Loghat Terengganu

Loghat Terengganu

Share

Mari belajo loghat Tranung

23/03/2024

Penyu sudah mula mendarat di pantai-pantai negeri Terengganu.

Subuh tadi, seekor mendarat bertelur di Pantai Jetty Cruise Kijal.

Ini adalah proses mengumpul telur oleh pemajak yang diberi lesen oleh Jabatan Perikanan.

Telur penyu ini akan di hantar ke tempat pengeraman di Tanjung Jara.

GPI baru-baru ini membersih pantai ini bersama pelajar Darul Huffaz TatiSkills dan kakitangan Cresent Engineering Sdn Bhd.

Untuk makluman semua, penyu memerlukan pantai yang bersih untuk mereka selesa dan s**a naik bertelur.

Jaga molek pantai kita.



Kredit - Geng Plastik Ija

05/07/2023

Amende maksud Amok reng?

05/10/2022

Comel lotei ork pata Batu Rakik,Teranung.

Kredit untuk

09/02/2022

Ooo pparokkkk 😂

21/06/2021

Sapa hok dok paham? 🙋🏿‍♂️

04/12/2020

Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong.

Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.

Bintang Tujuh Beradik
Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.

Guruh Pemberitahuan
Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik. Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan)

Guruh Amaran
Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang, dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti. Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.

Hujan Malam Jumaat
Andainya hujan bermula pada malam jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya. Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.

Haiwan Merayap
Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan kepada gerak geri haiwan, terutamanya semut. Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.

Kitaran Banjir Teruk
Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya. Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis dan bergambar dalam simpanan Ganutalgia adalah:

1. Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
2. Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
3. Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu

Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Taala di bumi ini. Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.

"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung".

Kredit:ganutalgia

Photos from Loghat Terengganu's post 14/09/2020

Dari FB Syukur Khamis Kampung Boy

Dugaan besar buat kami sekeluarga... mungkin sekarang musim wabak...kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir...

Photos from Loghat Terengganu's post 31/03/2020

Kuala Terengganu, 31 Mac - Polis Terengganu akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Fasa ke-2 bermula 1 April 2020.

Sebagaimana yang telah dihebahkan sebelum ini, beberapa pindaan telah dibuat terhadap PKP dan perintah terbaru disenaraikan seperti berikut:

30/03/2020

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN

Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara kita ketika ini.

Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya.

Memandangkan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum Awal Ramadhan, dan mengambilkira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadhan tahun ini.

Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Virus Covid-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini MEMBATALKAN penganjuran Bazar Ramadhan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadhan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'. Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah DIPERSETUJUI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 Bil. 3/2020 pada 29 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan Negeri juga menyarankan kepada para peniaga Bazar Ramadhan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain seperti berikut:-

i) mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online);

ii) perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan;

iii) menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau

iv) apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai.

Kerajaan Negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambilkira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak.

Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut sebagaimana pengumuman oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mac baru-baru ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Virus Covid-19 ini.

Kepada Allah kita berserah.

Salam hormat.

'TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA'

Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu
30 MAC 2020

15/03/2020

Wokning kelakoo 😂😂😂

Want your business to be the top-listed Event Planning Service in Batu Rakit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Batu Rakit
Batu Rakit