Kampungku Seri Cheeding
Kampungku Seri Cheeding, 42700 Banting.
20/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan-Tuan.
Untuk makluman, pihak kami akan memulakan Fasa 1 bagi kerja-kerja pelancaran rasuk (beam launching) untuk Jambatan Baru Rimbayu, Telok Panglima Garang. Sehubungan dengan itu, sistem aliran trafik “Stop & Go” akan diaktifkan di kedua-dua arah jambatan bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang kerja-kerja kritikal ini dijalankan.
Berikut adalah perincian penutupan sementara bagi Fasa 1:
• Sistem Trafik: Pengaktifan “Stop & Go” (Kedua-dua Arah)
• Tarikh: 22, 23, 24 & 25 Mei 2026
• Masa: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
• Tempoh Menunggu: Pengguna jalan raya akan dihentikan sementara di kedua-dua arah selama lebih kurang 15 minit semasa kerja pelancaran rasuk dijalankan.
Laluan Alternatif (Lencongan):
Bagi pengguna yang ingin mengelakkan tempoh menunggu, sila gunakan Jalan Kemandol atau jambatan sedia ada di Persiaran Bayu yang telah dinaik taraf.
Pihak kami memohon kerjasama dan perhatian daripada semua penduduk Kampung Seri Cheeding agar dapat merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh kerja dijalankan. Bersama ini turut disertakan Notis Awam untuk rujukan pihak tuan/puan.
Segala kerjasama dan perhatian amat dihargai. Terima kasih.
16/05/2026
Penduduk memohon pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan terhadap masalah lalat yang semakin teruk berpunca daripada penternakan reban ayam berhampiran kawasan kediaman.
Keadaan ini bukan lagi isu kecil kerana telah menjejaskan kebersihan, keselesaan dan kesihatan penduduk. Mohon tindakan segera sebelum masalah menjadi lebih serius.
Kami mendesak agar reban ayam tersebut ditutup sepenuhnya. Pengusaha mengaut keuntungan bertahun-tahun, tetapi penduduk p**a terpaksa menanggung penderitaan dan gangguan lalat tanpa penghujung. Sampai bila lagi penduduk nak derita? Kesabaran kami pun ada batasnya.
15/05/2026
🔥🛒 JUALAN RAHMAH MADANI🛒🔥
Nak barang dapur SEGAR, BERKUALITI & HARGA BERPATUTAN?
Inilah peluang terbaik untuk anda sekeluarga! ❤️
🌟 Pelbagai pilihan menanti anda:
🥩 Daging lembu segar
🐔 Ayam segar
🐟 Ikan laut segar
🐠 Ikan air tawar
🥬 Sayur-sayuran segar
🍉 Buah-buahan segar
💥 Segar dari ladang & laut terus ke pengguna!
💥 Harga Rahmah, jimat berbelanja sekeluarga!
💥 Datang awal, rebut pilihan terbaik!
📍 Perkarangan Masjid Kg Seri Cheeding
https://share.google/QlTYYPWDk759iejdx
📅 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 9.30 Pagi hingga Habis
📣 Jangan tunggu sampai habis!
Ajak keluarga, jiran dan kawan-kawan datang memeriahkan Jualan Rahmah Madani 🌿✨
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
Dukacita dimaklumkan En Surojo bin Ahmadini (Jalan Merak) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di Hospital Banting.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga & marilah kita sama-sama berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman."
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Tak jauh dari Kampung Seri Cheeding.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
Dukacita dimaklumkan Nur Syahirah binti Norisam (Jalan Rajawali) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi (9.30am di HTAR).
Takziah kepada seluruh ahli keluarga & marilah kita sama-sama berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman."
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Info : Keadaan jalanraya di Jalan utama Klang Banting berhampiran simpang masuk ke Kampung Seri Cheeding. Pokok-pokok tumbang menghalang laluan sebahagian jalan utama.
*SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEDING*
*MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA*
Perkara: Peraturan Menghantar dan Mengambil Murid di Sekolah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga bahawa pihak sekolah menetapkan peraturan pergerakan murid semasa hadir dan p**ang dari sekolah seperti berikut:
1. Murid dihantar dan diambil oleh ibu bapa
Waktu pagi
Murid hendaklah masuk melalui Pintu B (pintu belakang).
Waktu balik
Murid hendaklah keluar melalui Pintu 1 (pintu hadapan).
2. Murid yang menaiki basikal
Waktu pagi
Masuk melalui Pintu B (pintu belakang).
Waktu balik
Keluar melalui Pintu B (pintu belakang).
3. Laluan kenderaan ibu bapa pada waktu pagi
Bagi memastikan kelancaran lalu lintas pada waktu pagi:
Jalan di hadapan sekolah akan dijadikan laluan sehala
Arah perjalanan ialah: Dari arah dewan menuju ke arah masjid
Ibu bapa amat digalakkan mematuhi laluan ini bagi memudahkan urusan menurunkan anak serta melancarkan pergerakan kenderaan.
4. Keadaan cuaca hujan
Sekiranya berlaku hujan atau keadaan cuaca tidak mengizinkan:
Pintu 1 (pintu hadapan) akan turut dibuka bagi memudahkan ibu bapa menurunkan anak-anak.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai demi keselamatan dan keselesaan semua murid.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan amanah,
Guru Besar
SK Seri Cheding
15/04/2026
*السَّلاَمُ عليكم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّدٍ*
Salam Sejahtera,
*JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA SEKAMPUNG 2026 KAMPUNG SERI CHEEDING*
Kami dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Jamuan Hari Raya Sekampung 2026 Kampung Seri Cheeding pada ketetapan seperti berikut :
📅 Tarikh: 17 April 2026, Jumaat
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Hormat, Kampung Seri Cheeding
https://maps.app.goo.gl/untKbLavBjtYZBi38?g_st=ac
👕 Tema berbaju raya
Bermacam-macam makanan disediakan.
Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
12/04/2026
Mentang-mentanglah harga diesel tengah mahal, di buang tepi longkang je ye. Dah seminggu lebih. Kalau dah tak nak tu, PM la admin. Admin wakafkan kat Persatuan atau NGO kampung. 😆
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Banting
42700