam mengamal dan beradaptasi sebagai kewarganegaraan digital aktif dan bermakna.
Malah, mungkin ramai tidak sedar mereka sebahagian warganegara digital, sekali gus turut menjadi cabaran besar perlu dihadapi seluruh masyarakat, selain pelbagai cabaran utama.
Ini termasuk ketidaksetaraan akses internet dan peranti digital, terutama di pedalaman dan Sabah dan Sarawak serta keciciran pendidikan digital dengan pengguna celik gajet, tetapi tidak ada pendedahan dan pemahaman mengenai dimensi etika, privasi dan keselamatan data.
Selain itu, penyebaran makluman palsu, ujaran kebencian, buli siber dan doxing yang semakin menjadi budaya di media sosial serta ketidaksedaran terhadap hak digital, termasuk hak untuk dilindungi, didengari dan tidak didiskriminasi dalam ruangan maya.
Kita sering melihat banyak pihak mengagungkan soal ekonomi digital, tetapi kurang menitikberatkan apakah negara atau warganya bersedia mewujudkan masyarakat digital yang adil, aman, saksama dan inklusif?
Oleh itu, Malaysia amat memerlukan satu anjakan paradigma dari dasar menumpukan infrastruktur digital semata-mata kepada polisi dengan pendekatan holistik, iaitu membina kewarganegaraan digital sebagai budaya sivik baharu Malaysia.
Beretika dalam ruangan digital
Ini sangat signifikan, bukan sekadar hanya untuk belia, bahkan semua lapisan masyarakat agar dapat berfungsi secara beretika dan berkesan dalam ruangan digital.
Kewarganegaraan digital bukanlah baharu kerana negara luar seperti Eropah giat membangunkan modul dan model untuk kewarganegaraan digital antaranya Digital Citizenship Model Course oleh Suruhanjaya Eropah dan ERAMUS pada 2020 serta Digital Citizenship Education Handbook oleh Majlis Eropah pada 2019.
Justeru, dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan perlu memberi penekanan serius ke atas dasar kewarganegaraan digital dengan beberapa syor perlu dipertimbangkan.
Pertama, pendidikan digital sebagai komponen teras kurikulum nasional. Subjek literasi digital dan etika siber wajar dijadikan mata pelajaran wajib semua peringkat menengah hingga pendidikan tinggi.
Pendidikan tidak hanya harus tertumpu kepada kemahiran teknikal atau teknologi maklumat (IT), bahkan perlu bersifat holistik dari pelbagai dimensi hak asasi, budaya kritikal dan keselamatan dalam talian.
Kedua, program komuniti kewarganegaraan digital. Perluasan inisiatif akar umbi membabitkan pelbagai pihak seperti belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi tempatan dalam membina kesedaran digital di peringkat komuniti, terutama di kawasan kurang liputan digital.
Ketiga, akta dan polisi perlindungan hak digital. Kerajaan perlu berusaha memperkenalkan rangka kerja hak digital rakyat, termasuk soal privasi, perlindungan data peribadi dan akses maklumat sahih.
Inisiatif rangka ini mampu turut memperkukuhkan undang-undang terhadap pelanggaran hak warganegara digital dan eksploitasi dalam talian, siber buli serta penyalahgunaan data.
Keempat, mewujudkan indek kewarganegaraan digital. Bukan sahaja buku perlu memiliki indeks, kerajaan juga perlu aktif dalam mewujudkan dan membangunkan indeks khas untuk menilai tahap kewarganegaraan digital rakyat secara berkala.
Ia meliputi soal literasi, keselamatan siber, pembabitan sivik dan kesedaran hak.
Pembangunan indeks khas akan mampu membantu negara merangka dasar berdasarkan data dan keperluan sebenar.
Realitinya, dunia sudah bersifat bersatu dalam satu ruangan digital dan trend ini menjadi sebahagian ruangan awam. Negara memerlukan warga digital yang bukan sahaja tahu bermain media sosial, bahkan celik hak dan tanggungjawab mereka.
Kewarganegaraan digital sudah menjadi keperluan asas dalam membina negara moden, demokratik dan lestari dengan RMK13 perlu tampil sebagai induk kepada dasar pendigitalan ini.
Negara tidak boleh mengejar teknologi semata-mata, sebaliknya turut memanusiawikan ruang digital dalam memastikan tiada sesiapa tertinggal dan terpinggir di dunia baharu ini.
Oleh Dr Nurfarhana Che Awang
Pengarah & Pengasas
AEGIS RESEARCH
20/07/2025
Setahun yang lalu saya advokasikan tentang jenayah buli siber melalui penulisan di akhbar tentang dasar jenayah siber perlu ditambah baik. Alhamdulilah hari ini “Doxing” di Aktakan jadi jenayah siber yang serius oleh negara.
Lega dengan berita ini, manakan tidak dengan isu siber buli dan ledakan pendigitalan yang tiada had memerlukan negara untuk merangka dan melaksana undang-undang untuk melindungi warga maya atau kata nama lain kita semua adalah warganegara digital yang turut sama harus dilindungi oleh undang-undang daripada jadi mangsa ketidaketikaan warga maya yang lain.
Sekitar sebelum ini, undang-undang negara dilihat amat tidak menyebelahi warga maya (mangsa) yang dibuli dan tertindas oleh perlakuan warga maya yang tidak bertanggungjawab, akibat daripada ketidakcelikan dan kejahilan sivik serta pertembungan undang-undang kebebasan hak demokrasi dan undang-undang media sosial yang agak tidak jelas dan bertindan.
Membolehkan si pembuli sewenang dan sesuka hati men-doxing, membuli dan memalukan sesiapa sahaja yang dianggap lawan dengan tujuan mengaibkan dan memalukan sehingga ada yang kehilangan nyawa, trauma dan sebagainya.
Sedikit sebanyak, dengan pengaktaan Doxing sebagai jenayah berat di Malaysia. Ia akan dapat membantu melindungi golongan marginal secara tidak langsung daripada menjadi mangsa kerakusan keyboards warrior atau pembuli siber. Akta ini juga membolehkan dan menjadi satu peringatan kepada warga maya agar bijak dan berhemah bila mana berinteraksi dalam talian.
Tahniah Malaysia.
10/07/2025
My latest article published at Aegis Research website.
EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KETEPINGGIRAN BUMIPUTERA | AEGIS RESEARCH Republished Berita Harian 8 April 2025
10/07/2025
https://www.aegisresearch.net/whither-reformasi-judicial-independence-at-risk
Whither Reformasi? Judicial independence at risk: | AEGIS RESEARCH Republished ALIRAN 10/7/2025
10/07/2025
“A Doctor in The House” buku memoirs Tun Mahathir. I read about 5 years ago., sebuah buku hadiah dari seorang sahabat kepada saya, semasa di awal perjalanan PhD saya.
Semalam, saya membelek kembali dan membaca kembali buku ini sempena 100 tahun Ulang Tahun Kelahiran Tun. Buku ini banyak inspirasi tentang perjuangan, banyak inspirasi tentang identiti Melayu, tentang kewibawaaan, tentang negara bangsa Malaysia, tentang sepak terajang politik. Buku yang ditulis dengan jiwa, ditulis hasil naratif kehidupan dari seorang anak kampung yang beat the odds menjadi Perdana Menteri mentadbir Malaya sehingga apa yang Malaysia ada sekarang ini. Inspirasi…..luar biasa, buku ini banyak menyuntik jiwa saya tentang sudut pandang Malaysia jaya.
Aegis Research
Click here to claim your Sponsored Listing.