APM Limbang
Hotline/Talian Kecemasan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang, 085-210471 (24Jam)
05/28/2026
KES MUSNAH SARANG SERANGGA (MSS)
KHAMIS, 28 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Alpha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah di kawasan kediaman di Kampung Bukit Luba, malam tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.27 malam. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Alpha yang diketuai oleh Pbt. (PA) Muhamad Hazmi Bin Morendi segera bergerak ke lokasi sejauh 19 kilometer dan tiba pada pukul 8.52 malam.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati sarang tebuan tanah sebesar bola sepak berada pada jarak 20 meter dari rumah pengadu. Bagi menjamin keselamatan penghuni, sarang tersebut berjaya dimusnahkan sepenuhnya menggunakan kaedah bakar. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 9.20 malam.
Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
KES KHIDMAT KHAS (KERETA TERKUNCI)
RABU, 27 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Alpha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang menghulurkan bantuan khidmat khas bagi membuka sebuah kenderaan yang terkunci di Kampung Batu 8, Jalan Pandaruan, Limbang, malam tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 7.46 malam. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Alpha yang diketuai oleh Pbt. (PA) Muhammad Hazmi Bin Morendi segera bergerak ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dengan menggunakan logistik LRV JMC.
Setibanya di lokasi, anggota bertugas telah bertemu dengan pihak pengadu dan dimaklumkan bahawa kunci kenderaan telah tertinggal di dalam kereta yang sudah sedia terkunci. Anggota penyelamat bertindak pantas menggunakan peralatan khas pembuka kereta dan berjaya membuka pintu kenderaan tersebut dalam tempoh lima minit tanpa sebarang masalah. Setelah memastikan keadaan kenderaan selamat, skuad terus bergerak balik ke PKOD.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan bersiap sedia 24 jam sehari demi memastikan keselamatan, kesejahteraan, serta ketenteraman komuniti setempat sentiasa terpelihara.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di talian (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Hulu Terengganu) • Pahang (Lipis dan Jerantut) • Sarawak: Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat • WP Labuan sehingga 1:00 pagi; Khamis, 28 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 10:45 malam, 27 Mei 2026
05/27/2026
KES POKOK TUMBANG (PT)
SELASA, 26 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Alpha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya mengalihkan sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan utama di RH Imau Batu 9, Jalan Kubong Limbang, malam tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 8.22 malam. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Alpha yang diketuai oleh Pbt. (PA) Muhamad Hazmi Bin Morendi segera bergerak ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 14 kilometer dengan menggunakan logistik JMC LRV.
Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menutup sepenuhnya laluan utama sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. Skuad Alpha bertindak pantas melakukan operasi menebang dan mengalihkan sisa pokok tersebut ke bahu jalan secara bersama-sama dengan agensi SESCO. Setelah memastikan jalan utama kembali selamat untuk dilalui oleh kenderaan, operasi ditamatkan sepenuhnya sebelum skuad bergerak balik ke PKOD.
Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di talian (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
TIPS KESELAMATAN BALIK RAYA : KESELAMATAN RUMAH
Berikut adalah maklumat mengenai keselamatan rumah yang perlu diambil perhatian sebelum pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha Tahun 2026. Antaranya seperti berikut :-
1. Kunci semua pintu dan pagar dengan mangga kunci yang kukuh
2. Cabut plug peralatan elektrik serta tutup suis utama dan kepala tong gas
3. Gunakan pemasa (timer) untuk lampu luar/dalam agar rumah tidak gelap
4. Elakkan memuat-naik hantaran mengenai percutian dan ketiadaan anda di rumah
5. Simpan barang kemas dan dokumen penting di tempat yang selamat
6. Maklumkan ketiadaan anda di rumah kepada balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
7. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk membantu memantau keadaan rumah anda ketika ketiadaan anda di rumah
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Perdana Menteri
**
05/27/2026
KES MENANGKAP ULAR (KMU)
SELASA, 26 MEI 2026
LIMBANG: Skuad Bravo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang berjaya menangkap seekor ular tedung yang menceroboh masuk ke dalam sebuah kediaman di Sk Menuang, Limbang, tengah hari semalam.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 10.54 pagi. Bertindak atas maklumat, empat anggota Skuad Bravo yang diketuai oleh L/kpl. (PA) Amirul Bin Matusin segera bergerak ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer dengan menggunakan logistik LRV (JMC).
Setibanya di lokasi, anggota bertugas telah bertemu dengan pengadu dan dimaklumkan bahawa reptilia berbisa tersebut kali terakhir dilihat berada di ruang tamu rumah. Anggota penyelamat bertindak pantas dan berhati-hati menangkap ular tedung berkenaan dengan menggunakan peralatan menyepit. Mangsa, Encik Jinggan Anak Baning, 63 tahun, berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan sepanjang operasi berlangsung.
Keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan kami di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Pihak APM Limbang sentiasa bersiap sedia 24 jam sehari untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk ancaman keselamatan atau bencana demi ketenteraman awam.
Jika ada kecemasan, jangan ragu hubungi APM Limbang di talian (085-210471) atau talian kecemasan MERS 999.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/27/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) • WP Labuan sehingga 6:00 petang; Rabu, 27 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 3:35 petang, 27 Mei 2026
05/27/2026
🕋 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M 🕋
Segenap warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Limbang dan seluruh anggota penyelamat di barisan hadapan.
Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga sambutan pada tahun ini membawa keberkatan dan memperkukuh semangat perpaduan sesama kita.
Kepada semua warga Limbang yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan diri serta keluarga sepanjang musim perayaan ini.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/23/2026
LATIHAN KENDIRI BASIC LIFE SUPPORT (CHOKING) APM DAERAH LIMBANG
AHAD, 24 MEI 2026
LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang telah melaksanakan latihan kendiri yang memfokuskan kepada teknik menyelamat nyawa Basic Life Support (BLS) bagi kes tercekik (choking), bertempat di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang hari ini.
Latihan ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran klinikal, respons pantas, dan kecekapan anggota dalam mengendalikan kecemasan domestik yang melibatkan saluran pernafasan tersumbat. Fokus latihan merangkumi aspek pengenalan tanda-tanda mangsa tercekik, aplikasi teknik Heimlich Maneuver (tumbukan abdomen) yang betul untuk orang dewasa, serta kaedah back blows dan chest thrusts bagi menyelamatkan bayi. Melalui latihan kendiri ini, setiap anggota ditekankan dengan simulasi senario sebenar dan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) rawatan awal bagi memastikan tindakan menyelamat yang efektif dan selamat sebelum bantuan perubatan tiba.
Komitmen berterusan dalam latihan ini adalah bagi memastikan setiap anggota sentiasa siaga, profesional, dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam memikul amanah menyelamat serta mendepani sebarang insiden bencana demi kesejahteraan masyarakat.
"WIRA BIRU"
"APM SELAMANYA"
"SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI"
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
LIMBANGfm
Mohtar Samat
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM LIMBANG
05/23/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, S*k dan Baling) • Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) • Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu) • Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Sandakan (Tongod) • WP Labuan sehingga 11:00 malam; Sabtu, 23 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 8:35 malam, 23 Mei 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sarawak
98700