Laman KPIPM
Sebuah laman rasmi bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir menyalurkan maklumat dan makluman kepada seluruh ahli dan rakan page.
22/06/2026
GAMBAR | EHYA’ AL-JUMUAH & TAZKIRAH UBS
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026
Berikut ialah gambar suasana Ehya’ al-Jumuah dan Tazkirah UBS yang telah berlangsung pada hari Khamis, 11 Jun 2026, bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Ali Imran bin Md Zin dan diteruskan dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustazah Ainun Fathiah binti Ahmad Kemunchak, AJK Badan Penasihat KPIPM sesi 2025/2026, yang bertajuk "Media Sosial: Kita Dikawal atau Mengawal?".
🖇️𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐭𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢:
▶️ Muqaddimah
- Masalah ketagihan media sosial - Fenomena Tiktok Brain
- Fenomena ini membuat para remaja zaman kini sering menghabiskan masa bersama media sosial
▶️ Tanda-tanda kita dikawal media sosial
- Menghakis rasa khusyuk dalam ibadah
- Mewujudkan sifat dengki dan tidak bersyukur ketika melihat kesenangan orang lain
▶️ Pengaruh buruk terhadap masyarakat
- Menyebabkan kes bunuh diri meningkat
- Timbul penyakit mental dan kes penceraian semakin meningkat
▶️ Penutup
- Sentiasa bertabayyun dan tidak cepat menghukum
- Menjaga maruah dan privasi daripada tersebar
- Bijak dalam penggunaan media sosial
___________________________________
Majlis diakhiri dengan pelaksanaan solat fardu Isyak dan solat sunat hajat.
KPIPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke Ehya’ al-Jumuah kali ini.
Semoga medium yang diadakan ini dapat menambah thaqafah kita semua serta disebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir, insya-Allah.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
22/06/2026
GAMBAR | EDARAN TAKWIM SOLAT JUN
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026
Berikut merupakan gambar sekitar serahan takwim solat pada hari Khamis, 11 Jun 2026 bagi ikhwah dan akhawat selepas Ehya' al-Jum'ah.
Semoga dengan edaran takwim solat ini dapat meningkatkan kecaknaan kepada anak-anak Perak tentang waktu solat sekaligus mengeratkan lagi tautan ukhuwah antara sesama kita.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
21/06/2026
POSTER | INFOGRAFIK BULAN MUHARAM
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026
Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 36:
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰلِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ
Maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
Berikut merupakan poster infografik tentang Bulan Muharam berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 36.
Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa keistimewaan tentang Bulan Muharam, antaranya ialah:
1.Ketetapan Bilangan Bulan
- Allah SWT menegaskan bahawa bilangan bulan dalam setahun di sisi-Nya adalah 12 bulan (Qamariah).
2.Empat Bulan Haram (Asyhurul Hurum)
- Empat bulan yang Allah SWT muliakan dan haramkan peperangan di dalamnya (kecuali jika diserang dahulu) iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
3.Larangan Berbuat Zalim
- Umat islam dilarang keras untuk menzalimi diri sendiri terutamanya dengan melakukan maksiat sepanjang bulan ini (Fatwa Imam At-Thabari).
4.Mempertahankan Diri
- Kaum muslimin diperintahkan untuk bersatu padu memerangi kaum musyrikin hanya jika pihak musuh yang memulai peperangan.
Semoga infografik ini dapat meningkatkan kualiti iman dan amalan seharian serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
21/06/2026
إعلان | يوم الأحد يوم اللغة
قسم اللغة، اللجنة العلمية والدراسية الهيئة الخيرية لأبناء بيراق بجمهورية مصر العربية ٢٠٢٥/٢٠٢٦
بمناسبة يوم اللغة، يسر قسم اللغة أن يشارككم بعض الفوائد العلمية القيمة. نحن نشجع جميع الطلاب على إتقان اللغات، والإكثار من القراءة المفيدة، ومراجعة دروسهم لتعزيز ثقافتهم العلمية.
وفي هذا السياق، نضع بين أيديكم هذا الإنفوجرافيك التعليمي المبسط حول "المشتقات"، ليكون مرجعا سريعا يساعدكم على ضبط قواعد لغتكم وفهم أساليبها بدقة.
لعل كل الطلاب يكثرون ويراجعون العلم بوجود الثقافي العلمي خاصة فيما يتعلق باللغة العربية. نفع الله بنا وبكم.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
20/06/2026
GAMBAR | MUZAKARAH BERKELOMPOK
Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱبْتَغُوٓا۟ إِلَيْهِ ٱلْوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُوا۟ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan"
(Surah al-Maidah, ayat 35)
KAHERAH, 5 & 12 Jun 2026 - Berikut merupakan gambar suasana Muzakarah Berkelompok Amali pada minggu ini.
Semoga medan Muzakarah Berkelompok ini dapat membentuk jati diri muslim sejati dan menautkan ukhuwah antara satu sama lain.
Jom hadirkan diri ke MB!
“Usrah Nadi Mahasiswa Rabbani"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
19/06/2026
REPOST | GALAKAN HARI MUZAKARAH BERKELOMPOK DAN AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
BIRO DAKWAH DAN TARBIAH KPIPM SESI 2025/2026
Firman Allah SWT:
وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran"
(Surah al-'Asr, ayat 1-3)
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026 sukacitanya menggalakkan anak-anak Perak untuk sama-sama menghadirkan diri ke Muzakarah Berkelompok dan melakukan amalan sunat pada setiap hari jumaat.
Semoga setiap perkongsian ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman, meningkatnya ketakwaan, dan dikurniakan keredhaan Allah SWT.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
17/06/2026
IKLAN | EHYA' AL-JUMUAH & TAZKIRAH EHYA
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026
Firman Allah SWT:
تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا (٦١) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا (٦٢)
Maksudnya: "Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)."
(Surah al-Furqan: ayat 61-62)
Peringkat Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2025/2026 akan mengadakan Ehya' al-Jumuah pada minggu ini.
Insya-Allah, maklumat pada minggu ini adalah seperti berikut :
📅 Hari: Khamis
⌚️ Masa: 8.00 PM
🗓️ Tarikh: 18 Jun 2026
🏢 Tempat: Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan.
🔰 KHALIFAH YASIN:
Ustaz Muhammad Uzair Syahmi bin Jefnerei
🔰 TAZKIRAH EHYA:
🔖Aku Berhijrah Kerana Allah Taala
👳🏻 Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail
AJK Badan Penasihat KPIPM sesi 2025/2026
Marilah sama-sama kita mengosongkan masa untuk hadir ke Ehya' al-Jumu'ah bagi meningkatkan thaqafah dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Disamping mengeratkan lagi ukhuwah sesama anak-anak Perak di bumi Mesir. Insyaallah.
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
16/06/2026
UCAPAN | SALAM MAAL HIJRAH 1448 H
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2025/2026
Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan tarikh pembukaan kepada Tahun Hijriah yang baru, ini merupakan hari yang penting untuk umat Islam bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
🔰 Dengan ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448 H buat seluruh anak-anak Perak di Perlembahan Nil ini.
Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah nabi dan mengamalkannya agar kita dapat memperbaiki serta meningkatkan amalan kebaikan dalam kehidupan kita, Insyallah.
Tulus ikhlas daripada :
Barisan Kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2025/2026
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
15/06/2026
[ UCAPAN | SALAM MAAL HIJRAH 1448H ]
﴿إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ﴾
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(QS. Ar-Ra'd: 11)
Sehubungan dengan itu, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam khususnya buat mahasiswa yang berada di Pelembahan Nil.
Semoga kita semua dapat mengambil ibrah daripada penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk dijadikan suri teladan kepada kita semua dalam melaksanakan gerak kerja seharian.
“Muafakat Asas Kejayaan”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Cairo