Solidaritas

Solidaritas

Share

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 3/3) 28/08/2026

Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang terpisah daripada keseluruhan kemanusiaan. Setiap kaum adalah sebahagian daripada kemanusiaan sejagat. Setiap kaum mempunyai sejarahnya yang tertentu.

‘Holocaust’ secara umumnya digunakan untuk merujuk kepada penghapusan kaum Yahudi oleh N**i. Ia adalah antara malapetaka yang membentuk Kurun ke-20 dan menjadi titik mulanya ‘penghapusan kaum’ dilihat sebagai jenayah menurut undang-undang antarabangsa.

Hal ini membuatkan kita berfikir tentang holocaust-holocaust sebelumnya dalam sejarah kaum yang lain. Berabad-abad lamanya, berjuta-juta penduduk Asal merentasi Amerika, Afrika, Asia dan Oceana yang dirampas haknya oleh penjajah, dibunuh beramai-ramai dan, dalam banyak kejadian, dimusnahkan. Kesengsaraan mereka tidak p**a menerima pengiktirafan undang-undang, politik mahupun moral.

Sehinggalah apabila Holocaust N**i ke atas Yahudi Eropah berlaku, barulah diwujudkan Persidangan Pencegahan dan Hukuman ke atas Jenayah Penghapusan Kaum (1948).

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 3/3) Negara Zionis Israel jauh daripada menjadi penjelmaan nasional bagi bangsa Yahudi. Kepalsuan No. 4 – Negara Zionis Israel ialah lambang kebangsaan orang Yahudi dan mengkritik Zionisme serta Israel dianggap sebagai antisemitik Saya tidak berniat untuk membezakan orang Yahudi sebagai satu kaum yang ...

Photos from Solidaritas's post 28/08/2026

Mohon beri sedikit masa anda untuk baca pos ini.

Adik H adalah remaja 18 tahun yang menghidapi spastic quadriplegic cerebral palsy. Ia adalah sejenis cerebral palsy yang paling teruk kerana melibatkan muka, anggota badan dan batang tubuh.

Selama ini Adik H dijaga dan diurus oleh ibunya sejak dari kecil. Tetapi seiring tumbesaran, fizikal Adik H kini memberikan cabaran kepada ibunya dalam penjagaan dan pengurusan harian.

Oleh itu doktor nasihatkan keluarga Adik H beli sebuah katil hospital untuk kegunaan di rumah. Mudah ibunya nak jaga dan urus Adik H.

Harga sebuah katil hospital 3 laras ialah RM1,800. Keluarga Adik H dari kump**an B40 dan mereka tak mampu.

Jom kita sama-sama bantu Adik H. Katil ini akan digunakan sepanjang hayatnya, moga sumbangan beli katil kita ini berterusan dapat ganjaran yang tak putus selagi ia digunakan.

Maybank
562263547223
Pertubuhan Solidaritas

Atau imbas kod QR

Empat Kes Dalam 20 Tahun: Cukupkah Untuk Mengharamkan Demonstrasi Ular Berbisa? 27/08/2026

Dalam kita bersedih dan bersimpati atas pemergian Sjn Muhamad Muazam Shah Kamardin, timbul gesaan daripada pelbagai pihak agar demonstrasi ular berbisa hidup di pentas dihentikan sepenuhnya.

Gesaan ini boleh difahami. Apabila sesuatu kejadian melibatkan kehilangan nyawa, sudah tentu persoalan mengenai keselamatan, prosedur dan keperluan meneruskan aktiviti tersebut perlu dibangkitkan.

Namun, perbincangan mengenai keselamatan juga perlu dibuat secara objektif berdasarkan data dan prinsip penilaian risiko.

Empat Kes Dalam 20 Tahun: Cukupkah Untuk Mengharamkan Demonstrasi Ular Berbisa? Dalam kita bersedih dan bersimpati atas pemergian Sjn Muhamad Muazam Shah Kamardin, timbul gesaan daripada pelbagai pihak agar demonstrasi ular berbisa hidup di pentas dihentikan sepenuhnya. Gesaan ini boleh difahami. Apabila sesuatu kejadian melibatkan kehilangan nyawa, sudah tentu persoalan mengen...

RCI Tabung Haji: Minta Sudah, Dapat Pun Sudah, Tapi Kenapa Masih Tidak Puas Hati? 27/08/2026

Siapa yang sebenarnya meminta-minta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji diadakan pada mulanya?

Yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan cepat mengatakan Pakata Harapan yang mahu RCI TH dilaksanakan. Sebab pendedahan laporan berlaku di zaman PH menjadi kerajaan sekarang.

Tambahan lagi ketika laporan RCI TH dibahaskan, parti yang paling kuat melompat dan bertindak keluar Dewan Rakyat adalah rata-rata dari PN khususnya di kalangan wakil rakyat PAS.

Tapi yang sebenarnya meminta-minta RCI TH dilaksanakan adalah dari PN.

Itulah yang luar biasanya.

RCI Tabung Haji: Minta Sudah, Dapat Pun Sudah, Tapi Kenapa Masih Tidak Puas Hati? Siapa yang sebenarnya meminta-minta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji diadakan pada mulanya? Yang tidak tahu hujung pangkal mungkin akan cepat mengatakan Pakata Harapan yang mahu RCI TH dilaksanakan. Sebab pendedahan laporan berlaku di zaman PH menjadi kerajaan sekarang. Tambahan...

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 2/3) 24/08/2026

Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan penempatan, penaklukan wilayah, pemecahan, sekatan pergerakan, dan pemisahan Gaza dari Tebing Barat.

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 2/3) Israel telah bekerja secara sistematik untuk mencegah kemunculan sebuah negara Palestin yang daya maju melalui peluasan penempatan, penaklukan wilayah, pemecahan, sekatan pergerakan, dan pemisahan Gaza dari Tebing Barat. Kepalsuan No. 3 – Negara Israel adalah negara ahli PBB yang ditubuhkan dengan...

Bertemu Pengundi Pilihan Raya Negeri Sembilan 21/08/2026

Penemuan saya dan pelajar-pelajar ini dapat dikatakan agak menggerunkan dan tidaklah menghairankan Hadi Awang dalam tahun 2022 pernah mengatakan PAS memang mensasarkan pengundi muda jahil untuk berkuasa kelak.

Dalam satu ucapan di muktamar PAS, presiden PAS itu menyatakan, “Undi penentu daripada kalangan anak muda lelaki dan wanita perlu menjadi tumpuan dan sasaran, khususnya dalam kalangan umat Islam sendiri yang jahil agama dan lebih jahil lagi dalam aspek politik yang menjadi penentuan masa depan umat.”

Di kala musuh PH mengeksploitasi kejahilan pengundi, PH p**a terkial-kial ingin membijakkan pengundi dengan fakta dan prestasi, sesuatu yang dikesampingkan terus, dan tenggelam oleh sentimen.

Bertemu Pengundi Pilihan Raya Negeri Sembilan Pengalaman bertemu pengundi Negeri Sembilan sepanjang kajian lapangan kami sememangnya menunjukkan ia adalah satu pengalaman yang sureal. Ketika kempen pilihan raya Negeri Sembilan memuncak sebelum 1 Ogos yang lalu, saya bersama-sama sekump**an siswa UPM, UKM dan UIA turun ke lapangan melakukan temu...

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 1/3) 20/08/2026

‘Eretz Israel’ yang bermaksud ‘Tanah Israel’ ialah slogan gerakan nasionalis Zionis di Eropah pada lewat Kurun ke-19. Dakwaannya adalah bahawa Palestin bersejarah ialah hak milik orang Yahudi, tanpa mengira orang Palestin peribumi yang tinggal di sana. Dan sesungguhnya Tuhan telah menjanjikan tanah itu kepada Yahudi sejak lebih daripada 3,000 tahun dahulu.

Dengan alasan Tuhan di sisi mereka, keganasan yang melampau digunakan untuk mengeluarkan penduduk asal Palestin sehinggalah termetrainya pengumuman negara Israel pada 1948.

Hal ini berlaku walaupun Zionisme bukan satu agama dan sebaliknya ialah gerakan nasionalis sekular yang mengaku bahawa Injil telah menyediakan “satu mitos tentang hak kita ke atas tanah Palestin” (lihat di bawah).

‘Ersatz’ bermaksud palsu, tidak asli. Hal di atas sudah berbau kepalsuannya. Kita akan melihat mengapa Eretz Israel akan lebih tepat dibaca sebagai Ersatz Israel.

Negara Palsu - Eretz Israel Atau Ersatz Israel? (Bahagian 1/3) Satu pop**asi dari luar menduduki tanah penduduk asal dengan cara mendominasi, menyingkirkan dan menggantikan pop**asi asal. Tidak lama dahulu, kakak ipar isteri saya menceritakan tentang komunikasi yang beliau lihat di media sosial antara seorang lelaki Israel dan dua orang perempuan dari China. Le...

Selepas 1857 Memilih Kekal, Apa Seterusnya Untuk DAP? 19/08/2026

Sebagai seorang Melayu Islam yang memilih untuk bersama DAP, saya sedar bahawa antara cabaran terbesar parti ini bukan sekadar memenangi pilihan raya. Cabaran yang lebih besar ialah bagaimana DAP mahu difahami dan diterima dengan terbuka dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Selama berdekad-dekad DAP pemahaman tentang DAP di kalangan orang Melayu adalah mengikut acuan yang didefinisikan oleh pihak lawan. DAP adalah parti Cina, anti-Melayu, anti-Islam, mahu menghapuskan hak Melayu, mahu memperjuangkan konsep sama rata dan malah kononnya mahu mengubah asas kenegaraan Malaysia, termasuklah merombak perlembagaan.

Kita boleh menafikan tuduhan ini seribu kali. Namun sampai bila DAP mahu hidup dengan menjawab naratif yang dicipta orang lain?

Selepas 1857 Memilih Kekal, Apa Seterusnya Untuk DAP? Ini adalah sudut pandang dari ahli akar umbi DAP yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan tahu mengucap dua kalimah syahadah. Pada 16 Ogos lepas, telah selesai persidangan parti DAP 2026 yang diadakan di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Selepas beberapa tahun DAP menjadi sebahagia...

Bahaya Wewenang Tuduhan 'Barua Harbi' 18/08/2026

Ada satu kempen yang digerakkan oleh mereka yang tertentu dari ‘parti Islam’ iaitu melekatkan tuduhan sebagai barua harbi untuk mereka yang menyokong PH (justeru mereka dianggap penyokong parti DAP yang teras kepimpinannya bukan beragama Islam).

Bahaya Wewenang Tuduhan 'Barua Harbi' Ada satu kempen yang digerakkan oleh mereka yang tertentu dari ‘parti Islam’ iaitu melekatkan tuduhan sebagai barua harbi untuk mereka yang menyokong PH (justeru mereka dianggap penyokong parti DAP yang teras kepimpinannya bukan beragama Islam). Tuduhan ini serius. Ia adalah satu bentuk takfiri....

Apa Yang Mesti Kita Pelajari Daripada Persidangan DAP 2026 17/08/2026

Ada sesuatu yang sihat apabila sebuah parti masih mampu bertengkar dengan dirinya sendiri. Hari ini, kita mendengar suara yang keras, suara yang gusar, suara yang marah, dan suara yang masih mahu percaya. Saya berterima kasih kepada setiap perwakilan yang bangun bercakap, dan juga kepada mereka yang duduk mendengar.

Tidak semua kata-kata menyenangkan telinga. Memang begitulah sepatutnya. Persidangan yang hanya menghasilkan tepukan ialah perhimpunan. Persidangan yang menghasilkan pertanyaan ialah pendidikan.

Apa Yang Mesti Kita Pelajari Daripada Persidangan DAP 2026 Catatan Pengarah Pendidikan Politik DAP Ada sesuatu yang sihat apabila sebuah parti masih mampu bertengkar dengan dirinya sendiri. Hari ini, kita mendengar suara yang keras, suara yang gusar, suara yang marah, dan suara yang masih mahu percaya. Saya berterima kasih kepada setiap perwakilan yang bang...

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Bangi